Rasanya dah 90% selesai dah beli baju raya. Kasut je belum lagi. Itu pun macam malas je nak beli sbb budak2 ni bukan nak sangat pun. Masing2 tak heran. Maknye je yg nak anak pakai baru top to toe. Belikan baju baru pun dipersoalkan oleh mina. Tak payah pun takpe katanya. Bertuahlah anak oiii, mama dulu time raya je lah nak merasa.
Thursday, June 26, 2014
Friday, June 20, 2014
Thursday, June 19, 2014
Cuti sekolah di Melaka .......Mini Malaysia
School holiday trip to melaka. 7-8 jun 2014. Kali ni masuk mini malaysia 😃
Gambar wajib kat tangga rumah serawak. Mama gambar asing. Monopod patah 😣
Wednesday, June 18, 2014
Dentist visit again
6 jun 2014.
Sarah the bravest of 'em all. Sebab dia yg first sekali hadap dentist n dia cabut 3 batang gigi terus. Gigi kekal dah tumbuh wayyy back. Tp 2 btg gigi kekal tu dah ambik space 4 btg gigi susu. Sempit sangat rahang dia. Menabung ajelah dr sekarang.
Mina 2nd. Tampal gigi depan yg sumpik kat corner sebab jatuh kat tengah jalan. Besarnyee gigi mina 😅.
Awish yg last sbb dia paling takut 😓. Dari sarah start baring kat kerusi tu sampaiah turn dia, tak berhenti dia bertanya. Ada video awish kali ni. Awish paling besar kat sini bukan takat badan tapi awish paling takut, squirming non stop n keep trying to push away dentist tu. Awish nak mama delete video tu sbb malu but sorry ye, mama nak simpan, nanti mama dah tua mama nak tengok lagi 😁
Tuesday, June 17, 2014
Reunion sdpb
School reunion 31/5/2014.
Dapat jumpa 20 orang yg dulu sekolah kat SDPB from 1989-1993. Jumpa 3 jam aje. Mana nak hilang rindu.
Wednesday, April 16, 2014
Follow Up @ SDMC and Sunmed
Follow up sarah kat sdmc on 5th april 2014.
Creatinin turun to 47 fron 57 ....getting better.
Ada trace of blood sikit but not alarming.
AFP 1.9
Alhamdulillah
Darwish pergi jumpa ENT specialist earlier than the scheduled follow up, sebab telinga gatal sangat. Takut infection so mintak doctor check lah just in case. Doctor kata ada wax block kat tube tu. So dia masukkan saline kot utk lembutkan pastu suck keluar guna a small vacuum thingy.
Dia lagi kerap komplen pasal telinga tu, but we cant do much sbb doctor kata its normal.
Thursday, March 20, 2014
A Haircut Go Wrong
Last week, i saja je tanya-tanya sarah kot dia nak potong rambut lagi pendek. Sebelum start sekolah tahun ni i dah potong around 3,4 inci je. Hilanglah her precious curl yg i sayang sangat tu. Dah la 3 tahun nak tunggu her hair grow back after kimo dulu kan. The curls not as gorgeous as the original sebelum cancer but still looks nice to me.
But lately ni i rimas tengok rambut dia. Nampak serabut and leceh jugak bila dia pakai tudung. Bila i tanya nak pendekkan rambut macam mina, terus dia agree, tak menyempat nak gi kedai.
I suruh amoi potong straight je kat belakang and rounded to the side. Buat straight bang / fringe kat depan. Sekali dah siap, dapat roper cam gambar tu ....tsk T__T.
Bila swipe bang ke tepi, oklah not that bad. Tak semak dah.
Tapi sebenarnya rambut belakang yg sepatutnya straight tak boleh nak straight. Kat tengkuk sarah mcm ada pusar, so rambut tumbuh swirly kat area tu. Rambut2 ni tak boleh nak straight down. It keeps jutting out mcm mulut itik. After 2 days its stays like that, so i lagi tak tahan. Tanya sarah lagi sekali nak tak trim rambut sikit, sbb kat belakang tu not very nice. Nasib baik dia nak.....phewww.
So sekarang sarah punye rambut dah ala boy cut dah. She's ok with it. Mina and awish i warning siap2 jangan ejek rambut sarah mcm boy, kalau tak letihlah melayan tangisan tu nanti.
Lum ada gambar terkini sarah with her latest haircut.
Monday, March 17, 2014
Suapan pertama
Semalam genap 5 bulan dah budak kecik ni. I decided untuk start bagi dia makan. So pagi semalam, suapkan dia 4 sudu kecik puree epal. Petang suapkan 6 sudu pulak. Hmm ok je nampaknya. Epal tu manis manis sikit. Pagi tadi i tambah lagi jadi 8 sudu pulak. So far ok je, membuang pun takde masalah.
Now i dah prepare epal dgn avocado puree. Cukup utk 3 hari kot. Lepas ni buatkan labu dgn keledek pulak.
Besar sikit sok mama suap durian ok, kena make sure ni zafri makan durian, nanti boleh geng dgn mama, ayah and kakak sarah ;).
Friday, March 14, 2014
The Kitchen Goddess Weapon
So its stamps frenzy time again at my regular hypermarket, Giant. Kali ni utk redeem pisau pulak. I remember about 4 or 5 years ago i was collecting stamps to redeem pots and pans. I manage to collect enough stamp to redeem 1 big pot and a small pan. Lepas tu ada lagi few more stamps collecting season again tapi i tak minat dgn barang yg di offer.
Actually bukan lah sesaja nak minat kumpul pisau pastu feeling Nigella kan, tapi sebab yg ada ni tinggal 2 je yg masih berfungsi, dua-dua pun yg kecik takat guna potong sayur dgn bawang je. Last week i beli satu medium size pisau utk potong fillet ikan, selang 2,3 hari bibik dah patahkan pulak my last meat cleaver, so i'm running out of big knife/ parang utk memotong benda bertulang. Tu yg bila tengok promo setem ni terus pikir nak kumpul.
Since i'm spending roughly $400/mth kat giant, i estimate by july i akan dapat around 50++ keping setem. So i could buy the meat cleaver at a very low price. But in case i jumpa kat tempat lain yg bagus, a one piece meat cleaver, maknanya handle tu sekali bukan handle kayu or plastik yg di screw / molded together, murah jugak than i beli je lah. Ye lah lama lah jugak kot nak tunggu sampai julai baru dapat ganti pisau yg patah tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)













