Wednesday, September 18, 2013

The Cat Hammock and other accesorries


The DIY cat hammock. dapat idea buat ni sbb ada jual yg ready made kat petshop. Yg jual tu cantik lagilah, sbb velvety and ada cheetah printed bagai. Takpe, jahit sendiri je, kucing bukan tau cantik ke tak kan , heheh.

Most of the time si Chomel yg conquer hammock ni, but kadang2 si Kening dapatlah jugak kalau dia cepat. Ada sekali tu i tengok Kening keep on poking chomel sampai chomel bangun and turun from the hammock. Lepas tu Kening take over hehehe. Ni kira oklah kan sbb memang i buatkan utk derang tidur situ. Nak buat 2 takde tempat pulak nak gantung.

Lagi satu i put bakul rotan kat lower deck. Si Kening like to sleep in it. Kadang derang main sampai tunggang terbalik bakul tu. So today i gantungkan from the top deck so that takdelah derang terbalikkan bakul tu.


Tapi yg tak menahan tu kalau mama punya bedding pun derang nak conquer. Tengok gambar bawah ni.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
My maternity pillow aka snoogle ni pun derang nak tumpang jugak....haih!

Another important things for keeping housebound cat. Litter box. Last saturday, masa atuk taking his afternoon nap, me n cekpen keluar kejap sbb dah tahap kritikal dah, the cat food habis. I belikan whiskas, sehari semalam sanggup  derang makan sikit2 jek. Satu serving pun tak habis. tsk.
So masa kat petshop tu terbeli lah litterbox yg ada cover atas ni. Dapatlah improved the messyness of pepasir tu. Sbb yg ni kalau derang dok kais2 pasir2 tu still tak terkeluar, adalah but sikit2 je and will be collected kat base tray hitam tu. So kurang lah kerja2 pembersihan. Then previous litter box kitorang still guna as insert kat dalam covered litter box ni, so cuma cuci yg insert je lah, yg covered ni tak payah hehehe. Agak rumitlah bela kucing compared to bela tortis huhuhu. 
Tuck, yg sekarang pandai mengeluarkan bunyi ala2 bunyi tikus. Mungkin jeles tengok kucing 2 ekor tu terlebih manja hehehe. Pet yg paling senang nak bela kalau nak bandingkan kucing and hamster. Low maintenance, food pun murah tahan berbulan2. Dari saiz besar duit 50sen skrg dah sebesar 2 tapak tangan dalam masa dekat 3 tahun.




Tuesday, September 17, 2013

Natural remedy to increase milk supply

Study jangan tak study =P


Food and Drink Category :
1. Habbatussauda
2. Halba
3. Horlick (malts)
4. Cheese
5. Soy product such as tempe, taufu fah etc.
6. Dates
7. Oats
8. Jantung pisang
9. Daun kaduk
10. Radish/ lobak putih
11. Sawi
12. Daun turi
13. Broccoli
14. Air rebusan blended kunyit+halia+madu.
15. Anise (bunga lawang or jintan manis, i'm not sure, maybe both).
16. Blessed thistle
17. Drink plenty of plain water.
18. Eat lots of fruits
19. Steamed fish (preferebly white fish)
20. Sup tulang
21. Jagung rebus.

Technique:
1. Feed frequently (every 2 hours or so)
2. Always empty the sack (so kalau agak2 ada balance lagi lepas baby menyusu sila pam)
3. Pump frequently when direct feeding is not possible.
4. Proper latching
5. Stress free

Doa:
1. Doalah mintak Allah cukupkan supply.
2. Amalkan surah no.49 iaitu Surah Al -Hujurat.

Last sekali, if we had tried everything within our means, still the milk supply not as astounding as others, please do not stress out. Kang meroyan lagi susah hehehe. Just remember, our body might vary with one another even though konsepnya sama. Itu semua rezeki. Kalau nak kena bagi formula, bagilah, why not. And please follow what is best for both mommies and babies. Jangankan kerana sekumpulan yg sangat obsessed, yg kurang berjaya terasa rendah diri. Let them be. You know you have tried your best as much as you are able to.

I pun tak pernah lagi berjaya BF sampai 2 years walopon banyak jugak yg tersenarai kat atas tu i makan, amalkan. And from what i read, ramai jugak yg senasib. But I will try again this time lah. InsyaAllah.










Monday, September 16, 2013

Mismatched

sumber google.

