Thursday, October 28, 2010

No'body' is perfect!

Ok..itu nak buat penyedap hati je tu. Biasalah hari-hari ada jek nak komplen kan....ada jek tak puas hati.


Nak-nak kalau pasal badan, ada yg komplen gemuks, ada yg komplen kurus cekeding, ada yg komplen tak cukup tinggi...macam-macam lah kan. Samalah dengan tuan tanah ni.


Kalau beli baju ready made mesti ada je problem. Mana taknya, bahu dan punggung saiz M, tapi yg in-between tu saiz S. Jadi bila beli baju, ada je lah yg tak kena.


Few weeks back, cekpen belikan kain batik lepas dari Jakarta. I pun plan nak beli kebaya utk matchingkan. Ye lah kalau nak tunggu kain batik lepas tu di pakai camtu je mmg takdelah kan. Bukannya ada baby kecik nak kendong ala-ala baby wearing bibik style tu .



So I pun dengan limited time dan duhet bibik takde nak jaga anak, so aku takleh suka hati merewang , cari-cari la kebaya around Puchong ni. Survey punya survey, kalau nak beli baju kebaya sahaja, harga tetap le mahal. If bagi kain batik lepas i tu kat derang utk jahitkan sekali, let say normally derang jual 1 set siap RM145, derang tolak 15 hengget jek jadi RM130. Sungguh tak berbaloi kan.


Then i jumpa jugaklah satu baju siap ala kebaya, cuma masalah ketiak longgar gila lah. Since ianya tersangatlah murah, i beli jugak dengan semangat ...... takpe nanti nak alter sendiri. Sebenarnya sebelum ni dah pernah try buat alteration sendiri tapi hancus! Write off terus tau baju tu. Tapi takpe...usaha tangga kejayaan kan...lagipun yg ni murah...hancur pun takpe..wakakaka.....ok berlagak tak bertempat!.


So dengan segala skill otomotif engineer yg masih ada (i dulu dah jadi satu rutin, kerja dok modify design jek manjang, maklum le, no proton car body is perfect), ambik segala ukuran dengan precise, simulation jelujur dan pin segala, akhirnya.....baju itu sudah seperti tailor made utk badan i.....perghhh ....memang satu kepuasan laahhh..

Dart (camtu ke eja?) depan tu pun temporary jelujur...try dulu la kan.

So, tinggal nak siapkan kain je. Dapat la save budget bila buat camni. Kalau tak kain batik tak sampai doploh hengget pastu ko kena top-up lagi seratus lebih utk lengkapkan satu set baju. Ini semua sekali less than RM50...kui kui kui!








Wednesday, October 27, 2010

Jail break!

I went GAGA over this jailbreak maxi!!
Nice kan.
Cost me RM30 inclusive postage....termurah yg i jumpa selepas menskodeng beribu-ribu 5, 6 blogshop.

Note : Semalam i potong satu maxi dress...lalu ia bertukar menjadi skirt ..ngeh! ngeh! ngeh!



Saturday, October 23, 2010

Seksi, politik, baby, kura-kura

Eh macam tak ingat pulak ada wujud blog ni. Bukan apa, tetiba di serang penyakit malas-takde-mood-cerita- menarik untuk dikongsi kat sini.


Ye lah bila update tunjuk gambar kaki anak dalam gelap je tu memang sah-sah le takde mood sangat kan.


Tapi i tetap blogwalking...baca sana sini....gelak-gelak...senyum-senyum baca cerita korang dan juga blog-blog lain yg takde dalam list kat tepi ni tapi ada kat favourite folder.


Ye memang malas nak update layout tambah list blog2 baru yg ter-hooked up. Hari-hari click kat favourite folder je hehehe...


Ada jugak beberapa isu atau perkara-perkara yg berlaku pada saya atau topik hangat di luar yang menarik perhatian saya.


Yang Pertama:


Citer IFF tu....sana sini orang dok citer/ komen. I tengok jugak gegambor baju tu...geleng kepala je lah.....tah apa-apa.


