Sunday, August 18, 2013

The snoogle

So my new bedmate dah siap since errrr.....sometime on sunday, minggu puasa yg last tu. Dah sampai tampin dan pontian jugak snoogle ni ikut mana i pegi. Dalam keta dia duduk kat seat belakang, so jadi bantal budak2 ni. Even sarah pun nak duduk belakang instead of himpit i kat co-driver seat. Memasing takde komplen sempit ke hapa sbb sharing their seat, infact derang boleh tidur lena beralaskan snoogle ni.

Sekarang bolehlah i tido dgn selesa. Yg tak bestnya ada budak tu duk jadi 'belanda mintak tanah'. Sarah le sapa lagi. Bila dia tido sebelah, mesti dia himpit naik atas snoogle ni, pastu lama2, i ni dia push aside, dia conquer le snoogle ni sensorang. Terpaksalah i tido jejauh sikit. Sabor je lah. 

Kalau larat kang buatkan smaller version utk dia, tapi kang, yg lagi 2 orang tu pun nak jugak. Memasing pun pantang lepa, mesti landing kat snoogle ni bila i tak guna.

So far, memang best lah sbb it can support my protruding frontal and back effectively. Meaning, bila bangun pagi i dah tak rasa muscle kat perut ni tighten or any back pain. Rasa legaaaaa je bila both side muscle tu bebetul relax the whole night. Of course once i get up and move around tu still some pain tu ada kan. Tu takleh buat apa kot, the body is adjusting / preparing for labor.

Talk about body changes, my bones at the hip/pelvis and the last few lumbar start to knock each other for quite sometime already. Bila bergerak or jalan mcm biasa je dalam rumah pun i boleh dengar kluk klak kluk klak. Haiyoooo... aging does that to you. I don't remember that i can noticed the changes through the three pregnancies before. But now memang boleh rasa whats happening to my body.*shuddered*



Friday, August 16, 2013

Our Syawal 1434H @ Pontian

Assalamualaikum (eh baiknye). Huh pas subuh tadi dah start dah duk photobox kan gegambar. Pastu link ke entry ni, pastu turun breakfast terus tergendala. Sebab lepas breakfast sambung siapkan buat pillow cover baby. Semalam dari pagi sampai malam siapkan bedding tu, dari sarung utk kekabu sampai le cover luar tilam ngan bolster cenonet tu. tapi tak sempat buat pillow cover. Tu yg siapkan dulu sbb kang kalau dah takde mood teruslah terbantut tak sesiap. Ni tinggal nak buat quilt cover je. Quilt lama zaman mina n sarah dulu, so buatkan cover baru biar tak nampak segala cecomot taik lalat semua tu. Take 5 jap, nak bersandar sbb sakit belakang duk duduk menjahit semalam tak hilang lagi.
Ok, citer pontian. Kitorang gerak dari Tampin lepas cekpen sembahyang jumaat. I yg suruh dia decide nak sembahyang jumaat kat pontian ke tampin, terpulang. Sbb i tau kalau kat kampung i, dia agak terkulat2 je gi masjid sana, abih semorang cakap slang jawa kan, member pun blur lah tak reti nak masuk, takut silap pemahaman gitu.

Kali ni kat pontian, instead of balik rumah mak, kitorang balik rumah my eldest brother sbb mak ada kat situ since puasa. Kisahnya, my brother yg duduk sekali dgn mak, gi terengganu kejap masa bulan posa tu, antor anak dia masuk training center, so mak kenalah duduk ngan my eldest brother ni, dekat je, kampung sebelah je pun. Lepas tu mak tak percaya yg my brother tu dah balik from terengganu, so dia taknak le balik umah dia. 

Tak kisahle kan, kat sini i pun orait je, in fact i was born kat tapak rumah ni sebelum my parents pindah to current house. Every year pun tiap kali raya kedua memang open house kat sini, gotong royong makan satay, sup tulang, beriani, etc lah. So takdelah beza sangat. Cumanya budak2 ni lah sibuk nak gi rumah lagi satu tu sbb kazen derang (kakak limah) ada kat sana. Derang nak main le apa lagi kan.

Dari Tampin kitorang terus singgah kubur arwah bapak and abang i yg no2. Kalau dah lepak kat rumah kang liat nak ke kubur, so singgah siap2 le senang. 
Sesampai kat rumah, derang baru nak start bakar satay, sup pun baru first round nak buang kuah berkolestrol tinggi. Kat pontian derang buat camtu, kuah rebusan tulang tu derang buang 2 kali kot tak silap, so that kurang sikit lemak yg kita telan. But still the sup tulang taste not affected, mabeles je, nak2 dgn sambal kicap pedas, fuh berdesing telinga.

