Friday, October 31, 2014

Anti cat scratch sofa cover

Fuhhhh
Berpeloh ketiak nak siapkan sofa cover ni. Pvc asal dah berlobang kena cakar dek kucing-kucing ,tu yg   gigih menjahit tu. Survey online tgk kalau tempah lebih seribu hengget tau nak buat 3+2 mcm ni. Mmg tak lah kan, beli pun tak sampai seribu takkan nak refurbish lebih melampau harga kan. 

So cari material langsir kat kamdar. Ada diskaun 50%, tinggal rm19.20 je semeter.  Guna 9meter altogether. Jahit tepi n beli zip tak sampai 20 hengget. Cuma nak siapkan makan masa. And kualiti sangat beginner . Bolehlahhh.


Tuesday, October 21, 2014

Dari dapur

October adalah bulan grill/ bake. Puding roti, potato gratin, mac n cheese, ayam golek, kambing tak golek (cutlet je), dan macam2 ikan bakar. Sebab bulan september banyak sangat makan tapau lauk kan, so bulan ni kira lepas geramlah. Dah tak ulang alik shah alam 2 kali sehari 5 hari seminggu, rutin kat rumah ni dah back to normal. Perasaan nak duduk sana makin meronta tapi kena saborrr lagi.


Hasil whatsapp dgn kawan2, no-bake philly cheese cake. Ni 2nd attemp. First attempt guna oreo base. Ni guna biskut marie, apa yg ada kat rumah lah kan. Buat jem stroberi buat topping. Bolehlah lepas kat tekak me n cekpen =B. 


Wednesday, October 15, 2014

Countermeasure

Badan dah sebesar alam tu nak jugak landing tempat kita nak melipat kain >_<

Kesian cat ni semua sbb kebebasan terpaksa dikurangkan. Banyak masa dalam cage. Bila ada lebih orang kat rumah utk tengokkan baru dapat masuk. 

Dalam 3,4 minggu ni 4,5 kali dah berak atas katil. Lubang kat sofa pun makin banyak. I tengah buatkan sofa cover. Lambatlah tapinya nak siap. Siap nanti dapatlah kekucing ni masuk balik macam biasa.

Monday, October 6, 2014

Dulang dan samping

Nampak dulang yg dijadikan meja kat sunway piramid. Suka. Kreatif. Dulang pulak sangat old skool buat teringat dulang mak kat kampung dulu2 guna utk hidang nasi ambeng. Mak guna dulang ni jugak bila tebar roti canai, dia terik tepung tu then sangkutkan kat tepi dulang. Sedapnyeeee. Esok gi Kayu lah. Terasa nak makan plak.

Raya puasa tu ari , i is tertinggal cekpen n awish punya samping, tak bawa balik kampung. Cekpen kalau takde samping tak raya, so gi beli kat pontian. Dapat warna yg ada biru2 sikit. So tema baju raya tahun depan terus i tetapkan, biru. Harap tak tertinggal lagi.


Thursday, October 2, 2014

Almost

Sedikit happiness and brightness ........phase 1 of renovation almost complete, just tiny bitsy issues, sikiiiiiiiitttt je lagi (ya Allah berilah kami kekuatan dan kesabaran menghadap kerenah kontraktor nih, amiiinn).

Just a little bit more, leaking here and there, then i can stay away from the renozilla i've become. 

Maybe next year  baru start phase 2.