Ye lah walaupun ramai antara kita yg belum memenuhi kriteria yang sebenar dalam berpakaian yang betul-betul mengikut garis panduan yang ditetapkan, tapi saya pasti ramai antara kita yg sama-sama beristighfar bila melihat sesetengah pakaian-pakaian yg direka dan diperagakan dalam pertunjukkan fesyen tersebut....bukan main besar perkataan ISLAMIC kat back drobe tu ye...uihhh ngeri makcik.


Oh yang paling tak boleh blah......RM......bukan RM blogger....yg lagi satu tu.. eh cukuplah..takmo ngumpat....nnt pahala transfer kat dia.



Yang Kedua:


Pemgetahuan am saya tentang parti keadilan rakyat telah dinilaikan oleh seseorang pembanci bernama Cik Rashidah dari ...errr...tak ingat apa nama survey kompeni tu.


Malang bagi beliau sebab kebanyakan jawapan saya adalah "saya tidak tahu".


Soalan yang dikemukakan sangat banyak sehingga cekpen 'bertempik' menyuruh saya letak telefon sebab sudah agak lama sesi soal jawab tersebut tapi tak selesai-selesai, dan anak-anak sedang membuat huru-hara di hadapan saya dan dia pada ketika itu.


Antara soalan awal yg ditanyakan yg saya terpegun dengan jawapan saya sendiri:


S - Puan ada membaca surat khabar?


J - Tidak.


S - Boleh Puan beritahu dalam berapa hari sekali Puan membaca surat khabar?


J - Takde langsung. Errrr...kalau balik kampung ada lah baca .....dalam sebulan sekali. Saya takde beli apa- apa surat khabar.


S - Oh kalau macam tu , boleh saya tahu apakan pandangan Puan terhadap berita Pee.Kay.aR yg disiarkan di telivision.


J - err..tak tau sebab saya tak tengok berita langsung, anak saya yang tengok tv. Saya tak berpeluang.


MALANGNYA TAKDE SOALAN SAMA ADA SAYA MENDAPAT SUMBER INFORMASI POLITIK DARI INTERNET..TAKDE LANGSUNG TANYA ...


AT LEAST KALAU DIA TANYA BOLEH JUGAK I JAWAB ADAAAAAA.......DARI FORUM2 DAN BLOG-BLOG PANASSSS!


Soalan tentang pee-kay-ar pulak...mana yang i ingat je lah ye:


S - Pada pendapat Puan adakah pee-kay-ar telah menunaikan janjinya selepas memegang kuasa?


J - Tidak pasti.....(dalam kepala cuma teringat pasal bil api air je wakakaka....yg lain haprak aku tak tau apa janji derang)


S - Adakah Puan yakin jika pee.kay.ar memegang kuasa sebagai kerajaan mereka akan menjalankan tanggungjawab seperti yg diamanahkan? (lebih kurang cenggini le soklan tu..i tak ingat sangat)


J - Tak pasti (kalau sedara aku yg jadi PM konpom aku iyekan aje)


S- Pada pendapat Puan adakah gabungan pee.kay.ar kukuh?


J- Tak pasti...


Itu je lah sikit ..ada banyak lagi..tp sudah lufer. Tapi yang pasti jawapan i sama ada "tak pasti" atau "tak tau".


Sapa yg suruh buat survey ni gamaknya...wonder gak from pee.kay.ar or ba.ri.san.


Lagi satu..pee.kay.ar not holding the power yet..camno nak nilaikan? Soklan dia byk ke arah "if pee.kay.ar the government".


Tak dapek nak nolong le..takkan nak guna imaginasi kot.


Yang ketiga


Meet up with the strong baby Uwais (cucu saudara sebelah cekpen). He was born with anencephaly condition (i think that's the term...i'll edit later if i'm wrong). Such a huge 'dugaan' for our nephew and his wife...but i believe there's a blessing too....he'll be the angel in heaven ...praying and waiting for mommy and daddy there. .... Al-Fatihah.


Yang Keempat
TUCK died after almost a month live in the house as our pet! It was noon....after 2.30pm....i tengah tidurkan sarah. Tuck masa tu mina dah masukkan dalam rumah dia. Tapi kebetulan hari tu i terlelap dulu instead of sarah.


