Wednesday, October 30, 2013

Berurut dan Pantang



Hari ni dah hari ke-15 berpantang. Bila kira rasa macam eh..cepat jugak. Tapi tiap hari rasa, eh lamanyeeee, bila lah nak habis pantang ni.....sapalah yg create sistem pantang2 ni isk. Komplen-komplen jugak tapi tetap le tak berani nak langgar hehehe.....langgar sikit2 adalah hahaha.

Hari ni baru le first time makan jamu. Jamu dalam set bersalin tu bentuk pil, senang le nak telan. Patut start hari ke-empat, tapi baby start kuning (jaundice) so memang tak berani lah nak makan kan. Ni baby so far dah ok, elok je so cubalah makan. Terus lompat makan pil set yg ke 2, sbb yg 1st tu dah over dah masa yg sepatutnya makan. Set ke 2 ni from day 9 to day 28. Takpelah, tak nak membazir sbb dah beli kan, so makanlah ikut suka hati walopon dah 14 hari baru terkedek-kedek nak telan jamu.

Hmmm...citer berurut. I start berurut masa hari ke 5 (isnin). Tapi makcik urut tu lambat sbb hujan (naik motor), so end up dapat urut sejam je sbb baby ada appoinment dgn paeds pukul 11.30. Then the next day dia ada hal tak dapat dtg. Then sambung balik hari rabu dgn khamis. I ambik 3 hari je. Sebelum tu terpikir jugak maybe nak ambik extra 2 hari. tapi tak jadi sbb tak kena gaya urut tu. 

I tak tau lah macam mana i boleh termiss benda paling penting tang urut tu masa booking. I ingat macam dah check semua background n review but end up its not what i wanted. I ni kan jawa totok, so bila cara mengurut tu totally different, memang terkelip-kelip je lah mata. Takde tangas, takde mandi herba, tungku pun pakai yg i beli tungku herba yg alahaiiiiiiii.....tak best. Takde sapu2 param, pilis, tapel semua tu...takde.

Teknik mengurut tu bukanlah tak berkesan. Result urutan tu nampak lah elok, angin keluar, sakit2 banyak yg kurang. Overall oklah. Tapi sbb i dah biasa orang urut secara kuat, so bila yg lemah gemalai ni, ia menyebabkan ketidakpuasan lah. Tak rasa macam berurut. Mungkin orang lain tak kisah kot, but ni kan kali ke-4 dah i bersalin, so end up i dok comparelah dgn yg dulu2. 

So sekarang ni i still usha2 tukang urut. Ada yg neighbour rekomen tapi bila call, tak sampai ke puchong pulak servisnya.Sigh....kalau tak dapat gak, tunggulah abis pantang sok, kita ke thai odessey je lah jawabnya. 

Disebabkan tukang urut ni moden dan bukan jawa, jadi utk elakkan pembaziran, i pakailah sendiri bahan2 sapuan set bersalin yg i dah beli tu. Banyaklah area takleh nak cover, nak buat macam mana kan, tangan tak sampai. Pun kira lewat jugaklah start, selalunya start pakai masa berurut kan, lepas tu sambung sendiri. Ni dah hari ke 9 ke 10 tah baru lah nak berparam, bertapel dan berbedak sejuk. Pilis je i tak sanggup nak bubuh sbb selalunya i akan pening kalau pakai pilis. Takpelah i buat lah mana yg mampu. 

Makan minum pulak, cubalah jugak nak follow tapi banyak jugak yg terbabas. The first few days tu i tak masak langsung, suruh bibik buatkan sup ikan je with lots of ginger and balck pepper, guna fillet fist cap giant tu je. Itulah lauk lunch n dinner. Then my sil ada bg ikan bilis goreng mix dgn halia dan black pepper. So adalah lauk lain utk tukar selera. Lepas habis stok fillet fish, i buat sendiri pan grilled chicken, letak sikiiiiitt je olive oil hehe. Kadang buat sup ayam, atau ayam halia. Sayur masak terus sekali dalam sup. Kobis ke broccoli ke, carrot ke masuk je sekali harung. Senang. Ada sekali tu buat sup letak fusili. Lepas tu buatkan mina fussili dgn bolognaise sos.....hasilnye mina punya sedap, my sup tak sedap...so paw mina punya beberapa susu heheh....berminyak lah sikit..nasiblah.