Cekpen cam biasa turun padang lah mengipas satay. I lepas salam2 terus duduk kat dapur tu tolong cucuk satay. Tahun ni ramai anak buah tak datang so, kurang le kakitangan mencucuk, pukul 9 malam kot baru siap cucuk, sekor lembu punya isi tau, bukan sikit tu. Tapi takdelah bakar semua, i think 1/3 tu simpan utk marhaban and sedara mara yg tak datang malam tu and so on. Then 1/3 yg dah bakar pun simpan dalam freezer utk dipanaskan when needed.

I stop mencucuk around 8.30 camtu, sbb budak2 ni nak makan. Lepas tu,  terus basuh baju. Bawak baju mmg cukup 3 hari je, so kalau tak basuh malam tu, next day memang takdelah, pakai baju tido sampai kering le jawabnya. Sambil2 membasuh, sambil makan satay and sup tulang. 5 round baru habis basuh. Masa ni lah rindu mesin sendiri yg fully auto with max 14kg load. *Nangis* 
Tsk susunan gambar tak ikut timeline jugak. Belasahlah. Ni fresh ketupat. My brother gi jemput mak hari ahad tu, so dapatlah i tido satu malam kat rumah mak. Malam tu, my bro rebuskan ketupat utk kitorang semua. Dapatlah i merasa breakfast ketupat fresh...siap tapau 4 ketul lagi bawak balik puchong hehehe. Both my sil buatkan rendang daging, tapau jugak hahahaha. Lepat pun angkut jugak tapi tak freshlah, yg tu stok dalam fridge. Tak kisahlah janji ada, kang ada budak air liur meleleh pulak kalu tak dapat rasa kan.

Aktiviti bebudak ni, main bunga api dgn main anak kucing le dan segala mala haiwan yg ada kat mini safari belakang rumah tu. Cekpen le melayan. Since i tak boleh gi rumah mak  ni, cekpen le bawak derang ke sana. I nak pergi kang mak cari. Itu pun hari sabtu tu, dah petang baru keluar beraya 3 rumah, 2 tu rumah adik bapak, lagi satu rumah my late uncle (adik mak). Tahun ni makin sikit rumah nak gi beraya, sbb ramai wak2 yg dah meninggal. 

Lepas beraya 3 rumah tu, gi ke pekan kejap nak beli plaster, si mina cedera sikit langgar tiang batu masa tengah main kejar2 dgn anak kucing. Tu pun dah dapat follow up call, mak tanya apsal i tak balik2 lagi T___T. 
Kotak atas tu, from left, my auntie Bik Miah(adik mak), my eldest sister kak long Senah, 2nd sister Mini, and my late brother wife Kak Pah. I tak jumpa lagi my sister lagi sorang sbb dia balik kg awal and balik banting raya pertama. Bilalah keta i nak siap, kalau tak minggu ni i dah pergi rumah dia sbb budak2 cuti sekolah lagi kan. 

Then bawah tengah tu, sepupu budak2 ni yg paling kecik as of now, manjang dia mengekor sarah. Sarah siap menyorok lagi, menangis-nangis dak ni mengadu kat mak dia sbb sarah takmo main, hehehe. Pastu elok main sesama lagi...haih bebudak ni lawak le.

Pagi isnin, lepas breakfast, kitorang bertolak balik ke puchong. Mak dah risau2 macam. Actually masa raya kedua, mood dia elok je ceria lah jugak, nampak la dia macam sihat sikit. Lepas tu bila tiba hari sabtu tu, mak ngah (kakak ipar my eldest brother) yg dah bbrp hari duduk sekali kat rumah tu, balik ke rumah dia, mak dah start down dah. Lepas tu my eldest sister pun balik ke Layang, tambah le mak punya kesedihan tu. Petang sabtu tu, bila besan mak datang melawat pun, mak dah senyap dan macam tak recognize besan dia.

Malam tu pulak, my sister mini balik ke Kelang, mak mulalah risau sbb mini bertolak lewat malam (11 lebih kot), risau nanti adib mengamuk dalam kereta, risau nanti Apis (anak my late brother) tu mangantuklah. Mulalah kerisauan berpanjangan dia tu. Malam tu mulalah tidur dia tak lena, kekejap terjaga, pastu duk panggil my eldest sister name. 

Then the next day tu, Ahad, bila my brother jemput balik ke rumah dia, nampak elok ceria semula. Eh mak taknak ok orang hantar dia balik ke rumah tu, dia nak my brother tu sorang yg jemput dia tau. Kalau orang lain nak hantar dia tak percaya huhuhu T___T. Dia takut kena tinggal tepi jalan or kat mana2.

