Tuesday, January 20, 2015

Chapter 5 Dishwasher Mishap

Rasanya dah masuk kategori tragedi kot kekeke. Kisahnya, sabun yg memang utk pakai kat mesin diswasher ni habis. So i letak axion sikit2. Walopon bukan utk mesin dishwasher, ok je takde masalah. Sampailah satu hari tu i guna yg liquid, ni sabun tenant umah sebelah bagi sbb dia check out, byk benda tak habis dia bagi kitorang. 

I tak baca detail terus squirt byk2. Tutup mesin, turn on then tinggal buat keje lain. Sekali masuk dapur balik, dah mcm turun salji kat lantai penuh buih putih. 


Gambar selepas lantai clear di mop. Tu buih yg dari dlm mesin. Berbesen-besenlah jugak.

Walopon dgn pengalaman ni, i still ada hati nak beli dishwasher utk rumah baru. Tapi lepas ukur, adjust space, tak muat le, huhu. Space limited. Takpelah takde rejeki kot nak ada dishwasher.

Friday, January 9, 2015

Chapter 4 Cooking for a family of 6 in Gold Coast

Gagahkan jugak nak buat entry gc. Takde mood sbb dok rindu kat Kening. Selasa, khamis, and today saturday, pergi cari dia kat Spk. Hampa. Tiap malam mimpi Kening balik. I tak sangka affected so much, but Kening change me from not-cat person to Kening-person. I still tak minat kucing lain sangat. And i bgtau budak2, i taknak cari replacement for Kening. Cukuplah sekali ni bonding dgn kucing, nanti dah sayang sangat pastu hilang lagi , i yg meroyan lagi.

Back to topic entry. Eh i mcm malas nak citer pergi theme park semua tu kat sini. Gambar banyak satu hal, pastu mana2 pun sama kot citer theme parks huhu. Maybe citer kat blog budak2 ni, sbb derang rajin gak mengimbau kat blog sana.

Okay2 now nak citer makan. Takdelah semua yg di masak ada ambik gambar. Ada yg tak sempat pun dah lapor sangat kena ngap. Memang dah bajet at least masak sekali sehari sbb tau nak kena jimat2 lah jugak kan, tapi bila kat sana, average i masak 2 kali or kadang 3 kali terus sehari huhu. Siaplah masak utk bekal kat theme parks. Bukan apa, lebih kepada nak elakkan pening bertekak dgn budak2 ni, bila sorang taknak itu, sorang taknak ini, haih. Mmg lah ada je halal kan tapi bila memasing mengada taknak mencuba menu baru, mama ayah pun pening, bila pening mulalah kan naik angin.

So end up kadang sanggup balik apartment makan lewat sikit sbb kena tunggu i siap masak.

Enjoy the pictures.....tak ikut apa2 sequence.....resepi asal boleh =B.

English muffin, dgn sosej n salad. Sarapan.
Macaroni goreng. 

Fettucini, olio kot.....campak mushroom ngan cili api keh keh keh.
Nasi goreng pujaan darwish.
Spagetti bolognaise dgn salad. Picnic kat Lone Pine, Brisbane.
Nasi, sup ayam, fries........bukan nasi berlaukkan fries. Fries tu utk kudapan sebelum makan nasi.
Ada lebihan grilled chicken dari kedai kebab, jadikan isi utk wrap. Susah nak kawal tahap kepanasan kuali. Jangan risau walaupun hangus, masih sedap menjilat jari lagi kui kui kui.

Mamee.......2 periuk tapi sekali hadap tak cukup. Periuk kecik.
Burger.....ni tapau masuk theme park, tak ingat yg mana, movie world kot.
English muffin dgn isi pilih sendiri.
Ayam kicap kot, telur dadar, sayur goreng.
Nasi dgn kari kambing.
Croissant, shredded chicken grilled, salad. Picnic in the park dekat dgn apartment.