Breakfast dgn snack i belasah apa2 yg senang. Kekadang termakan gak benda bergoreng....tu bila lapar sangat lah, then ada pulak balance breakfast derang kan so ngap aje heheh. Sikit2 je lah. Tiap hari minum horlick+milo+habbatusauda 3 kali sehari. Ada try buat herbal tea sendiri dgn halba, jintan manis, honey etc......tapi tak sedap hahaha. 

Lah ni dok pulun makan tauhu....sbb cekpen belikan banyak keping. So buat sup tauhu lah dah beberapa hari ni. Tadi langgar pantang sikit, makan ikan kembung goreng tepung. Orang kata nanti gatal kan. Tapi i tak makan pun memang gatal gila stretch mark kat perut ni so belasahlah. Gatal sangat garu je lah. Eh cerita pasal perut gatal, baru teringat, lupalah nak beli krim anugerah, makcik urut tu kata bagus sangat krim tu. Esoklah gugel kot ada jual online.

Still gigih berbengkung but i pakai yg moden velcro je. Senang nak pakai sendiri. Bengkung ni memang dari awal lepas bersalin tu i terus pakai, but masa awal2 sebelum urut tu i pakai tak ketat sangat lah. Lepas berurut dah sengkak semua barulah pakai ketat2. Takdelah rasa macam bawak belon isi air dah ....huhu. Perut pun so far dah surut almost like pre-pregnancy state. Tapi muscle2 kat perut mmg out ler...sesia bergym sebelum pregnan hehe...takpe takpe....nanti masuk gym balik biar ketul2 tummy ni hahaha. Weight max masa pregnant tu ari is 58.6kg.....now dah 52.8kg. So ada 4 kilo lebih lagi lah extra. Biarlah dulu tu sbb takde nampak naik pun....tu semua kat midsection le tu. Tu kena kasi trim kat gym....diet2 tak jadi nye. Lagipun breasfeed, manjang kebulur, kang diet takde plak bahan mentah nak supply kat kilang susu ni. 





Tuesday, October 29, 2013

Rela Ku Pujuk

Pujuk sapa? Pujuk kucing yg nama Kening tu lah. Masa balik dari hospital tu, memang tak dapat lah nak layan dia kan, still kelam kabut dgn baby, and tak nak lah baby dekat2 sgt dengan kucing. So bila dia dok gesel2, meow2 tu, i tak layan lah. Lepas 2 hari tak layan, merajuk terus. Panggil nama pun taknak pandang, Lepas tu sengaja main kat pasu bunga yg besar letak kat lantai tu. Wahhh sampai patah2 ranting2 dikerjakan. Terpaksalah i cucuk balik bunga2 tu, susun2 and ikat ranting tu sbb dah terkulai-kulai dah. 2,3 kali pulak tu dia rosakkan lagi ...ewah ewah.

Last2 hari ke 5 ke 6, i try lah pujuk balik, pegang2, tepuk2, walopon dia jual mahal. Pandang pun tak, dok paling muka tengok lain. Lepas 2 hari pujuk barulah nak mengiau sambil pandang muka i. Barulah nak datang dekat gesel2. Sabor je lah.
Sekarang dah tak merajuk ni, mulalah tidur kat sebelah i semula. Tu pun ada hati nak selit celah Zafri...tsk tsk...i suh dia baring sebelah je.
Ni i nak nap petang dgn zafri, dia pun nak menempel sekali. Oklah kasi can, gi lah ketiak yg free sebelah tu, lagi sebelah zafri dah cop.


Thursday, October 24, 2013

Baby No 4 dan Pengalaman Bersalin Induce

Sekadar mencatit pengalaman (99% yg terakhir) utk ingatan di hari tua, andaikata panjang umur le kan. 3 anak sebelum ni takde blog belog ni hah so semua main ingat2 gitu je. Boleh skip je kan sbb bersepah dah orang len cerita hehehe. 