Tapi mood ok tu tak berpanjangan, pagi isnin tu masa i salam nak balik, dia start lah risau semula. Risau i nak bersalin, risau pasal duit since hubby sorang je kerja, risau sapa nak jaga i dalam pantang...tsk mcm2 lah. But surely she doesn't hold me back T____T. I mean she even hold my sil from going back to Kulai tau, but i tak pulak dia tahan2. Eh tak rindu ke? I really wonder whats going through her mind. Bila dia tengah dalam jiwa kacau camtu, the only person she's calling is my eldest sister, anak2 pompuan lain ni dia tak ingat pun, takde dia seru2 malam hari, serius. Maybe kitorang still senang kot utk dia jumpa but yg seorang tu susah sikit kot. And i guess tu lah anak kesayangan, same like arwah bapak dulu, itu lah sorang yg di sebut2 yg di rindu masakannya. What to do?

Anyway, our journey back to puchong ok, jalan clear takde jem, ada sikit je slow moving kat senawang, lepas tu ok. Lepas punggah barang, terus me n cekpen ke Giant. Fridge kosong ye, so kenalah top up sikit. Kalau i ada keta, i boleh pegi anyime next day, tapi takde kan, kenalah cekpen bawak i gi beli barang dapur. Itu pun ikan2 terpaksalh beli kat kedai runcit je, sbb ikan kat Giant tu lobam2 dah, tak selera u.
Sekian. Nak sambung jahit pulak.


Thursday, August 15, 2013

Life begin at 40

Wishing my dear hubby 'happy 40th birthday'. May Allah bless you and keep you in His TLC always.


Because you're the gift in our life, we give you all our love ...muahhhhh! xoxoxo
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

omg......so lomantik....oh well...sesekali hik hik.

Wednesday, August 14, 2013

Our Syawal 1434H @ Tampin

Salam syawal 1434H utk semua. Best ke raya memasing? Kitorang ok je, budak2 happy kira best jugaklah tu. Tak banyak gambar kali ni sbb camerawoman lupa pegang aipon. Tak sempat nak pegang pun, busy u. Nasib baik lah gambor raya sekorga tak lupa nak ambik. Kira lengkaplah raya sbb ada gambor atas tu, kalau tak kenalah re-snap backdated punya gambor, ngehngehngeh =B.

Persiapan raya kira ala kadar je. Yang penting makan ada, tempat tido ada and tempat melepak ada. Walopon ala kadar tu, i tau i tak dapat nak tolong sangat sbb kang terlebih buat kerja kang tak raya le i, sakit tanganlah, kakilah itu lah ini lah. So utk mengurangkan beban my sil (sebelum raya, cuma our family and her family je yg konfem sambut raya kat rumah pusaka tampin ni) i pun bawak maid i balik kemas2 seminggu sebelum raya. 

Dapatlah susun barang2 kat rumah tu elok2, pasang sarung kusyen, pasang langsir, siapkan 3 bilik yg konfem nak guna (bilik kitorang takde snap gambor le plak), mop dapur tu. So my sil balik on tuesday tu, tak payahlah le nak sibuk kemas2, bolehlah she masak2 aallllll the time =P. Then we all tumpang makan sama aalllllll the time jugak =B. Kitorang balik lepas subuh hari rabu. Kira dapatlah relaks2 je tolong buat kerja sikit mana yg i rasa i mampu. My maid tak ikut balik raya sbb dia pun nak cuti raya jugak. Kalau tak senang le i jadi mandur, pacak dia je utk tolong hehehe.

Lepas siap2 tu nampaklah rupa rumah nak sambut raya. Kalau tak memang errrrr agak tak selera jugaklah. Barulah naik sikit mood i. If not memang rasa nak hentak kaki mintak balik pontian je sbb takmo raya kat rumah tinggal hehehe.

Feeling homestay.......adalah sikit2. Kalau kudrat i lagi power, lagi banyak benda i nak buat, tapi memang pancitlah. Ni pun from 9am to 1.30pm je i mampu. Bibik pun dah nampak penat sangat (i suruh dia buat yg berat2). Jadiklah dari tak bersiap langsung kan. Cekpen siapkan lampu pelita and lampu lip lap.

Pagi rabu lepas subuh bertolak ke tampin. Smooth je traffic dari puchong sampailah kat kampung around pukul 7.45am. Terus singgah Kendong, beli lemang Saadiah. Bertahun2 tak dapat beli lemang dia sbb manjang habis. Tahun ni ada rezeki, alhamdulillah. 

Ada pulak anak kucing comel manja kat sini 5 ekor. Cekpen acah2 mintak sekor, tapi makcik tu bg ambik 2 ekor. Wahhh suka la kan. tapi masalahnya, lepas ni kitorang nak balik pontian, keta pulak sangatlah padat, kat mana pulak nak sumbat anak kucing tu kan. So terpaksalah lupakan dulu. Kalau ada jodoh, adalah next time kitoang gi ambik.


