Monday, July 27, 2009

Best Shape

Picture taken from here

Kebanyakan kita (perempuan dan ahkak) ada je rasa tak puas hati ngan badan sendiri kan.
Tak kiralah rasa gemuk ke rasa kurus ke... ada je yg tak kena.
W/pun orang kata takpe..takpe ..yg penting sihat..kita tetap rasa tak puas hati ...betul tak.

Tak kiralah camna pun u try to comfort urself..deep down you still wish to have badan mcm angelina jolie sesapa yg u admire (sila jgn baca majalah atau internet utk elakkan perasaan ini). Tak bermaksud bila ada best shape u nak tayang body kat orang pun. Tak bermaksud kita tak bersyukur atas pemberian Allah jugak. Somehow bila nak sesuatu tu kita kena usahakan...so I think samalah ngan isu kurus gemuk ni kan. Ini baru satu isu....berat badan.


Side track kejap. Macam I ni nak tambahkan berat badan, but my hubby nak kuruskan badan. Last week I pegi lunch dgn dia kat Qaseh Shah Alam. I booking meja and suruh dia ambik makanan dulu. Pastu I peratikan dia dari tempat duduk I. Takdelah gemuk pun. In-fact dia nampak kecik kalau dibandingkan dengan ramai lagi mamat2 boroi yg sama2 ambik makanan masa tu.

But yet he still feel he need to shade some fat away. Bila dia sama2 berjalan ngan I, mmg le rasa dia agak berisi. Mana tak nye dah me ni keding sangat...of cos le jadik tak balance.



Ok sambung citer pasal best shape ni. Isu yg kedua is bentuk badan.

Teringat masa dlm Korean Air flight ari tu. Stewardess mmg cun2 sangat. Kulit muka masing2 memang marvelous lah. But yg I notice, diorang nya body shape berbeza2. Ada yg memang sedap2 je ukuran ..cantik molek manis secukup rasa, ada yg agak nipis, ada lebar, ada yg ratio pinggang ke bawah ngan pinggang ke atas mcm tak balance.

Sebab diorang pakai uniform yg sama, I boleh nampak beza mcm kat atas tu. Maksudnye, with the same uniform some of them mmg gorgeous sangat but some tu so-so je.



Kesimpulannya, kalaupun kita ada berat badan yg sesuai, ukuran dada pinggang dan punggung menepati piawai, tak semestinya hasilnya akan hebat. Bentuk badan? Yg ni nak tackle camna? org kata kena pandai pilih pakaian yg sesuai ... jarang orang bgtau kan kalau kita pakai tak kena. Sales promoter lagila..."cantik kak cantik tu..seswai dah tu" (nak suh kita cepat2 beli kan)..

Pastu tanya laki kita...kalu pun dia kata "cantik yang"...kita still 50-50 jek nak caya ke tak kan.

Entah laki kita dah tak larat nak tawaf dari satu mall ke satu mall (Mama tak camtu kan yah kan)...

Kalaupun kita study pasal pakaian2 yg sesuai dgn bentuk badan kita, masa dah sampai mall sure hilang ingatan. Nampak "SALE" jek dah time ni....hancus...



Sebab apa yg I bebel ni? Sebab walaupon berat I dah bertambah, I masih perlu melakukan beberapa perkara untuk mengagihkan daging2 ini di tempat sepatutnya. Iaitu:


  • Angkat dumbel kasi lengan besar supaya lengan baju yg beli siap tak perlu di alter

  • Bersenam utk seimbangkan atas tengah bawah supaya errrr.....censored arrr

  • Bersenam kempiskan perut yg buncit supaya tak nampak mcm pompuan pegnan 5 bulan

Satu je yg senang nak buat.....pakai heels untuk jadik 1,2 inci lagi tinggi...muahahaha!

Err..kena tak dgn tajuk entry ni?
Apa-apa je lah...


No comments:

Post a Comment