Thursday, March 20, 2014

A Haircut Go Wrong

Last week, i saja je tanya-tanya sarah kot dia nak potong rambut lagi pendek. Sebelum start sekolah tahun ni i dah potong around 3,4 inci je. Hilanglah her precious curl yg i sayang sangat tu. Dah la 3 tahun nak tunggu her hair grow back after kimo dulu kan. The curls not as gorgeous as the original sebelum cancer but still looks nice to me. 

But lately ni i rimas tengok rambut dia. Nampak serabut and leceh jugak bila dia pakai tudung. Bila i tanya nak pendekkan rambut macam mina, terus dia agree, tak menyempat nak gi kedai.



I suruh amoi potong straight je kat belakang and rounded to the side. Buat straight bang / fringe kat depan. Sekali dah siap, dapat roper cam gambar tu ....tsk T__T.
Bila swipe bang ke tepi, oklah not that bad. Tak semak dah.

Tapi sebenarnya rambut belakang yg sepatutnya straight tak boleh nak straight. Kat tengkuk sarah mcm ada pusar, so rambut tumbuh swirly kat area tu. Rambut2 ni tak boleh nak straight down. It keeps jutting out mcm mulut itik. After 2 days its stays like that, so i lagi tak tahan. Tanya sarah lagi sekali nak tak trim rambut sikit, sbb kat belakang tu not very nice. Nasib baik dia nak.....phewww.

So sekarang sarah punye rambut dah ala boy cut dah. She's ok with it. Mina and awish i warning siap2 jangan ejek rambut sarah mcm boy, kalau tak letihlah melayan tangisan tu nanti.

Lum ada gambar terkini sarah with her latest haircut. 


Monday, March 17, 2014

Suapan pertama

Semalam genap 5 bulan dah budak kecik ni. I decided untuk start bagi dia makan. So pagi semalam, suapkan dia 4 sudu kecik puree epal. Petang suapkan 6 sudu pulak. Hmm ok je nampaknya. Epal tu manis manis sikit. Pagi tadi i tambah lagi jadi 8 sudu pulak. So far ok je, membuang pun takde masalah. 


Now i dah prepare epal dgn avocado puree. Cukup utk 3 hari kot. Lepas ni buatkan labu dgn keledek pulak. 

Besar sikit sok mama suap durian ok, kena make sure ni zafri makan durian, nanti boleh geng dgn mama, ayah and kakak sarah ;).

Friday, March 14, 2014

The Kitchen Goddess Weapon

So its stamps frenzy time again at my regular hypermarket, Giant. Kali ni utk redeem pisau pulak. I remember about 4 or 5 years ago i was collecting stamps to redeem pots and pans. I manage to collect enough stamp to redeem 1 big pot and a small pan. Lepas tu ada lagi few more stamps collecting season again tapi i tak minat dgn barang yg di offer. 

Actually bukan lah sesaja nak minat kumpul pisau pastu feeling Nigella kan, tapi sebab yg ada ni tinggal 2 je yg masih berfungsi, dua-dua pun yg kecik takat guna potong sayur dgn bawang je. Last week i beli satu medium size pisau utk potong fillet ikan, selang 2,3 hari bibik dah patahkan pulak my last meat cleaver, so i'm running out of big knife/ parang utk memotong benda bertulang. Tu yg bila tengok promo setem ni terus pikir nak kumpul.  



Since i'm spending roughly $400/mth kat giant, i estimate by july i akan dapat around 50++ keping setem. So i could buy the meat cleaver at a very low price. But in case i jumpa kat tempat lain yg bagus, a one piece meat cleaver, maknanya handle tu sekali bukan handle kayu or plastik yg di screw / molded together, murah jugak than i beli je lah. Ye lah lama lah jugak kot nak tunggu sampai julai baru dapat ganti pisau yg patah tu.

Tuesday, March 11, 2014

His new ride

Dah basi dah kot sbb ni citer lama. Cekpen akhirnye beli motor. Dah bertahun-tahun dah nak beli tapi tak jugak jadi. Tiap kali bulan puasa dia akan usha motor, sbb parking kat masjid masa terawih memanglah susah nak dapat. Bila budak2 ni start mengaji kat BK4 (that neighbourhood still give me a creep), awish start tusyen, lagilah kuat perasaan nak beli motor tu. I memang salu kata nak beli beli lah, but ada je benda lain lagi penting kot so salu dia tangguh. Finally bulan januari tu tercapai jugak, hehe.