Lampu lip lap kat tangga depan. Lampu pelita kat pagar. Bringing suasana raya pontian to tampin hehehe. Kat tampin ni semua anak2 buah dah besar2 so memasing dah tak kisah sangat benda kecik2 ni. But i mintak cekpen buatkan semua ni utk anak2 kitoanglah. Kalau kat pontian memang konfem adalah sbb kat sana takde rumah yg takde pelita, siap berlumba2 dgn macam2 design lagi, tapi kat tampin takde u. Boring je suasana raya kat sini. Ada pelita barulah feel nak main bunga api. Bagi derang main puas2 malam tu. Apa? Tak boleh main bunga api??? Apa kelas raya takde bunga api kannnn!! Takat pop pop dgn bunga api belang2 tu je, as long as kita monitor derang main insyaallah takde apa.

Tapi kan, pelita tu cekpen cuma nyalakan satu malam je....pffftttt. minyak habis!


Gambar atas, last day of berbuka puasa. 3 family sambut raya di tampin. lewat sikit another sil balik, tu yg jadi 3 family tu. She's the owner of the rumah pusaka, so tuan rumah adalah raya tahun ni heheh. Bawah kiri, i tengah sibuk siapkan order nasi goreng utk breakfast (awish order), so i suruh awish mintak cousin dia tolong pakaikan butang baju melayu. Sarah and cousin main game. Gambar last tu, my sil family getting ready utk gambar raya derang.
Tak ikut timeline gambar atas ni. Kami kat kubur uwan. Singgah raya kedua, lepas tu terus gerak ke pontian. Doa akhir puasa by anak buah yg bercuti dari mesir. Kitoarang beraya kat rumah sil yg dekat dgn rumah pusaka tu. Dinner malam raya kedua.

Petang raya pertama tu ramailah adik badik lain yg sampai. So suasana pun tambah meriah. Borak2 tak ingat dunia, makan2 tak sedar diri, tau2 aje perut dah rasa nak melotop. Itu je lah kan, apa lagi aktiviti boeh buat sangat time raya ye tak.

Lepas ni entry pontian pulak. Itu lagi sikit gambar huhuhu. Apa yg ada je lah ye. ok...baiiiii. 

Tuesday, August 6, 2013

Selamat hari raya

Selamat hari raya semua. Have a safe journey. Jumpa lagi di alam maya selepas raya insyaAllah.

Thursday, August 1, 2013

Day 20 Ramadhan 1434H

Baru pukul 6.30 ni. Update lah sekarang sbb sepanjang hari ni i is superbusy. Selalu pagi or petang buat schedule entry. Ada keta ni hah cecepat setelkan urusan public bank, standchart n maybank. Then pergi kompleks hijau puchong perdana beli barang jahitan yg habis stok n carik tudung raya. Cekpen semalam dah gi bangkok dah, so i kena buat segala urusan sampai esok. 

Ada lagi few things ni, nak kena gi jpj ambik info history my driving license utk etiqa ......pfffttt tah apa2 nak history bagai. Gi ambik gambar pasport muka sarah menutup aurat utk pendaftaran sekolah agama. Gi tukar duit raya, tadi pergi dah rupa-rupanya ada timing, pukul 10.30am sampai 12pm je kalau nak buat tukar duit baru....cisss.

Pastu tadi masa kat giant ingat nak beli je bean beads yg derang jual, setiap satu tu saiz bungkusan bantal rega RM12. Last week ada banyak lah jugak stok, sekali tadi dah habis terus T_____T. Ada masalah problem dgn yg nak beli kat online tu huhuhuhu. Alahai ...lambat le snuggle i siap.

Oklah masuk citer buka poser yg dah 3 hari lepas. 20 ramadhan hari isnin ek? Dah lupa la sebenarnya sbb delay update. Agak2 je tengok gambar yg ada ni. Rasanya ni lah juadah berbuka hari isnin tu. Nasi ayam je. Sebab dah takde idea sangat kan, pastu baca filla update dia buat nasi ayam so cedok le idea tu hehe. Bezanya dia buat ayam goreng, i buat grilled. dia buat cucur ikan bilis kot, i buat cucur pisang -_-.

Nasinye siap ada 2 kaler lagi tu, but tak koser nak amik gambar sbb kat periuk lg, nak makan baru senduk. Mina nak nasi dia kaler kuning, awish nak kaler biasa. So terpaksalah masak 3suku cawan kat periuk lain kat atas gas stove je, specially cooked utk mina. 3suku cawan tapi renyah sbb nak kena make sure tak hangus atas gas.sabor2.

Sebab takde kudapan lain, malam2 masak pizza segera ni. Elok le pulak jenis ni. Cepat je turn brown. Pastu elok je sbb base tu tak tebal sangat or nipis sangat. Sarah makan semua crust tepi tu, mina makan tengah 3 slice, i makan satu slice. Baguskan, mina tak suka crust tepi tu, sarah pulak tak suka yg area ada topping.