Wednesday, January 7, 2015

Heart Breaking

It has been three days since we last saw him. Rindu sangat dah. Kening hilang di spk. Sabtu malam ahad, masa kitorang nak keluar makan, dia ada kat porch dgn comel and mimi. Balik makan mimi je ada, and dia nampak a bit takut and nak masuk rumah cepat. Comel and kening takde. I tunggu for them to come back, i'm worried sebab this is their first time there. Comel show up depan cermin folding door around 12 midnite. Waited again for Kening tapi takde. We've searched and waited for him sampai ahad malam, lepas tu have to go back to puchong sbb cekpen kerja esoknya, and budak2 start tusyen. I have made appointment nak servis kereta. So tawakal tinggal carrier dia and some food.

Today, i dapat pergi lagi untuk cari dia. Bawa comel, on leash, kot dia boleh hidu kening. Comel exhausted sgt sbb panas, so let her rest after one hour of searching. After lunch sambung cari lagi bila cuaca mendung. Still tak nampak kelibat dia T______T. I tebalkan muka, mintak tolong blogger/igers yg duduk situ tolong tengokkan and sebarkan. 

Rasa tak keruan, dok teringat kening. Risaukan makan tido dia.....hujan panas. Kening sangat domesticated, doesn't know how to hunt or foraging for food. He scared of people, especially men. 

I missed his antics and manjanes. When i'm cooking, he will place his foreleg on the table top. Yes he can reach it by standing up. He will asked me to open the laundry door, sbb nak tunggu lipas lalu situ and tangkap buat main. He will scratch the door if he was trap there. If i tak layan, he will lay down on teh kitchen mat. 
He would come to me to gesel2 muka. Selalu jeles dgn zafri. Masa i solat he would sit on my sejadah and look at me. If he were to escape from the house, the kids will ask me to get him back. He would come out from his hiding place when i call. 

If he couldn't find his way home, i hope someone found him and take him in.  And i'm still hoping to be reunited with him, tak kiralah cepat ke lambat. Amiiinnnn.




And to make it worse, comel has been depressed ever since kening went missing.
She just lay down, hardly eat, not playing at all. If she move to stretch her body, then she'll find another place to lie down again.
She just stay like that for hours. She's finding solace on top of bibik former room staircase.
Or on top of our chest of drawer.
Or on the kain buruk. 
She haven't done this in a while, but tadi dia buat. Cium ketiak cekpen. Bila cekpen gi mandi, she's stay like that not moving  even lepas cekpen dah habis mandi.
She looked utterly miserable. Poor comel. Kening tu adik beradik dia, sure dia pun rindu and terasa sangat kehilangan.



Friday, January 2, 2015

Chapter 3 Shopping window Shopping

Ahad, 14 Dec, hari kedua lah, i n cekpen decide ke robina mall. Kitorang memang avoid ke theme park masa weekend takut sesak, orang ostolia kan dah start cuti sekolah kan. So kita shopping dululah. Cekpen berkali-kali jugaklah tanya "berapa mama bajet?" Sebulan dua sebelum datang sini. Ye lah dia nak kira berapa nak kena tukar duit aud kot kan, so i pun study uols berapa rega barang2 yg i plan nak beli. Gigih. Tak banyak pun yg i cari, just some loose corelle, airfryer, kitchenaidwannabe, and pandora. Dah buat 'research', BigW ada jual corelle, so kita tuju situ.

Ok, memang rasa nak kaut semua. Tapi sedar diri, selain ada 4 beg besar, i juga ada seorang baby dan 3 anak lain yg belum boleh dikerah angkat barang berat. Sob sob sob. Ikut plan asal lah, beli kuantiti yg diperlukan je. Tapi corelle takde dah jual loose tea set, sedih. 3 BigW i redah tapi memang takde jual tea set dah T_____T. Yg set dlm box tu ada yg $59-$89 , lepas tu ada lg discount 30%. So kiralah 1 AUD=Rm2.95 masa tu, murah kan. Kat robina ni i beli sikit dulu, sbb nak try kat bigW lain kot ada baki tea set stok kan. 