Bebudak ni of course lah suka kan, kekejap ajak apaknye pusing-pusing naik motor, bergilir-gilir. Me?? Baru naik 2 kali, gi pasar malam hehe. But the motor strictly utk kawasan ni je, less than 500m radius kot. Cekpen kata dia seriau nak pergi jauh-jauh. Eh bukan dia je seriau, i pun sama. Rasa exposed sangat takde bumbung takda pintu. Lepas tu macam pelik je, tinggal motor tepi jalan, tak payah tekan alarm utk lock.......macam kurang sesuatu je.


MY mat rempit..kih kih kih.
.
.
.
.
.
.
.
hmmmm edited my sarcastic remarks here.
 =B


Monday, March 10, 2014

Play time

Takde moodkan nak cerita sangat, dok ingat MH370. :(


Zafri and 3 budak berbulu get my mind off the sad moment.
Bouncer zafri jadi mangsa pulak kali ni sampai tonggang terbalik. 


Friday, March 7, 2014

Buat daging salai sendiri

I don't remember when was the last time i made my own daging salai. Lama giler dah kot sampaikan grill tu pun i dah storkan atas para mesin basuh. So recently i tertengok kat tv orang / chef buat kat dapur biasa je. Lupa program apa but i decided to get creative if i want to make gulai daging salai on my own atas dapur gas.

So i korbankan satu loyang, sbb cetek sangat loyang tu, i tak guna pun. I letak loyang tu dalam kuali besar. Lepas tu i susun arang dalam loyang tu. I buatkan bara, turn on my cooker hood dgn harapan dia sedut asap yg naik. Sementara nak tunggu api tu jadi i biar bibik tunggu. Tak lama tu asap dah sampai living hall T_T. 

Kelam kabut lah letak kucing2 semua dalam cage, bukak pintu and sliding door luas-luas. Phewww. Bila api dah jadi, asap dah berkepul-kepul (asap dah tak merebak ke living area sbb angin dari depan tolak ke belakang kan), susun daging atas errrrr...apa nama besi oven tu tah, lupa pulak skrg ni. Menjadik uolss daging salai tu. hik hik hik. Excited kemain padahal orang lain gaknya dah lama buat camni hahahaha, lantak lewww.

I beriya-iya sbb dapat beli belimbing kecik tu hah. Kan superb kan kalau campur dalam daging salai, perghh memang sodappppp.

Thursday, March 6, 2014

Random on Zafri

Zafri dah 4 bulan setengah dah. Kejap je masa berlalu. Pagi2 kadang dia bangun awal masa semua orang tengah breakfast that is around 6am. Suka dia tengok semua orang ada melayan dia. I suka moment macam ni and its remind me why i love staying at home. Selalunya memang dia bangun tersenyum-senyum happy seeing our face. Kalau matahari dah keluar baru dia bangun, normally i'll savor the moment by golek-golek dgn dia, main kejap pastu baru turun bawah. Sementara i breakfast, i'll put him depan tv kejap, kadang on tv kadang off. Dia tak banyak songeh lah sbb baru bangun tidur. 

Tapi ada jugak saat-saat i'm questioning my sanity for agreeing to have a baby, heheh. Especially bila dia bangun malam nak menyusu, maklumle mata takleh nak bukak kadang tu kan. Overall he's a good boy. Jaga malam utk menyusu pastu tidur balik. Siang pun tak banyak kerenah kecuali 3,4 hari ni dia taknak tidur siang dah. Takpelah janji malam tidur macam biasa.

We are still waiting for his next progress, meniarap. Saje je tau bagi mama ayah tertunggu-tunggu. Dah le takmo practise meniarap, tapi cita-cita tinggi nak berdiri aje. Lepas tu kalau dia tak tidur bila i kena keluar rumah and tinggalkan dia, bibik akan letak kat bouncer or dukung. I taknak bagi pun susah jugak ye sbb bibik nak buat keje pulak tak boleh kan. Tapi 2,3 hari ni yg dia taknak tidur siang ni, dah pandai dah dia, bila bibik lalu lalang dia pandang je. Pastu bila bibik angkat, dia pandang pulak kain batik lepas tu, oh pandai mintak kendong. Ni dia tengah tidur selepas 3 hari tak tidur siang. Sabor je lah mama ni.