Lewat petang tu awish dan cekpen dah perasan tuck dah hilang. Cari selongkar satu rumah tak jumpa. Siap pakai torch light ala csi lagi malam tu, angkat sofa, bawah rak tv, dalam stor, luar rumah semua takde.


Give -up.


I tunggu je kot-kot dia keluar. Tapi takde...sambil2 tu i kejap-kejap gi tengok belakang tv, fridge, sofa..takde jugak.


Lepas 2 hari...TUCK ADA DALAM RUMAH DIA! Awish balik sekolah tengah hari masa tu. Cecepat i tengok tapi nampak lemah sangat dan tak aktif.


Try bagi makan semua dia tak mau. Rupa-rupanya bibik jumpa belakang rak tv dan masukkan dalam banglo semula...mungkin dia dah lapar sangat last-last dia keluar. Padahal sebelum tu takde.


I saspek sarah amik tuck 2 hari sebelum tu masa i tertido...and dia pegang tuck kat sambil baring sebelah i layan mata. Then dia tertidur and tuck terlepas lalu menyorok dekat corner bawah rak tv.


Tuck tu hanya besar sikit je dari syiling 50 sen...tu pasal la tak nampak masa duk suluh bawah tu.

Moralnya, jika anak-anak buas ....jangan bagi mereka seksa binatang!!!








Friday, October 8, 2010

Kaki oh kaki

Layan bloghopping atas katil sementara nak tunggu mata lelap.
Tiba-tiba satu tendangan singgah atas netbook.



Monday, October 4, 2010

Handy Mommy - Fixing Car Seat

Busy Sunday...pagi-pagi dah kena dismantle car seat yg kena kencing semalam. The smell...omaigod, boleh pengsan! Lepas dismantle everything (cekpen tolong bukak), masuk dalam rumah ambik berus, bau hancing melekat kat baju hokey! euwww....macam baru kuar public toilet yg tak suci.

Betul-betul kena basuh dengan air berkoyan-koyan, sental dengan sofa foam err cream (?) then jemur. Tawakal je lah sebab tak tau apa effect cushion foam seat tu bila soak in the water. Mereputkah? Nasib le...dah hancing bonar..pengsan nak bawak keta tu.

Pagi tadi bawak keta without the 2nd row seat. Nasib baik hari ni dapat few hours of panas terik, so keringlah seat tu.



Kena assemble cushion dengan frame besi tu dulu.

Sebelah dah siap pasang. Tinggal lagi satu.



Sunday, October 3, 2010

Sisters re-united, jamban bergerak and Panic attacked!

Dapat panggilan jumaat malam sabtu, my kak long nak datang. Yeaaaa!!! Sukaaa!!!
Cuma ada sedikit masalah....cekpen dah konfem esok pagi sabtunya, kami sekeluarga gi beraya rumah pak ngah budak2 ni..aiyaakkk!

Walaupun berat hati, sebab i nak kak long stay lama kat my house, bukannya selalu derang datang kan, tapi terpaksa la derang move on to my sis house lagi sorang kat Kelang pagi sabtu tu jugak, cos dah janji ngan Pak ngah.

Harap my sis tak serik la and datang lagi to my house in the future :(.

Kitorang ni dah plan berkali2 nak pergi rumah dia asyik tak jadi jek :(...nampak nye tunggu akak dapat menantu le tahun depan...insyaallah kitorang akan stay kat sana.

Lepas beraya rumah Angah (abang cekpen), kami balik Puchong, tinggalkan cekpen kat rumah sebab dia ada training takraw, while me and the kids hop- on to our livina, and went straight to my sis house kat Kelang and re-united back with Kak Long...yeahhh!

Then kami 3 beradik perempuan ini, with our kids of course, heading to the famous-tempat-tragedi-pembunuhan-kak so.si.la.wa.ti , which is Banting, to meet our sister lagi sorang. I tak jumpa pun dia masa raya kat kampung sebab dia balik lambat.

