Monday, February 1, 2016

Helllooooo

My face exactly rite now.......bleerrrgghhhhhhh.....2016 ye. 
New routine....new place.....new school.
Its 16.26pm..... Must start cooking dinner. 

Bye

Wednesday, November 18, 2015

His first


Awish tengah berdebar menunggu pengumuman result upsr dia. Masa ni me n cekpen dah tau dah sbb kitorang sms kekeke. Alasan sbb nak maintain coolness depan awish. Memula cikgu panggil 4A1C. Ada 2 student dapat. Lepas tu 4A1B. Ada 27 student dapat. Alhamdulillah nama awish dipanggil masa ni. Lepas tu 5A pulak seramai 26 orang. Total yg ambil upsr around 150++ tak silap. 
Me n cekpen senyum sampai malam. Awish tu average dia 2A3B or 3A2B. So dapat 4A1B pun kitorang happy sgt dah hehe.

WAwish sedih sikit sbb bff 3 orang dapat 5A. Yg sorang tu pulak pun selalu average je mcm dia. Dah rezeki dia kan. Awish kata dia happy kawan dia dpt 5A tapi sedih sikit sbb dia tak dapat sama. Takpe awish ada baaaaanyyyyakkkkkk lg exam kat malaysia ni awish kena go through. Mama ayah tak mampu nak pindah Finland, so bertabahlah ya.


Petang keputusan PSRA pulak diumumkan. Alhamdulillah awish dapat pangkat JaiddJaidan. Between 70-89%. Pun syukur sangat. Bff awish tak ambik pun psra sbb derang dah stop darjah 5, nak fokus ke upsr. But awish mama ayah paksa jugak pergi sekolah. Ini utk kebaikan awish jugak.
 So asrama buat masa ni tak payahlah ya. Lagipun awish selalu lupa gosok gigi lah shampoo rambut lah. Mama rasa awish tak ready lg nak jd indipendant. Sek biasa pun ok je, silibus je mama x setuju sgt huhu. Silibus pun sama je asrama ke sek biasa, kecuali lah mama ayah hantar international school. Itu angan-angan je dapat. Apa pun tahniah awish n terima kasih sbb berusaha keras utk dapat keputusan yg bagus ni. 



Monday, November 16, 2015

Deko handwash sink

Sinki basuh tangan dah pasang cabinet. Tiru dari instagram. Kos cabinet 0. Foc dari contractor yg pasang cabinet almari masterbedroom. Tak sabar nak letak orkid kat situ. Cermin jugak. Hmmmm mana pulak nak cari saiz cermin yg ngam.

Monday, November 9, 2015

Reno deko living hall

Baru nak post. Lama perap. 

Another step. Sometime in august, ternampak iklan sofa warehouse clearance sale kat Citta Mall. Since takde aktiviti lain, weekend tu, maka ajaklah cekpen pergi survey, mana tau berkenan. Tengok- tengok salah satu design yg i dok aim ada situ. Apa lagi kan, mari bukak ipone and check berapa market price. Lepas diskaun apa semua masih murah. But kat situ ada 3 seater and satu ottoman. I tak minat sangat ottoman, so tunjuk gambar single seater from my telepon kat promoter tu. Lepas confirm boleh order dia bagi best price.

Ambil masa sekejap sebab nak google check pricing kat tempat lain and berapa diskaun kedai lain offer. Alhamdulillah, jauh lagi murah. 

3 or 4 weeks after we ordered they schedule to deliver tapi lori lambat sampai, and i tak boleh tunggu lama sebab nak ambil bebudak balik sekolah. So reschedule another day. Akhirnya. Puas hati tengok dah ada furniture sikit.

View dari area dining. 

Lepas ni nak setelkan masterbedroom. Bilik anak-anak tak plan apa-apa sebab bawa segala yg ada dari rumah sekarang. Save cost.  Deko bilik or cat dinding derang pun tak plan lagi. Dah masuk nanti baru buat pelan - pelan. 

Wednesday, August 26, 2015

Reno reno deko deko

Hua hua huaaaaa..... Reno neno reno neno deko deko deko
Pitam dah masuk dua tahun dah tak siap-siap lagi. Campur proses pembelian dah jadi 3 tahun. Harga barang, kos-kos pun makin up up up and awayyy. Pitam lagi patploh kali.

Takpelah pelan-pelan kita kayuh. Tapi dah nak kena laju sikit kayuhan sbb due bulan november ni huhu.

Takat hari ni, dapur ni je lah yg boleh dibanggakan. So cekpen bolehlah jadikan memori, bonus 2014 jadi dapur, bukan semua jadi emas dan flush ke sewer tank. Adalah kan nampak hasil. 

Island tu anak-anak nak mintak tinggi sebab nak duduk kat bar stool tu. Baiklah mama buat tinggi tapi step down sikit to normal level sbb karang mama nak uli-menguli biarlah di kedudukan yg ergonomic. Supaya tak penat tangan buat kerja di level yg tinggi.