Lepas tu cari ada satu airfryer murah yg kak mynn citer dlm IG dia, takde stok langsung. Apa2 brand pun takde stok. Sedih. Tapi promoter situ suruh i check kat tempat lain mcm myers, target or k mart. 
Masa tu parking kat yg ada sign 90minit so kitorang keluar balik alih kereta. Macam kat kl gak, susah dapat parking, last-last parking kat outdoor je. Masuk balik kat mall untuk lunch dan shopping. Banyak jugak pilihan halal kat food court derang. Kira senang lah jugak. 

I perati je dulu memula hehe. Sebab ramai okeh manusia, walopon ada 4/5 promoter still lama jugak tunggu turn. Bagusnya semua jujur, takde potong que, not that we que in line, tapi memasing sedar siapa punya turn. 
Plan asal nak beli gelang base je, tapi sebab murah hoih, maka ambik satu charm. Lepas tu promoter kata ada dpt free satu bangle kalau beli lebih dari aud150. Hah tak tahan, tambah lagi satu charm.
Dapat yg atas ni for free. Sukaaaaaaaaaaa sebab ni yg jenis keras or bangle hahahaha. Lock pun cantik, bulat ada star yg glittery. 
Walaupun tulang , nak jugak pakai.

Sebab banyak kali jugaklah keluar shopping, so kenal lah nama mcm target, myers, kmart, bigW. 

Selepas misi corelle dan airfryer tak berjaya kat robina mall, i pergi ke Pacific Fair on Thursday. Unfortunately, takde ambik gambar kat situ T_____T, why cameraman, whyyyy?????? Kat sini takde bigW tapi ada target n Kmart. First trip i beli airfryer kat Target. Kat Kmart ada mixer murah but tak terus beli, decide utk sleep n think about it first. Airfryer brand Phillips yg capacity 800g was only aud199 je. But i beli brand lain yg ada promotion from aud199, discount tinggal aud149. Lebih penjimatan utk poket cekpen dan touch screen tech so mcm lagi best dari phillip keh keh keh.

Corelle tea set hunt continue. Masa balik dari robina tu ari, kat apartment, i google nearest location of bigW. Jumpa screenshot terus. Senang nak bgtau 'drivercumbanker' lokasi nya nanti. Hah  sampai tempat ni i cari, Runaway Bay Shopping, 4km dari apartment, dekat je rupanya.

Nasiblah cekpen sanggup melayan bini dia ni, dari pacific fair terus ke runaway bay ni. Mall ni macam premium outlet. Tapi misi tak berjaya, sebab sini pun takde tea set. Nasib baik cekpen n kids tunggu dalam kereta, i masuk sensorang. Kalau tak kesian lah derang penat mengekor. 

Bellini airfryer aud149. Dan beberapa ketul loose corelle. 
Hari apa tah i tak ingat, kitorang pergi balik ke Pacific Fair sebab i decide nak beli lah kitchenaidwannabe ni. Frankly i tak 'research' sangat pun function k.a but i do know that i dah malas nak pegang my hand mixer apatah lagi nak suruh budak2 ni jangan berebut nak pegang. Since its only 59, bolehlahhhh. Ada 2 size of heavy glass bowl, 3 jenis apanama batang tu, utk mix, whisk n folding dough. Tapi kotak berat ya rabbi.
Tu i rasa lah kan......rasa je tau.......dlm hati cekpen mesti ada sikit panas sbb kena tolong angkat kotak berat, beg berat =B......sorriiiiiiii.....but thank u so much .....hik hik hik.

Oh by the way, kitorang tak melawat tapak Harbour Town yg ramai orang suggest tu. From the brochure, i n cekpen dah kaji, takde benda yg kitorang nak beli kat situ. Jadi daripada menjelajah tapak yg luas pastu penat, baik i jalan kat pantai or riverside kat apartment tu. Yg i notis, taklah semua benda murah kat sini, mcm baju ke bila convert tak murah mana lah. Murah lagi kat malaysia, mcm i yg kena jimat cermat ni takdelah nak beli kan, giteww.