Akhirnya saat yg ditunggu-tunggu. Tepat pukul 7 pagi 16 oktober, i gi report duty kat delivery suite Sunway Medical Center. Nurse terus bg masuk kat one of the labor room. Berdebor-debor dada ni hah. Dalam kepala duk teringat ayat "induce ni biasanya lagi sakit". Taknak fikir 'kalau'.........gynea mmg ada highlight risk tu, yg in the end cesarean jawabnye. Takmo takmo takmo..... i tak spare duit utk cesarean hahahaha...masak weh jika itu jalannya.

Gedebak gedebuk nurse buat itu ini, suh tukar pakai baju hospital, gi buang air semua, pastu get readylah utk stay in bed sampai beranak. Masa tu nurse tanya, ada sakit tak , ada contraction tak.....i jawab takde. Lepas dia siap ambik baseline ctg reading tu, dia nampak lah ada satu peak dekat 70-80 (apa unit contraction tah ye) 

then cakap kat i, "tu ada contraction tu, tak rasa ke?"

i jawab, "oh itu mmg sentiasa ada kadang sejam sekali, kadang 2 kali kadang 4 kali , tak menentu, tapi takde sakit apa pun". 

Dia dah prep kan semua, then Dr Wong masuk pukul 8.45 camtu, nurse buatkan line drip kat tangan, pastu doc suh masukkan 5mg pitocin (kalau tak silap ah). Lepas tu bermulalah episod menunggu......dan tunggu.....tunggu lagi.....agak2 nak buang air panggil nurse...dah takleh gi toilet dah.....huwaaaaa boring gila la kan sbb takda apa. TV pun takde apa yg best, baca surah maryam pun dah letih....imagine 8.45 pagi sampaiiiiiiiiilahhhh 4 ptg......apa pun tarak. Nurse pun dah tukar shif. Dah baper kali tah nurse check dilation.....by pukul 4 tu baru 5cm......stretchable tu 6cm which indicate baby tak ready nak kuar. Huwaaaaaaaa...apakah ini?!!

Sakit???? yilekkkk
Contraction???? Ada every 2 to 3 minit...reading about 30 -40 je kata cekpen. Tak konsisten and tak kuat.
Induce masa tu dah at 96ml/hr kot....max dah tu.

Sepanjang hari tu nurse dok tanya, dah sakit belum? nak injection tak?
Dah i tak rasa sakit, nak ambik injection buat apa kan.

Lepas pukul 4 tu ada rasa sakit sikit....sikit je ok which i doubt sbb, mungkin sbb i dah penat kena baring berjam2 so muscle pun naik letih kan. Dah le tak bagi i baring on right side...manjang left side. Baby heart rate reading tak cantik katanya kalau baring belah kanan. Hoih dah le hip joint kiri ni mmg dah loklak sangat, sakit tau berjam2 tampung berat badan. 

Lepas 4.30 ptg doktor masuk n nurse update the progress. Doc cakap its unnatural for me to have this issues, so dia nak stopkan semua procedure in another 2 hours camtu. Nak bg i try to have natural labor. Ye lah dah 2 orang sebelum ni pun dia handle so adalah rekod i dalam folder tu.

Masa tu i macam..."haper??? nak stop???......" dalam hati je lah. Muka i masa tu cuma boleh terkebil-kebil sambil otak pikir laju2 apakah implikasi arahan tersebut.  Ada ke orang lain kena induce pastu tak jadi??? So kena overnite kat spital tapi tak beranak?? Boleh balik tak?? Pastu kalau sampai esok pagi camtu gak camna??? Are we making the wrong decision to get induce??? Dugaan apakah ini??? Are things going to get more complicated??? Can we endure another test from Allah????? Perghhhh........ketar lutut i tell u.

Lepas tu doktor keluar, i still blank. Cekpen pun macam jadi blur jugak le kan. Tak lama tu doktor masuk lagi. Dia decide utk check i sendiri instead of nurse. Dia cakap apa2 hal karang kalau dia dah balik sangkut kat traffic susah pulak kalau time tu lah baru i nak beranak kan. So dia nak judge sendiri my readiness. Sambil dia buat tu, dia mintak nurse alat utk pecahkan waterbag, dia kata tengok progress macam mana lepas pecahkan, sbb physically i dah ready tapi i takde contraction yg kuat utk tolak baby tu turun.