Ok tu je. Eh ...... shipment dari cotton on singapore dah sampaiiiii weeehooooo!!!! Pastu ada lg 2 shipment from local blogshop on the way. Pastu tadi petang sementara sarah kat art class, i sempat rush pergi satu lagi blogshop punya kedai, dekat bukit puchong, 15 minit dari sini. Kena pegi sbb nak beli barang yg i kena tengok in real, takut tah apa2 pulak kan kalau tak tengok bebetul n kena try sbb tu barang utk i not for baby. Since blogshop tu dekat so gagahkan jugak gi sana.

Ada 4 lagi baby shop between tesco and ioi mall. I tak taulah esok sempat ke tak. Tak sempat kot. Yg online i dah banyak dah survey rasanya, so its time to go to real shop. Tak semua benda ada kat blogshop huhuhu. Oklah cau cin cauuu....baiiii. 

Selamat berbuka. Sikit lagi kita rayeeeee!!

Wednesday, July 31, 2013

Day 19 Ramadhan 1434H Hutan Terbakar Panggil Bomba- Bomba tak datang berlumba

Hari ahad keadaan kat rumah ni ala montaj je. Slow je sebab pagi tu pukul 9 all 3 of them pergi mengaji. Sarah i suruh pergi jugak sbb weekdays kan dia tak dapat pergi sbb takde transport. Then pukul 10 balik, pukul 11 awish gi tusyen pulak sampai 12.30. I tak ikut cekpen hantar sana sini, i duk umah mengerjakan perca kain nak buat maternity pillow tu. 

Dah lepas zohor camtu i tanya memasing nak berbuka apa hari ni semua blurrr je. Last2 tu awish cakap nak ikan 3 rasa......lagi?? I macam alahai, dah repeat 3 kali dah sepanjang bulan puasa ni, boring le pulak. Nak berbuka kat malls mcm malas jugak. Last2 cekpen suggest berbuka kat giant foodcourt je, sbb i kena beli stok ayam utk minggu ni. Lepas bersungut-sungut tu awish agree, dgn syarat sahur kena masak ikan 3 rasa utk dia. Iyelahhh 3 rasa pun 3 rasa laahhhh.
Since sabtu dah terlebih2 kenyang, i just order assam laksa, cekpen makan bakso (takde dlm gambar), mina makan sizzling mee (lagi!), awish makan nasi goreng thai dgn sizzling mee (kuuusss semangat anak mama sorang ni)  then sarah makan her feveret nasi ayam. ABC share2 sbb tak larat nak habiskan sorang.  Simple je, tapi food kat sini kira sedap jugaklah, so puas makan. 

Lepas makan, solat semua cecepat gi masuk supermarket beli barang2 yg perlu n bergegas balik. Dekat2 pukul 9 masa tu. Bila dah sampai area kilang2 dekat rumah ni, i ternampak api kat bukit belakang rumah kitorang. Bukit tu is reserverd forest puchong ayer hitam n UPM.

Cekpen tak sempat nak tengok sbb terlindung. So bila makin dekat tu, dia pun nampak apa yg i nampak.
Ngeri okay sbb memang nampak api menjulang-julang. Masa tu api paling dekat is bersebelahan dengan apartment yg next to the double storey houses. Then ada 2 row of the double storey yg memang akan direct contact lah dgn api tu sbb the corner lot memang just dipisahkan dgn wire fencing je. Our house is two rows from the last row tu. Still if one of the houses cought in fire, rumah yg lain pun boleh ucap selamat tinggal lah kan. Tau je lah api kalau dah besar memang berapa minit je boleh habiskan kawasan tu kan.

Lepas 'isya, cekpen pergi tengok lagi. Dia overheard frantic call from our nebor yg rumahnye kat row paling bahaya tu. "ni macam mana ni? bila u ol boleh datang? Dah berapa puluh kali kita call takde sapa datang lagi ni. Ni api dah less than 20 meter ni.....kitorang perlu tinggalkan rumah ke??"

Masa tu api lagiiiiii dekat dah. Yg kat apartment u memang tinggal gap longkang dgn tanah tar less than 10 meter je dari building. Masa tu lah baru dengar siren bomba. Phewww...alhamdulillah. Bersorak semua orang. Memang terasa 'kesuperheroan' bomba time tu, walopon bebetul last minit baru derang sampai. Bomba cecepat lah cuba kawal api tu.

Tak lama tu another 2 more datang. Then ada satu unit keselamatan awam (sumthing like that), 6 anggota bawak lampu suluh, pergi another side and tebang some pokok2 utk buat border stopkan api tu sbb yg tu pun dah dekat dengan another row of the double storey house. Then derang panjat bukit yg belum terjejas and buat surveillance kot. Tengok api ke arah mana agaknya. 

Lama ok. Pukul 11 lebih tak setel lagi. Tu yg kat area rumah kitorang. Yg kat atas puncak bukit nun, masih menyala-nyala lagi. Cekpen sambil2 tu borak dgn another nebor. According to him, petang tu memang api dah marak dekat the other side of the bukit, yg tu boleh nampak dari Bayan Hill Homes (puchong jaya). Bomba ada kat sana. Masa kitorang nak ke giant tu pun, kitorang bertembung dgn satu truck bomba jugak menghala ke bandar kinrara 6.  Maybe yg border bandar kinrara dgn hutan tu pun dah kena.

