5 Disember ada follow up Sarah kat SDMC. Utk kes urine infection tu. Minggu sebelum tu cekpen yg bawak. Kali ni result still sama jugak ada traces of protein, blood and sugar. Dari blood test pulak, creatinine dia spike to 70. The highest as of now, padahal sebelum ni dah turun from 62,63 ke 59 camtu. Since bacteria pun dah turun ke normal level iaitu kurang dari 1000 count, prof lin takde bg ubat. Cumakena minum air banyak, 1.5 l sehari.
Sampai sekarang terkial-kial lagi nak capai 1.5liter tu. Tapi she manage to drink between 800ml to 1.2l lebih kurang. Itu pun nak kena sentiasa ingatkan dia utk minum. I tuang kat cup yg kecik je, equivalent as half cup from a 1.5l bottle.Motip tuang kat cup kecik supaya dia boleh habiskan at one go. Kalau pakai normal size mug, dia cuma minum few sip/ teguk je at one time, mmg takkan or lambat sangat nak habis, membuatkan dia lemah semangat.
Punyelah paksa dia minum banyak kan, masa balik kampung aritu tak menyempat nak sampai kampung dia dah menangis-nangis tahan kencing. Last2 terpaksa berenti n kencing tepi jalan huhuhu, cuci pakai air dalam botol le hahaha.
My attire sekarang mesti palazzo yg bergetah kat pinggang, seluar lain semua tak muat x___x. So belilah 4 lai palazzo utk pakai sementara masih ada extra 2 inci ni. Suka betul beli kat IG seller, senang nak banding rupa dan harga. Semua harga RM39 je selai siap free postage. Yg bagusnye nanti kalau dapat buang 2 inci tu, still boleh pakai lagi heheh. Then, beli sleeveless nursing shirt ni. Murah je Rm15 selai. Pakailah dgn apa2 cardigan or front button shirt yg ada dalam stok. Ni pun rasa nak tambah lagi 2/3 lai sbb selesa sgt pakai camni.
Macam biasa lepas ambik urine dan blood, kita sarapan dulu utk buang masa. Kali ni i dah inform awal2 kat the girls i taknak mamak -_-' . Boring lah asik2 mamak kalau gi sdmc. So pilihan kali ni, gi makan kat restoren bawang. Suka masakan derang ni sedap sangat.
Zafri ada ikut sekali. Takkan nak tinggal kan sbb i bukan ada stok ebm pun kat rumah. Dah tentu lama kat SDMC, so bawak je lah. Tu tengah menyusu le tu. Nasib baik mama sempat makan habiskan sarapan tu dulu sebelum dia bangun nak nenen. Bak kata maktok, kalau maknya kenyang, baby pun cepat kenyang bila menyusu....betul ke? Betul kot...sbb menyusukan baby memang buat kita lapar kan, maklumlah terbakar segala kalori hehehe.