Selesai tu, dia keluar, then i was hit by a strong contraction for the first time in the whole day! Perghhhhh.....itu baru sakit nak bersalin. Terus i mintak pethidine kat nurse. Boleh nurse tu gelakkan i, yelah sebelum tu i mcm eksyen kot taknak. Sekali kau kena terus menggelabah.

After the 3rd ke 4th wave, i dah nak push. Bagitau nurse, i taknaklah pethidine tu sbb rasa nak push dah. Dia cakap 'takpe takpe, i bg jugak'. Lepas tu dia keluar cari doktor. I dengar dia cakap "mana pulak doktor ni merayau. orang dah nak bersalin ni".

Dia masuk cucuk jugak. Tak lama tu doktor sampai dgn muka terkejut tanya "already ah, so fast, can i change my shirt, still got time or not?" 

Sambil tu i dah 2,3 kali meneran tu......cepatlah doktor wehhh.....tak leh nak tahan dah ni.....i mcm dah rasa baby head dah crowning dah pun masa tu. Nurse suruh doktor cecepat tukar baju, sambil tu suruh i tahan dulu jangan push. Iyolah tu....mcm lah senang nak tahan kan.

By the time doktor duduk depan i, nurse suruh letak kaki kat stand pun i dah tak boleh angkat. Dah tak berfungsi terus kaki kiri hohohoho. 

Derang letak je kaki, i terus sap sap soiiii........2 kali push..selesai...Alhamdulillah. Punyelah berinduce bagai dari pukul 8.45pagi.......last2 tak sampai setengah jam doktor pecahkan waterbag terus baby meluru keluar.

Masa ni i teringat.........perghhh sakitnyeeeee nak beranak, patutlah lepas sarah dulu dah decide nak stop. Tapi agaknya dah lupa sakit tu, then teringin nak ada baby lagi, tu yg tambah sorang lagi tu. Now dah ingat balik betapa sakitnya rasa sakit bersalin, jadi cukuplah ye.  Umur pun dah x cun sgt dah....kang hantar anak tadika orang ingat hantar cucu tsk.



Ni le budak yg kitorang tunggu-tunggu. Lahir pada 16 Oktober 2013, pukul 5.16 ptg, berat 3.35kg. Info lain malas pulak nak gi bukak kad dia hehehe. Darah 0+ve...sama dgn sarah. Nama belum register lagi, cekpen tak sompek lai. InsyaAllah akan didaftarkan as E'Shan Zafri bin Mohd Affendi, bermaksud Yang dirahmati, Kemenangan.

Ni latest, gambar hari ni. Yep...kuning. Tapi blood test hari isnin tu still ok, not exceed limit, tak perlu duduk bawah lampu lagi. Nampak hari ni mcm getting better. I pun dah kembang2 tekak minum susu kambing ni hah. Cepatlah sembuh ye sayang.


Wednesday, October 23, 2013

Raya Haji yg sendu

Salam...hopefully dapat taip panjang sikit. Hari ni baby byk tidur lepas kena urut pagi tadi. So dapatlah maknye berehat kejap.

So punyalah saspen kan tunggu kot2 bersalin since dah dilate since 7th october, rupanya takde apa. Baby takmo kuar lagi. So pergilah appointment on 14th. Check lagi........3-4cm pulak. Hmmmm .....since takde sakit or apa2 sign lain, so kitorang decide tunggu lah lepas raya then opt utk induce sbb doktor akan cuti from 17th -21st. I taknak tetiba time tu nak bersalin pastu doktor oncall doktor laki. Oh tidak le kan. 

So beraya haji lah kami kat puchong je.....huaaa mcm tak raya. Buat rendang daging, lontong, pastu cekpen belikan lemang dgn satay kajang. Itu jelah raya kitorang. duk rumah seharian, sambil menjawab persoalan anak2......."mother, are you sure today is raya??"  Ye memasing tak paham kenapa raya, tapi kami duduk rumah aje, tak balik kampung, tak kuar ke mana. So derang tak leh terima kenyataan yg hari tu adalah hari raya haji.