Come to think of it, actually banyak kawasan perumahan surrounding the reserved forest. So nasib lah api tu menghala ke rumah sapa. Taman wawasan pusat bandar puchong, bandar puteri.....tsk banyak lagi. And petang tu sebenarnya bomba dah datang survey kawasan kitorang, masa tu api still jauh lagi. Then bomba kata tak boleh buat apa2, lepas tu derang blah. Boleh gitu???

And malam tu, IF bomba lambat sikit, tak sure lah apa nasib kitorang semua. Kalau takat guna baldi dgn paip tu boleh ke padam api besar camtu?? Malam tu cekpen suruh i pack all important document....just in case bomba suruh kitorang evacuate. Panik jugak lah kan.

The next morning, masa cekpen nak hantar me and sarah pergi SDMC, kitorang pusing belakang. Asap tebal nampak yg kat puncak je... api tak nampak dah. Then petang tu cekpen dapat citer, actually pukul 2 pagi baru bomba dapat betul2 kawal api tu. Then isnin tengahari ada hujan lebat turun sekejap. Agaknya dapatlah padamkan lebih bara2 yg tinggal kat forest floor tu. 

Ingatkan kat indonesia je bakar2 ni, rupanya belakang rumah kitorang pun kena. Punca kebakaran tak pastilah. 



Filler Wake up call

Ahad malam isnin tu i dapat sembang kejap dgn jiran sebelah ni. Last sekali sembang sebelum i pregnant. Punyelah lamaaaa kan, padahal sebelah rumah je. Salu apa2 hal i pesan dgn bibik dia je, sbb bibik tu salu jugak terserempak time sidai kain kat depan.

So my nebor tegur lah dah baper bulan, bila due semua tu. Bila i cakap due oktober, dia mcm surprise sikitlah sbb perut i nampak mcm dah turun katanya.

I memang le tak reti bab2 tengok perut turun naik ni. hahahaha. Sama je i tengok. But bila dia cakap mcm tu i saspen sikitlah. Tsk i ni apa pun tak prepare lagi. Yg ada cuma barut dgn bedung je, tu pun belum basuh =B. Baby please stay in there for a bit longer, k....mama lum ready apa2 lagi nih. Ikutkan plan nak start membeli lepas raya.

So disebabkan teguran tu, jadi agak terajin sikitlah nak sambung survey2 barang2 baby online. Especially clothing. I plan nak beli Newborn je dulu. Maybe nak start beli sikit2 kot. Ye lah kan, pepehal karang takdelah cekpen menggeragau nak kena gi shopping sensorang, tah apa pulak yg di beli nanti, jumpa pun belum tentu hahahaha.

Tapi ada sikit bengang. I masuk Cotton On punya website, pilih2 yg offer paling murah. Adalah 3 yg rega tinggal 10 hengget je selai. Murah kan. So masuk dalam cart. Then pick jugak selai beanie after disc $6 je. Sekali nak checkout, shipping cost is RM43. Apakah???? Barang RM36 je.
 NP:RM44
NP:RM49

NP: RM55
NP: RM34.

Katanya kat notis kat web tu kalau beli lebih RM250 barulah free shipping. Apalah yg i nak beli sampai 250 tu. Dah le cheapskate, ambik pun yg paling murah. tsk T____T. Kalau ada semua barang dari towel sampailah ke mak nenek toiletries mungkin lah kot boleh cecah, but takde, ada pun yg mahelll aje. Yg atas ni pun kalau i choose another pattern or colour rega takde diskaun dah, yg design tu je yg diskaun, so takkan nak amik yg serupa sampai 3 set kan. Boring le.

Pangkah lah dulu. Pergi pulak kat H&M. Pilih2 yg paling ekonomi gak, rompers n jumpers yg putih ada 6 ke 7 pieces. Selai tu jadi lam $13 je. Sekali barang takde online shipping...tsk. Hoihhh dah le i malas nak kuar, semua pun takde online acaner????

Gi jengah mothercare....dari page 1 sampai page 18...phewww mmg tak lahhhh...mahellll jugak. 

Last2 pegi balik kat cotton on. Belek lagi items yg on sales satu2. Sampai lah dpt 9 items for newborn. Purata still murah @ $14/piece. Lepas tu fikir apa yg all of us in the family WANT that is on sales jugak. I pick items yg either less than $10 or max $15 je hehehe. So everyone get something. I manage to grab 4pcs of bra yg selai rega 6 hengget sajok. Saiz not to worry, sbb penah beli so i just choose one size up. Mina and sarah dapat kasut. Haritu masa shopping kan i tak bg mina beli kasut tutup sbb mahel n dia jarang pakai kan, tapi ni sbb murah bebenor, so bglah dia pilih sepasang. At least tak le ralat kalau dia jarang2 guna. Sarah pun sama. Awish susah sikit sbb kasut takde utk dia sedangkan itu yg dia takde. So end up belikan t-shirt. Walopon adult t-shirt tapi ada saiz "s" yg bila i ukur with his current baju, saiz 's' tu sama. Cekpen pun dapat selai jugak. Finally malam tadi baru lah check-out n make payment.

