Wednesday, November 18, 2015

His first


Awish tengah berdebar menunggu pengumuman result upsr dia. Masa ni me n cekpen dah tau dah sbb kitorang sms kekeke. Alasan sbb nak maintain coolness depan awish. Memula cikgu panggil 4A1C. Ada 2 student dapat. Lepas tu 4A1B. Ada 27 student dapat. Alhamdulillah nama awish dipanggil masa ni. Lepas tu 5A pulak seramai 26 orang. Total yg ambil upsr around 150++ tak silap. 
Me n cekpen senyum sampai malam. Awish tu average dia 2A3B or 3A2B. So dapat 4A1B pun kitorang happy sgt dah hehe.

WAwish sedih sikit sbb bff 3 orang dapat 5A. Yg sorang tu pulak pun selalu average je mcm dia. Dah rezeki dia kan. Awish kata dia happy kawan dia dpt 5A tapi sedih sikit sbb dia tak dapat sama. Takpe awish ada baaaaanyyyyakkkkkk lg exam kat malaysia ni awish kena go through. Mama ayah tak mampu nak pindah Finland, so bertabahlah ya.


Petang keputusan PSRA pulak diumumkan. Alhamdulillah awish dapat pangkat JaiddJaidan. Between 70-89%. Pun syukur sangat. Bff awish tak ambik pun psra sbb derang dah stop darjah 5, nak fokus ke upsr. But awish mama ayah paksa jugak pergi sekolah. Ini utk kebaikan awish jugak.
 So asrama buat masa ni tak payahlah ya. Lagipun awish selalu lupa gosok gigi lah shampoo rambut lah. Mama rasa awish tak ready lg nak jd indipendant. Sek biasa pun ok je, silibus je mama x setuju sgt huhu. Silibus pun sama je asrama ke sek biasa, kecuali lah mama ayah hantar international school. Itu angan-angan je dapat. Apa pun tahniah awish n terima kasih sbb berusaha keras utk dapat keputusan yg bagus ni. 



Monday, November 16, 2015

Deko handwash sink

Sinki basuh tangan dah pasang cabinet. Tiru dari instagram. Kos cabinet 0. Foc dari contractor yg pasang cabinet almari masterbedroom. Tak sabar nak letak orkid kat situ. Cermin jugak. Hmmmm mana pulak nak cari saiz cermin yg ngam.

Monday, November 9, 2015

Reno deko living hall

Baru nak post. Lama perap. 

Another step. Sometime in august, ternampak iklan sofa warehouse clearance sale kat Citta Mall. Since takde aktiviti lain, weekend tu, maka ajaklah cekpen pergi survey, mana tau berkenan. Tengok- tengok salah satu design yg i dok aim ada situ. Apa lagi kan, mari bukak ipone and check berapa market price. Lepas diskaun apa semua masih murah. But kat situ ada 3 seater and satu ottoman. I tak minat sangat ottoman, so tunjuk gambar single seater from my telepon kat promoter tu. Lepas confirm boleh order dia bagi best price.

Ambil masa sekejap sebab nak google check pricing kat tempat lain and berapa diskaun kedai lain offer. Alhamdulillah, jauh lagi murah. 

3 or 4 weeks after we ordered they schedule to deliver tapi lori lambat sampai, and i tak boleh tunggu lama sebab nak ambil bebudak balik sekolah. So reschedule another day. Akhirnya. Puas hati tengok dah ada furniture sikit.

View dari area dining. 

Lepas ni nak setelkan masterbedroom. Bilik anak-anak tak plan apa-apa sebab bawa segala yg ada dari rumah sekarang. Save cost.  Deko bilik or cat dinding derang pun tak plan lagi. Dah masuk nanti baru buat pelan - pelan.