Lepas breakfast, suh anak2 dara naik mandi, then cekpen sms kata ada lintas langsung tv3 kat masjid sini. Kebetulan tgh lalu lalang depan tv, so tukar le channel tv3, hah terus nampak awish enterprem belakang ally iskandar dgn imam masjid. Sambil tu menggagau capai henpon nak amik gambar or video. Tapi terlepas.

Tunggu lah depan tv tu, last2 dapat lah tengok sikit2 nun hah dalam masjid...hahaha over kan, beriya tunggu. Pastu bila budak2 2 orang tu dah siap, i bgtau lah mungkin akan nampak awish or ayah kat tibi. So derang pulak tercongok menunggu.
          Ni cekpen gi carik kat youtube ke tonton tah...itulah awish menge-bom interbiu ally n imam. 

Ujung2 dapatlah mina n sarah tengok masa ally interbiu ketua projek korban, awish enterprem di saat2 akhir. Poyo sungguh. Nasib lah cuma berdiri gitu2 je, kalau sakan buat aksi, hmmm anak sapalah tuuu.

Malam tu takleh tidur, ketakutan sebab nak induce esok pagi. Wah tak penah kan induce2 ni, anything goes wrong, terus kena potong, mak tak readylah.....tawakal tawakal tawakal. Bacalah surah maryam utk kesekian kalinya malam tu huhuhu.Takuuutttttt.......byk sgt cerita2 scary pasal induce nih. Apa pun since dah booked labor room semer kan, kena redah jugak. 

Cerita dalam labor room lepas ni. Nak pi qada' tidur jap sementara bb masih tidur ni. 


Tuesday, October 22, 2013

Selamat

Just a quick update........



*30minit kemudian*


emmm tak jadi    update....
baru sebaris atas tu tetiba dak kecik ni jaga lagi nak nenen....

k...bai

Sunday, October 13, 2013

Beautiful

Dah baca? I baca from Dr Harlina latest entry. She got it from her friend. Since it was beautifully written, i can't help myself but copy n paste kat sini. Nanti boleh baca selalu hahaha.


Marriage is a school where you get the certificate before you start. 
 
A school where you will never graduate. 
 
A school without a break or a free period. 
 
A school where no one is allowed to drop out. 
 
A school which you will have to attend every day of your life. 
 
A school where there is no sick leave or holidays. 
 
A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love, 
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance, 
4. The windows made of understanding. 
5. The furniture made of blessings. 
6. The roof made of faith. 
 
Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.
 
Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.
 
Remember this school is the safest place to be. 
 
Never go to sleep before completing your assignments for the day. 
 
Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.
 
If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together. 
 
Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school). 
 
Start each day with a sacred assembly and end it the same way.
 
Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.
 
When tempted to quit find the courage and continue. 
 
Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear. 
 
Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day. 
 
Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject. 
 
After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it. 
 
To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all. 
 
Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn’t involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class,   or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam. 
 
It is you who should attend and it is you who will pass. 
 
Its your choice today:” build it or break it”.

Friday, October 11, 2013

Instant Food

Salam. Lama tak update sbb takde mood. Tak cukup tido sebab soooo uncomfortable plus having sore throat and bad cough lately. Tekak dah baik tapi batuk still ada, dah kurang lah tapi not 100% sembuh. Disebabkan batuk yg teruk tu, my abdominal muscle dah teroverwork. Sakit nye tsk tsk tsk T_T especially time false contraction time tu lah nak terkokol-kokol batuk. Kena betul2 elok sebelum the final showdown. Parah ler kalau selepas deliver masih batuk....takleh bayangkan.

Sementara tiap hari i bangun pagi perut masih mengembung2 ni, i makan ajelah. Tapi tekak pun dah tak tau nak makan apa, so korek2 dapur n cook something yg lain.

Ni sarah request apple pie. Since ada epal dan pastry instant, layan jelah. Ujung2 dia makan half aje. Lagi 3 n half i yg makan. -_-. 