I pilih 4G glass putih untuk pintu. Table top pulak quartzstone beige. Sebenarnya nak putih tapi mengenangkan inilah dapur basah, sini jugak kering, pilihlah warna yg lasak sikit. Lagipun putih nanti lama-lama akan jadi kuning juga sebab expose ke cahaya matahari. Nanti bercapuk pulak. Ikutkan hitam lebih matching dengan putih dan juga dinding backsplash tiles tu tapi kan i dah boring dgn hitam. So untuk tak nampak pelik, letak door dan island in wooden finish. So colorwise, it should match with the whole house interior lah, which is warm. 

Area sinki dan cooker hob tu i pilih concrete base instead of just backing with woodboard. Fobialah dengan anai-anai. At least concrete lasak lah, cuma kurang dari segi aesthetic sebab jadi tebal table top tu macam pakai tiles. Takpelah, compromise.

Banyak lagi ruang lain belum buat. Acaner. I have been combing through houz, instagram, fb, www.....tengok contoh sana sini, cari yg sesuai, yg boleh di aplikasikan, yg boleh di realisasikan. Beratus-ratus gambar i saved dalam satu folder. Buat collage banyak2, compare satu-satu. Hamagadddd. Ginilah cara-cara nak jimat. Nak bayor ID, takde allocation. Bukan tak cuba tanya, tapi tersedak dengan fee nya. Ye lah derang ada value kan, bukan sesaja nak caj. I wish we can afford them, but sadly no.

Sekarang ni macam-macam  i try mixmatch ikut ruang. Meh tengok angan-anganku musnah....ehhhh tak musnah, cuma belum kesampaian je.

Ni idea untuk entry, depan pintu masuk.  Nampak macam sesuai dengan konsep moden. Simple je, tak semak. Cekpen kata dia nak rumah simple-simple aje. Baik bos. I tak kisah sangat asalkan senang kemas dan cukup utk letak barang. Actually i suka jugak yg elegant tapi kan macam nak hidup dalam suasana elegant tu tak lagi kot buat masa ni. Lebih selesa deko santai-santai je utk kehidupan seharian. Bila pergi rumah orang yg deco cantik elegant tu selalu rasa awkward hahaha, takut nak duduk nnt rosak pulak kecantikan rumah orang :D, saiko betul.

Mostly gambar snapshot dari instagram. Ada sophiepatersoninteriors, mrslili, nordishkjem, etc. Paling suka sophie punya. Cantik-cantik sgt. Tengok nanti apa yg jadi. Kadang custom made cabinet mahal kan, so maybe end up beli yg ada kat kedai aje, so lari sikitlah kot design nanti. Takpe yg penting ilham or idea tu. tak semestinya follow 100%. 








Raya kg bandar

Next....

Beraya ke rumah my sister di Kg Bandar, somewhere in Pulau Carey. 
Seronoklah budak-budak ni jumpa sepupu derang. Taklah jauh sangat rumah, tapi ni baru second time jumpa sepanjang tahun ni. Raya derang tak dapat balik kampung. Takpe kita boleh beraya kat rumah derang. 

Ni lah antara sebab kenapa i suka rumah kampung. Laman luas. Kalau nak macam ni kat hotspot pitamlah kami. Tapi kita doa banyak-banyak, mana tau ada rezeki kan. 

Kakak tengah renovate rumah dia. Nasib baik dia kekalkan rumah tradisional depan tu. suka. Eh kita pulak yg lebih-lebih hahaha. Cantik sebenarnya, cuma nak kena touch up. Tu lah yg derang tengah buat. 
Tapi half yang belakang derang turunkan. Her mother in law bedridden, so senang sikit kalau kat bawah sebab kena guna wheelchair nak move her around. I like the idea of using the existing material utk reno tu. Dapat save cost banyak, taulah barang semua mahal kan. Tukang ni pun kemas hasil kerjanya. Memang not bad at all. If i have another wetwork, mcm nak try tanya je suruh dia buat huhu.

Balik dari rumah my sister ni, macam2 idea i keluar. Gedik kan, rumah orang tapi nak sibuk. Hahaha. I sukaaa. Of course lah i berangan sendiri je, rumah orang kot, apahal nak enterprem kan. But i just can't stop the idea from flowing huhu.




Beraya rumah kawan-kawan

Sambung semalam punya entry. Macam biasa beraya rumah sedara mara takdelah nak camwhoring selfie wefie kan. Malu *jelirlidahgedik*. Tapi kita unleashed masa beraya rumah kawan-kawan. Sebab kawan-kawan pun sama tak senonoh n tak malu nak bergambor hik hik.
Ni masa beraya kat rumah kawan di Api-api, Pontian. Terkagum-kagum tengok banglo tersergam indah. Alhamdulillah kawan-kawan ramai yg berjaya, kita tumpang bangga dan seronok tengok. Memula borak sambil menikmati juadah di meja makan. Lepas tu sambung borak di ruang tamu. Lepas tu sambung lagi di gazebo luar. Sebelum balik, borak lagi depan pagar. Macam tu lah perangai bila dapat jumpa, ye lah setahun sekali pun belum tentu kan. Memang tak puas lah. Macam-macam cerita nak share. Nasib lah ada anak n laki, reti lah jugak nak balik kekeke.