I bersyukur...really...Alhamdullillah. Bibik are still here to do lots of house chores. Really2 thankful especially with my current state. But there's always time when her work irk me to no end. Like this morning, when i walked into my bedroom, she had changed the bed sheet. She used the cream with red small printed flowers sheets, matching quilt cover, 2 matching pillow cover and and and and 2 light grey + 2 dark grey pillow covers. Rasa nak terkeluar bijik mata tengok ....arrrggghhhhhh why the grey pillow cover!!!!!! I have six pillow, ok, the pillow cover yg come with the sheet ada 4 sahaja.....4 ok. and ada je dalam drawer tu sekali, takde i seperate lain2 drawer ke hape. Why she think that using 2 is enuf??? lagi 2 simpan buat apa and guna plak the grey color.???? The grey tu supposed to be in the guest room, which i dah pernah pun pasang and she knew it already.

Ok, maybe if 2 light grey tu i can accept sbb the plain cream was used earlier and she want to wash it. But i just finish sewing another 2 more cream yg ada dlm laundry basket yg dia dah lipat tu, lupa kah???? Dia selalu buat macam ni tau, bukan tak pernah cakap kat dia nak guna yg mana, but she keeps on repeating the mistake sampai i biar je lah and fix it myself.

Bilik mina tak yah citer lah, the mismatched was horrible. Simply because sarah punya and mina punya ada dalam same drawer and theirs are plain sheet with printed pillow case. Haru biru selalunya. Salah saiz kadang tu, sbb sarah punya single, mina punya pulak super single. Kang menggelebeh sarah punya sbb guna super single, then tilam mina nampak tak muat sbb guna single....pillow cover lagilah out....hoih...letih ajar.

No doubt she's rather fast, but her detailing really goes down the drain. Of course banyak lagi benda2 yg irk me but i tutup sebelah mata, kalau i tak larat nak betulkan. Bersyukur ajelah, komplen banyak pun karang dia tak senang buat keje. 

Sometime tu benda yg tak boleh nak betulkan.....so amacam? Contoh cooking. Lepas raya i dah bagi balik the kitchen to her. Then i bawak balik sos tiram from kampung sbb banyak lagi lebih so sayang nanti expired tak digunakan. Once she notices there's sos tiram kat dalam kabinet tu, waahhhhh i tell u, every cooking taste like sos tiram T___T. I nak tegur pun rasa tak selesa sbb she knew i only used the sos tiram tu kadang2 aje. 

But after 3,4 hari, i tak tahan, and kebetulan ada sekali tu i was in the kitchen masa dia baru start masak. So i take the opportunity to REMIND her AGAIN, bila boleh guna sos tiram......which is masa masak sayur sawi cina tu AJE hahaha. Kembang ok tekak, dia belasah sayur pakis pun ada sos tiram. pfftttt. 

Itu lah kisah2 bibik......ada je banyak lagi but i believe semua bibik pun ada flaw memasing. So kita ni pepandai le nak accept or tolerate mana yg boleh. Nanti dia dah takde akuuuuuu jugak yg penat muahahahaha.











Sarah and Art class

Sarah ada 2 je lagi art class, sebelum mama pull her out for 2 months that is october and november. If everything goes well, then she can resume back her class by december. Tapi mama tak promise lah ye sbb kot mina and awish pun nak join sama hmmmmm mama tak sure le can afford or not. Time cuti the fees tinggi sikit banding yg weekly class macam sarah ni.

Terpaksalah jugak restkan for 2 months ni sbb mama dah tak larat lew nak antor, tunggu n amik from her class. Then during confinement surelah takde orang boleh hantar and ambik kan, so might as well stop kejap. Surely sarah muncung nanti sbb ni lah antara aktiviti yg sentiasa she's looking forward every week.

In fact bebudak ni pun i dah stopkan from going to mengaji. Now memasing mengaji depan mama n ayah aje. 1 or 2 pages per nite. Sarah still muqaddam so satu, 2 ayat baru je lah every session, tengok tahap kelancaran dia. Mama tak leh nak duduk lama sangat sbb sakit belakang so awish was monitored by cekpen bila dia sempat. Bila myself mengaji takpe sbb i can bersandar sesedap rasa and adjust the quran accordingly but with them kalau bersandar, tak nampak le derang baca apa kan. At least now a bit relaxlah sbb kalau tak sian cekpen terkejar2 everynite antar derang gi mengaji lah tusyen lah. Until things settle, which is tak tau bila, inilah arrangement yg paling selesa buat masa ni.