Kami main redah je tak nak bagitau dia sebab takut derang terlebih-bagi-makan. Sebab base on previous experience, bila kami bgtau nak datang, makanan yg disediakan kadang kala cukup untuk buat kenduri walaupun kami datang berdua je. Tak makan banyak kang nampak macam tak hormat tuan rumah, nak makan banyak perut memang dah tak muat. Hahah, so kali ni diam-diam redah.

My sis kat Banting ni duduk dengan parents in-law, so nak lama-lama sangat pun segan. Borak-borak kejap je, then sempat jugak derang buat mee goreng tu, lepas makan balik le kami ni.

On the way back, Darwish and Mina dah tertido dalam kereta. Sarah je yg segar bugar and kejap2 gi belakang, kejap ke depan keta. Geram betul, tak tau nak duduk diam.

Lepas tu i dapat call yg customer kat drop center nak collect baju dah. I was late!! Normally i dah hantar baju kat drop center before 5pm, tapi semalam at 6.30pm i'm still at Kesas. So I promise them i'll be there before 7.30pm and tekan pedal la apa lagi.

Tetiba Sarah jerit dari belakang, "mother darwish bashahhh! "

I pun pusing tengok seat tu memang dah basah! Darwish dah ter -wet his pants and the car seat tu. Lepas tu boleh pulak dia beralih and duduk kat seat lagi satu...haiyoooo!!!! Ko ingat ni jamban kee.... Boleh imajin tak kencing budak umur 7 tahun??? Banjir hokeyyy!!!




Since i'm running late, i just bagi dia towel kecik sarah and ask him to sit on it. I know its too late sebab seat tu memang dah kena pun, damage is done! Nak marah pun takde mood.

Boleh pulak dengan seluar basah tu dia demand nak makan pizza and lasagna....mmg hangin le sebab i still need to pick up the laundry then send it to the drop center then go back home to clean and change his clothes.

Plus whenever the kids wants to eat out, father must be there la kan, he is the bankers. So sepanjang dalam kereta tu i tried to call cekpen tak dapat. Tak berangkat le pulak. At the same time nak kena explain kat darwish we need father, need to finish my work, need to change and all. Still he keep on nagging for pizza.....haihh!

Manage to reach home around 7.30pm and still no answer from cekpen...kids dah siap mandi.
Darwish sit beside me while i'm trying for hundreds time to call cekpen.

Then he slowly pop-out a one-in-a-million question, with a very sad and gloomy face,

" Is Father DEAD??"
I was shocked...terkaku....and all the possibility of accident, heart attack, any freak unthinkable tragedy come rushing into my head!!
PANIC!!!


Then terpikir, who should i call to ask his whereabouts? Omaigod....i seriously tak tau nak call sapa..i don't have his collegue numbers....

Walaupun i try to convince myself that he may just did not hear the phone ringing, or he might had left his phone on the training place or somebody snatch his bag.....but still i'm sooooooo worried. Plus darwish face tu memang buat i rasa nak pitam terus.

Lagipun kalau dia lambat selalunya dia akan call. Dan selalunya, kalau i keluar berjimba without him, dia akan call i just to know my whereabouts....so bila that does not happen, lagi la rasa risau dan pelik itu semakin kuat.

Try to ignore my freak-brains, i pergi mandi dan suruh darwish pegang telefon tu. Ok, seriously masa mandi tu, kepala dah pikir segala macam what if scenario.....it was scary ok to think about your life without your other half, your kids future and all....macam nak pengsan.

Then masa tengah bersiap, i terdengar bunyi pintu di buka, then suara budak2 ni

" FATHERRRRR!!!!"

Sungguh tak tergambar perasaan i time tu.......legaaaaaa!!!!! Well, ada la sedikit adegan airmata neng yatimah, but lepas tu semua ok....lepas tu kami semua ke Giant la sebab darwish nak pizza. Sms my maid, i akan lambat ambik dia from the laundry....waited the kids habis makan.

Ke-panik-kan lebih kurang 1 jam setengah itu sungguh memenatkan....nasib baik semua freaky thought itu ....hanya imaginasi sahaja......we live happily ever after