Now waiting for delivery. Saspen jugak sbb they can't promise exact no of days, shipping terms tu tulis within 5 to 7 days. Ngam2 aje sehari sebelum balik kampung utk raya. Harap2 takde masalah le.

Lepas ni ada lagi few basic items i kena secured dulu. Lepas tu boleh rileks kejap. Sambung balik lepas raya or september. Sambil2 tu bolehlah siapkan bedding , nursery room, clearing some drawers to keep his belonging. Phewww!



Tuesday, July 30, 2013

Day 18 Ramadhan 1434H

Hari sabtu, adalah hari shopping!. Ni i ingat muahahaha =D. Tapi cuma shopping utk awish je jadi takdelah havoc sangat. Mina and sarah kena tinggal kat rumah as we had planned earlier. Pergi tu dah lepas zohor, so belah pagi i buat apa ye??? oh maybe i siapkan bakul tu. I buat kejap on friday lepas tu terbengkalai sbb sarah makan daging then i sambung hari sabtu. 
28 weeks going smooth. Still can fit into my size 's' penny. 

So lepas zohor pegilah ke sunway piramid lagi,hahaha mmg malas betul nak terjah tempat lain. Malas sbb nanti bukan kitorang je penat, awish pun sure penat jugak. Dah lah dia tak gemar soping2 ni. Kang dia buat perangai kang, kitorang jugak yg hangin. 

Pusing2 few shops cari kasut n seluar takde dah saiz dia, or kasut yg dia berkenan. Gi jusco, adalah jeans kiko saiz 13/14 yg elok, tapiiiii saiz tu ngam2 je kat pinggang dia. Tu tengah puasa, kang lepas makan or raya mcm tak konfiden je boleh muat lg. Lepas tu kannnnn, harga suar selai seratus lebihhh. Pitamsss mak. Padini pun mcm tu jugak, cutting dah lah slim2 cam pompuan, rega ya ampunnn. Yg mana sales tu pun saiz aje besar tapi tau dah mmg tak  muat punya sbb awal  tahun hari tu beli kat situ jugak. 

So plan nak ke zara or parkson lah. Sambil tu singgah2 le cari kasut. Hmmm...tak ada jugak yg dia berkenan. Lepas masuk 4 kedai, dia give up, tak payahlah beli kasut raya katanya. Sian dia. Masa kat kedai kasut tu terserempak kawan cekpen masa kat um. So i borak2 jap dgn his wife. Derang pun tengah menghadapi masalah yg sama, tak dapat carikan their boy baju seluar kasut raya. Semua pasal saiz. Macam kitorang jugak dah byk kedai masuk still tak dapat2. Anak dia pun in between nak jadi remaja gitu, susah le sbb as first time parents to this age mmg blur jugaklah tak tau nak pergi kedai mana. So main redah je.

Akhirnya kat Zara ada saiz dan cutting yg sesuai. Kebanyakkan seluar skrg kan trend slim fit, or regular fit tu kan. Ala pesen2 ala2 jonas brothers tu lah. Cutting mcm tu nak kena gaya baru elok, kalau tak mmg nampak jinjang je. Mcm awish tu mana nak pakai baju berlayer2 or kasut snickers ke converse ke, so nanti nampak tak elok lah kan pakai seluar cutting slim2 tu pastu pakai crocs. Then baju pulak kalau nak nampak style pakai seluar fit, tshirt pun kena hugging sikit kan or kemeja long sleeve, then u lipat lengan, body kemeja pun tak boleh straight, kena narrow to the waist, baru smart. Awish mmg takde chance lah narrow2 waist ni kan hahahaha harap maklum.

Out of 5 ke 6 lai tu, 2 oklah. Actually satu je yg ok yg darker denim tu, yg suar light blue denim tu tak ok sangat sbb punggung baggy sangat menyebabkan kaki seluar nampak slim. Tapi dia nak jugak sbb selesa kot punggung dia longgar, senang kentut gamaknye. Then yg tu pinggang cerut je so easy for him to wear. So beli jelah sbb kitorang malas dah nak jalan lagi, boleh? hahahaha. Yg bestnye, 2 lai baru 150, hah barulah tak tercekik kan.