Atas ni pulak open house rumah kawan yg pegang baby girl tu. Dekat je rumah ni sebab kat kawasan Puchong jugak. Tapi masing-masing pun sibuk kan, tetaplah jarang berjumpa. Ada sorang lagi geng KL selangor belum sampai, so takde rezeki nak jumpa dia. 

Pstttt.....pakai baju lama je, bukan orang tau pun kan hehe. I jarang pakai baju kurung, just masa raya n wedding. Rasa ralat nak buat or beli banyak. Tapi teringin jugak nak ada 3/4 pasang sekali. Cuma bila fikir bila masa lah nak pakai, terus simpan aje angan-angan. Ni pun nak buat another closet detox, tak tau nak hand down pada sapa. Anak buah ada sorang je yg sama saiz. First stage detox semua dah bagi dia, ni yg dia taknak ni, tak tau nak bagi sapa.


Close up *cringelookingatmycrowfeet*.  Satu sekolah, satu asrama. Sek paling femes kat pontian. Sek Dato' Penggawa Barat. Zafri bom foto ni hahaha. Ni kenangan sebelum kita melangkah ke team "forties" bahahaha. Moving forward katanya. Ada petua awet muda? Please share link hik hik.



Ni bukan kawan. Ni balik dari open house kilang tempat cekpen kojer. Singgah unwind sekejap kat mamak. Open house dia ada dekat 3000 orang kot. Lemas mak. So rilek sekejap minum, then balik.

Cerita raya

Lamanya tak update blog ni. Malas sungguh nak menaip pakai dua jari je kat ipad mini ni. Lagi pulak takda apa-apa yg exciting nak di rekodkan. Adalah cerita raya. Tapi dah basi sangat dah huhu. Then, tak banyak ambik gambar , so tak syok sangat pot pet. Ni sementara mood tetiba datang mehlah pot pet sikit. 

Gambar raya cuma ada yg kat tampin. For the record tahun 2015 kita raya tampin dulu, so ingat ye tahun depan 2016 raya pontian.....eh pontian? Takde kaitan ye dengan amat maselan yg bijak tu. tak kenal langsung. Blehhhh. 

Since tahun ni tak tau sapa balik bila, so assume kami sefamily je lah balik dgn fil. So sebelum balik tu i dah masak and frozenkan lauk siap utk 3 hari. Cukup utk kitorang lah. Tak koser lah i nak menyinsing lengan hari mantai tu. 

Rendang ayam kampung, ayam masak merah, daging masak kicap dan kari ikan jenahak. Lepas tu  beli 3 jenis gulai dekat Kendong. Gulai telur itik, gulai daging salai dan gulai siput sedut. Kat kampung masak nasi je. Tak payah nak berperang kat dapur. Memang rileks habis. Panaskan lauk je. The one and only lauk fresh yg i masak is hati lembu masak kicap, resepi mil. Gila sedappppp. Beli hati fresh tepi jalan dekat je dgn rumah kampung tu. ishh teringat meleleh air liur.


Pagi raya, i buatkan bihun goreng sebab anak2 bukannya nak sarapan nasi impit sangat. Makanlah but i taknak ada scene so buat yg confirm derang suka. Lepas sarapan diorang semua pergi masjid utk solay sunat aidilfitri. Tinggal i dgn zafri, n anak buah sorang. Nasib baik my sil nampak budak berdua ni, hehe. Derang lost sbb first time pergi. Bila i tanya best tak, dedua tak jawab immediately. Lama baru cakap, oklahhh.
Kat pontian, hampir tak pegang handphone langsung. Ni lah satu-satunya gambar yg i snap. Kucing sekarang, durian pun makan. 


Thursday, June 18, 2015

Puasa 2015

Alhamdulillah. Panjang umur jumpa lagi ramadhan. Harap tahun ni lebih baik dari yg sebelumnya.
Paling best pagi rasa free. Sbb tak payah nak sarapan. Tak ambitious sangat nak buat macam-macam , cuma mungkin buat 2/3 kuih kot. Cekpen request tat nenas gulung. Tak pernah buat lagi.


Friday, May 29, 2015

15




Pejam celik lagi dah 15 tahun dah. Anak kejap 7 kejap 6. Ni sementara ada 7 anak balik. 2 hari sebelum our anny (28/5), we had a bit misunderstanding. Alhamdullilah its a fluke. I turn into ice sekejap, fortunately it melt away.  I doa for more happy tears in years to come. Hope of growing grey together, of cos till jannah (i think ;P). Till our next next next.......