Thursday, September 12, 2013

Another spring cleaning session

Actually started a small portion je ni. Lepas i clearkan guest room to become my confinement room tu, i sambung utk kurangkan storage kat dlm master bedroom. Banyak na storage and toyogo box atas lemari, semak mata tengok. Kat area bibik gosok tu pun makin bertingkek-tingkek. Dah macam hape tah, so mari punggah dan clearkan mana yg tak pakai.
Topi2 semua ada trademark toyota n sekutunya ni i dah sedekah kat bibik. Semua cantik je sbb cekpen tak pakai pun. Topi koboi tu pun pakai utk dinner dia sekali je, so letgo jugak.
Ni lah toyogo2 dan memacam kotak simpanan yg semakin beranak pinak. Dari atas lemari and dari rak fail kat ruang menggosok. Huih...semak nyeeee.
Lepas seminggu, baru bernafsu nak susun balik. So atas lemari tinggal tu je, 2 toyogo kecik and satu bakul. 2 lagi toyogo yg medium dah masuk dalam my lemari baru kurung yg bawahnya ada space kosong. 2 storage box lembik dah di recycle utk jadi tempat letak baju berlipat yg buat masa ni i tak pakai sbb perut tengah gendut, so memang boleh letak dalam lemari. Nampaklah kemas teratur bebaju lipat tu sbb ada proper box. Then kotak2 mineral water tu bolehlah buang. Satu toyogo saiz besar buat simpan album2 lama dapat sumbat dalam stor room. Ada extra satu toyogo besar kosong, terus buat letak pasir litter kucing kat luar rumah. Nampak kemas sikit porch tu.

Lepas ni ada lah few more things to do sebelum cuti panjang....rasa2 sampai tahun depan kot baru boleh buat spring cleaning lagi huhuhu.




Tuesday, September 10, 2013

Playing house @ architect

Cekpen decided to get things moving. So here i am, doing my best to simulate our idea in 3D. But my back is killing me. I've been working on this since Sunday morning, less than 5 hours from the schedule meetings with a few contractors/ architect/ designer that afternoon. I manage to whip something, printed it out as a handout for them. 

But after that initial briefing, i need to do more. So since yesterday, i was cooped in the room trying to make the design as accurate as it can be. Yesterday i manage to improve the ground floor. So this morning i started out on the 1st floor. Something occured on the software i was using, and poofff! my ground floor went missing. *slap forehead*

I guess i have to work on using the images that i've captured from the 3D. Tak larat dah nak duduk ni. Will explained in detail in excell lah jawabnya. I hope i can emailed to all the contractors by end of the day.



Friday, September 6, 2013

Hilangkan gatal dan sakit belakang

I ingat pregnan kali ni, kulit perut ni dah cukup stretching dah from the previous three pregnancy lah kan. Meleset sungguh. Still naik bertingkek-tingkek stretching uols. Tensi jek. Bertambah2 le my victory stripes. Tapi kan dah malas dah nak sapu mak nenek losyen ni sbb takde maknanye. Kalau sapu pun tetap keluar jugak. Tapi yg tak tahan, bila start stretch, kulit tu jadi gatal le. Garu karang jadi lagi worsekan.
Malas nak mencari losyen ke apa2 kat farmasi tu, so masa kulit perut ni start itchy, in may, i sapu minyak atas ni. Sebab ni je yg ada kat rumah heheh. Sarah punya jugak ni. Dia kan ada T scar kat area surgery abdomen tu kan, so apply minyak ni. Sangat mujarab le, sbb bila gatal je sapu then terus hilang gatal tu. So i pun terus le guna sampai habis, now dah beli lagi sebotol. Lepas mandi i terus sapu kat perut banyak2, biar kejap utk meresap baru pakai baju. Walopon ada tulis situ utk stretch mark, idokle i caya sangat, but yg pasti memang berkesan utk hilangkan gatal2 bila kulit tu merekah. I rasa lagi effective dari yg stretch mark losyen from the same brand. Sbb dulu pakai yg losyen berbotol2, tetap le merah2 and tergaru2 dibuatnya. 

Lagi satu, pasal back pain. Lately ni memang makin unbearable. So lepas macam2 buat tak menjadi, akhirnya, i try to sleep on my stomach. Nak bagi my back muscle relax. But perut besar kan, susah ye tak nak baring. Memula i baring kat tepi katil, kaki kat bawah dada kat atas kan. Last2 dapat idea utk buat lubang pakai maternity pillow tu. Hah, gila best. Lubang tu just nice utk size my protuding tummy, letak bantal utk support kepala. Kaki n tangan gaya bebas. fuhhh lega sangat belakang ni dapat relax. Kadang sampai terlelap. takut jugak kot baby kat dalam tu tak ok kan.  So lepas 15 minit ke 30 minit ke i tukar balik mengiring lah. Nak agi best masa meniarap tu ada orang bagi massage kat belakang....perghhh memang heaven. Sarah volunteer bg massage tapi kejap jelah , pastu komplen tangan dia penat...pffttt.

Thursday, September 5, 2013

Random

Hari ni pagi2 lagi dah hujan lebat. Best sejuk je cuaca kan. Si kening temankan i kat bilik ni sambil meow2 manja. Si chomel main sendiri kat bawah le tu. Takde apa nak buat ni, semalam dah siapkan pillow case utk bilik bawah. 