So cukup lah 2 lai, suar dia yg ada skrg byk yg khakis light/ dark colour semua muat lagi dan takdelah lusuh sangat. Belikan jeans ni pun sbb raya lepas punya jeans bila dia pakai dah macam lepat je. Tau lepat??? Ketupat lepat johor tu , yg di buat dari pulut dgn kelapa parut, ada garam sikit, lepas tu balut dgn daun kelapa muda, bentuk panjang2 diikat dgn rotan tu. Hah gitu lah rupa jeans last year skang ni kalau dia pakai. hehehe. 
Balik tu call my sister nak tanya dia nak berbuka sekali kat rumah kitorang ke tak sbb malam tu dia nak datang dgn my anak buah pasal kontrak training dgn petronas. I pikir2 elok la dia dtg awal n berbuka sekali kan sbb nanti dapatlah adib (kazen derang ni) main lama sikit dgn awish n mina n sarah kan.

Lepas tu kan, baru i teringat, i tapau nandos sekor je whole chicken tu, muahahaha manalah cukup kan. So balik tu kelam kelibut le masak. Masa tu dah pukul 5 suku kot. So cecepat keluarkan half chicken nak grilled. Pastu buat ikan merah asam stim, peria goreng telur dgn bihun goreng. Kena jugak buat sambal grilled chicken tu sbb dah takde stok dalam freezer heheh. Memang terbaik lah my fake happycall tu, elok je masak my chicken grilled walopon i cuma sempat defrost 40 minit je, pastu perap kejap n terus letak dalam happycall.

Nasib baik friday punya lasagna dgn puding roti banyak lagi. Then ada frozen mamosa eh, mamosa ke nama kuih tiga segi tu lupa pulak, ke samosa?. So goreng tu. My sis ada bawak kuih mcm bungkus tapai tapi dari tepung pulut and ada kuah gula, i totally lupa nama kuih tu.

By the time derang sampai, i baru nak angkat ikan masuk dalam bekas hua hua hua. Tapi yg lain i dah letak atas meja n atas table top lah, meja tak muat heheh. So since tak sempat nak hidang separuh kat depan tv, i plan adult duduk bersila atas tikar je n biar budak2 kecah kat meja, tapi dah azan kan, so terus buffet syle. Ambik ajelah n pilihlah nak makan kat mana pun hehehe.

Gambor pun tak sempat nak snap2, ni pun ada sekeping aje yg cekpen snap. Alhamdulillah. Kenyang yg amat sbb makan ramai2 kan sedap je i mencekik. Lepas solat semua tu, borak2 sambil diskas hal yg anak buah i nak sampaikan tu. Sambil tu dok meratah rempeyek superb yg cekpen beli kat opis.

The next day (ahad) me n cekpen seharian menggelupur. Disebabkan terlebih makan hahahaha. Sendawa aje sepanjang hari. Maybe terlebih mentekedarah rempeyek tu, ada kacang tanah kan, jadi angin kot. 


Filler What I want ASAP

Masa zaman pregnant dulu2 takdelah terdedah dengan macam2 benda osem. Tapi kali ni memang lah dgn berbagai info dihujung jari sbb rajin blogwalking sana sini kan. Ni salah satu benda yg i rasa macam perlu sangat ada sekarang. Kalau boleh sebulan dua yg lepas i nak ada benda ni. Tapi survey punya survey the cheapest i can get is around $160 camtu. Paling mahal so far kat butik baby is more than $300. Bila pikir tak tau lepas bersalin akan guna berapa lama, rasa takmolah spend too much on it. 

Cuba tengok gambar2 i google ni.....it looks sooooo comfortable kan...sigh! Sekarang ni bubuh bantal keliling pun manjang sedar2 tah ke mana bantal, lepas tu badan pun dah lenguh2 especially kat perut tu. At 7 month ni memang semua posisi tidur tak selesa. Pusing sana sini lah nak bg sedap. tu belum berebut bantal lagi ngan sarah n cekpen.






So sekarang ni tengah memendam rasa nak dapatkan seketul maternity pillow ni or snuggler or snoogle whatever they call it. Since nak beli macam mahallll sgt kan, i dah cantum2 perca kain buat sarung dalam tu. Sarung luar tu nanti kemudian cerita. Ni keta takde nak gi kedai kain so takleh berangan sangat. Then i need to buy kekabu buat isi. Kalau by this weekend tak dapat kekabu, i bantai ajelah beli yg isi fiber or bean bag filler tu, belasah lah. Janji ada isi yg lembut.
Gambar atas ni my sarung. Burukkan hahahaha =B. Itu je perca kain yg ada. Itupun tak cukup, siap i korbankan satu bolster cover yg mmg tak pakai dah, potong nak bg cukup sarung ni. Shape tu nanti boleh alter lepas letak filler sbb nak adjust perut i landing bebetul kat mana. Size ni 2 inches bigger than normal bolster. Semua i belasah je ukuran tu. Gap tu pun agak2 aje. Then just measure my shoulder to thigh length for body fitment. Cepatlahhhh weekend. Can't wait to hunt for kekabu or any filler.