Cekpen semalam bagi idea utk letak kat baby walker. I mcm malas nak guna baby walker so tadi dok google pasal bumboo seat, tgh ada discount kat littlewhiz.com. Yg bumbbo seat dgn tray sekali tu skrg harga RM199, np RM269. I pun macam wah ok ni murah sikit, so google pulak review pasal seat ni ada pulak review from peads yg tak berapa elok sebenarnya the bumboo function, contradict the claimed on their website. Bukan tak boleh guna langsung, boleh utk sekejap2 je sementara kita nak buat benda lain. So i pun macam hmmmm takpelah. 


Zafri masa kena cucuk the 3rd month. Ni bulan januari. Masa ni berat dia dah 5.9kg. So dia punya average gain is almost 1kg/mth. I baca its normal for a full breast feed baby weight gain. Range should be around 0.7 to 1. sumthing. 

But semalam, i saja timbang kat rumah ni, berat dia cuma naik sampai 6.6kg je T_T. Padahal dah sebulan setengah from the last one. Dia still fully bf, but susu mmg tak banyak. Letih makan macam macam, the famous shaklee included. Harap dapat bertahan, sebulan setengah je lg before he start solid food. 

Since cuddle time with Kening almost non-existent, he decided to join Zafri on my lap. Masing2 berlawan sapa manja. 

Mimi the stray kitten, finally adopted by cekpen lepas all the siblings were not around. Mimi puuuunnn nak tumpang manja jugak dah sekarang. So my laps are currently overflow with love from these babies.




Wednesday, March 5, 2014

Sunday Cookies

Dah lama dah Mina dgn Sarah nak buat cookies tapi i keep on postpone it. I ni bab bab baking ke laut sikit so nak beli cookie mix je, tapi manjang takde stok kat giant tu. Last week i dapat beli so janji kat diorang utk let them make it on sunday. Pagi2 lagi dgn tak mandi  pun dok menggentel cookies. Baking paper habis le pulak, so i suruh derang letak dalam cuppies nye paper cup tu. Oven pulak dah tak berapa betul so adalah yg terhangus sikit. Dapatlah satu bekas je. Oklah kot, banyak2 kang tak habis i jugak yg sakit jiwa tengok. Derang makan sambil main sahibba sampai habis. Ni derang dah tanya dah bila nak buat cookies lagi, adehhhh.

Tuesday, March 4, 2014

Weekend at Pyramid again

Hari sabtu, pergi ke pyramid lagi -_-. Kali ni sbb anak2 nak main ice skating. Kebetulan 3 hari sebelum tu anak buah kat upm call kata nak datang. Wah bagus, memang perlukan someone babysitting budak2 ni masa main ice skating. So bolehlah me n cekpen jalan2 fefeeling muda remaja baru ada baby sorang muahahaha. Orang bukan nampak uban kitorang ni pun kan hehe.
Kemain happy kan  zafri asik berjalan je weekend.

Dah lama dah rasanya tak jejalan kat mall tanpa ada specific reason. Dulu2 ye lah kan jalan sana sini takde beli apa, just makan, lepas tu pusing2 lah tengok macam-macam. Tapi sekarang jgn harap. Pergi tu biasanya memang ada sebab, even just utk makan then balik. Kali ni walopon reason tu sbb bebudak ni nak main ice skating, tapi sbb ada anak buah tolong tengokkan, so kitorang end up kulu kilir membuang masa sementara nak tunggu derang habis.

Belek ipon ni takde pulak gambor sendiri. Ada yg ni je sbb tu pun masa tu berwasap dgn member. Zafri dalam tudung hahaha. Malas nak sarung cover lain so bukak pin kat kepala, pinkan kat baju, setel. Kebetulan port landing ni depan kedai marathon apa tah, so cekpen gi lah try kasut marathon dia sementara zafri refill. Heh adalah jugak hasil jalan-jalan takde tujuan ni.

Masa ni bebudak ni baru nak masuk ber-ice skating. Kat luar ni bolehlah eksyen jalan laju, sampai kat pintu tu hah sampai jem sbb derang lambat sangat tak lepas2. Takut tergolek le tu.