Semalam siapkan satu 'hammock' utk letak kat cage Kening  n Chomel. Pastu malam tadi i tengok dua2 taknak tidur atas hammock tu. Tapi pagi ni, si chomel sedap je lena kat situ, hehehe, pandai pun. Kat pet store ada jual hammock ni around $30. Ni i buat guna kain2 lebih je and letak tali empat penjuru. So adalah kawasan extra utk dua2 ni lepak2 bila dalam cage.

Sementara baby belum keluar ni, dua ekor ni le baby dalam rumah ni. Kemain lagi landing atas katil mama n ayah pastu terus lelapkan mata. 

Tadi dah call makcik urut bersalin. Makcik Ita. Glamer gak makcik ni sbb ramai jugak orang rekomen. RM90 and dia buat semualah termasuk mandikan baby. Nasib baik lah dia available time i due date tu, if i bersalin between 1st to 15th october mmg tak dapeklah sbb dia dah fully booked. I bagitau i due dalam 20th october so, dia acceptlah. Tak tau le bila exact date kan, but roughly around there le kot. 


Semalam, i start masuk balik gym. Buat cycling 30 minit je. Nak bagi muscle get used to work out. I nak try buat 3/4 kali seminggu, preparing for labor. Taknak le karang on labor bed muscle cramp ke hape kan. Hopefully i gain enuf strength le, sbb ada lebih kurang 7 minggu je lagi nak exercise ni. 
Masa Sarah dulu exercise jugak, every morning I step on benda kat atas ni sebelum gi kerja. I buat between 15 to 30 minit. Depend i banyak masa ke tak heheh. Kalau dah terlewat bangun tu kejap je lah i buat. Alhamdulillah masa sarah dulu, kira mudah jugak le i bersalin, tak tau le sbb i exercise or sbb keturunan.

Hmmm...nampak nau takde citer kan hahahah....apa-apalah. baii.




Tuesday, September 3, 2013

Anjer Ohsemness

hmmmm.....anjer 2 ekor ni tak makan perisa ikan salmon. Bersungguh cekpen belikan yg terbaik, taknak le pulak. Siap muntah lagi. So bagilah perisa ayam balik. So far behave lah 2 ekor baby ni. Kebetulan masa gi shifa last week. terserempak dgn Kak Saadiah lemang tu, owner lama kekucing ni. Kak tu kata, sebelum ni memang dia takde sediakan pasir litter, makan pun campur2 nasi dgn biskut2 kucing tu. Pastu manja tu memang lah manja. Then, dia cuma ajar jangan naik atas meja makan. 

Tu yg kitorang heran gak tu, sbb since jadi anak angkat cekpen, memang terus elok je membuang kat pasir, takde naik atas meja kacau orang makan, takde gi dapur curik ikan ke hapa, masa kehabisan food tu, bg nasi taknak le pulak, sanggup tak makan langsung sbb tak suka yg biskut perisa ikan tu. 

So far cuma lepas dalam rumah je. Time makan n membuang letak dalam cage kat luar. Then bawak masuk bila dah sudah. If kitorang keluar pun letak dalam cage jugaklah sbb takde sapa kat dlm rumah kan. Takut nak lepas kat luar sbb takut mati kena langgar keta. Masa baru ambik aritu, anak kucing sebelah pecah kepala sbb owner tak perasan kot anak kucing tu baring dekat tayar. So taknak le anjer 2 ekor ni pun jadi mangsa yg sama. 

Baru ni leher si chomel macam luka and ada infection, mata pulak berair je. Asik tak sempat nak ke vet kan so i tak tahan tengok dia menggaru, i amik fucidin, i sapu kat luka tu. Then i sapu pulak elan-forte. Ni semua cream utk kulit sarah yg sensitip tu. Lepas tu bubuh ubat titis mata yg doc bg utk sarah tah bulan baper tah. Lepas titis ubat mata tu, terkeluar2 lidah dia sbb rasa pahit kot hehe.  Lepas 2,3 hari elok le pulak dah luka kat leher and mata dia. So takyah gi vetlah hik =P.

Agak2 rega cat food n pepasir ni terkesan tak dgn kenaikan rega minyak ?  Vavavavava =B





Monday, September 2, 2013

Mina turns 8

Blow candles with classmates.




Hari sabtu bawak derang semua ke Pusat Sains Negara, sbb nak ke KLCC park rasanya sesak kot sbb merdeka kan. Kat sini best sangat sbb tak ramai orang. Ada 2,3 kuarge je most of the time. Kitorang le yg paling lama, dekat 2 jam bebudak ni main air. Bolehlah datang lagi sini sbb FREE hehehe. Cuma kena bawak bekal lah ye sbb takde kedai makan ke hapa.
Sementara derang berjimba dalam air, mama and ayah gilir2 menduyung.