Dah alang2 pastry dah bukak packaging kan, i buat pulak errr..apa nama tah menda atas ni. Salu kat kedai seafood chowder ke mushroom chowder gitu kan? Entahlah tak ingat dah. But i guna instant campbell mushroom soup je. Lepas tu tutup dgn pastry instant tu. Sedap jugak heheh. But i think kalau i buat sendiri mushroom sup guna cream n fresh minced button mushroom lagi umph kot sbb yg tu lagi creamier banding instant ni. Tapi takat i sorang je lam rumah ni yg suka cream mushroom tu, buat letih aje buat sikit. Pakai instant sudeyyy.
Lagi satu benda yg salunya i sorang je makan, bagel, mina kadang2 naklah. Bagel beli kat tesco. Pendek je dalam 1ft. Kalau yg french bread panjang tu tak sempat nak abihkan. So just toast ngan butter n sapu garlic. Cicah dgn mushroom sup instant jugak.
Bibik masakkan breakfast spagetti chicken bolognaise (instant sos ye). Budak2 makan gitu je. But i suka ada sayur2 sikit. Biar berwarna warni then panaskan dgn cheese....nyummmmm.
Ini 2,3 hari ni asik tengok AFC yg dok tayanag masak kupang. Semalam ada kupang kat pasar borong, so beli sebungkus. Lunch i makan kupang yg i masak dgn tomato dan leftover sos spagetti. Makan sekali dgn bagel yg i toast dgn chicken bolognaise n mozarella. Balance kupang tu, i masak ala thai tom yam utk dinner, tiru nigella punya resepi....sedap dap dap. Cumanya kalau kupang tu versi yg lemak mcm import punya lagi kick kot. Ini kupang mesia yg ala2 cenonet aje and tak lemak sangat. 

Tadi i buat pulak pineapple pie. Sama gak guna instant pastry tu. Katanya pineaple is natural birth inducing method. Kata gugel lah...tapi i dah makan ni takda apa pun...tsk.

Kalau pagi esok bangun pagi masih sama, i nak buat black pepper lamb pie pulak. Semalam i dah simpan sekeping lamb n marinated dalam black pepper sauce. 

Btw, my gynea bagi pilihan, nak induce on monday 14 or wednesday 16...T____T.  So baby nak kuar bila nih???? Lepas raya ke before raya?







Friday, October 4, 2013

Re-arrangement

Hmmmm...masih menunggu nampaknya. Semalam dah bosan tahap cipan dah, but tak berani pulak nak ke gym. So end up re-arrange living hall. Tolak sofa sana sini, sampai lah dapat kedudukan yg paling best utk melepek depan tv, bukan paling cantik hahahaha. Lepas tu, sian pulak tengok bunga2 dalam pasu yg tah haper2 dah rupanya. Dengan habuk yg lekat pastu terkulai sana sini. So mari cabut dan basuh. Tapi macam boring pulak nak guna bunga yg sama.....dah buruk naaaa. Lebih 5 tahun dah kot.  tsk tsk tsk.
Best melepek bawah kipas nih.

Memula ingat nak beli aje bunga pastu gubah sendiri. Then terpikir kalau tak jadi, tak cantik, mesti hati sakit. Dah lah deco bunga2 ni so yesteryear s, kannnn, zaman moden ni orang tak main dah deco bunga2. Tapi nak cari deco lain macam, sayang pulak pasu tu. I kan khedhekuttt. 
So i angkut sekali pasu tu ke florist yg jauhhhhh nuuuunnnn kat puchong prima. Sebab kat sana rasanya murah according to a fren. Pasu ni pun beli from duit our wedding dulu. Beli kat biggie best. Dah takde kot kedai tu skrg. Kira ada kenangan lah kan, so sayang le nak simpan dalam stor.

Tunggu amoi kedai tu datang lama jugak sbb staf2 indon dia tak reti buat flower arrangement. Bila dia sampai, dia tanya lah bajet baper, nak letak kat mana, wall color apa, nak tinggi ke nak rendah, my favourite color apa....macam2lah soklan dia. Yg best tang bajet tu dia gelaklah sbb sikit naaaa, heheh. I cakap 2 pasu max $100 je heheh.
Lepas jawab soalan2 dia tu, pasu besar ni , i serah bulat2 kat dia utk pilih bunga sbb yg pasu lagi satu tu, i nak orkid. Kalau i pilih kang letih le nak meet bajet ciput tu if asik terpilih yg rega mahal kan. So, ni lah hasilnya utk pasu besar tu. Puas hatilah sbb i tak rasa i can do better than her.

Bunga orkid ni memang i berkenan sangat sbb nampak macam bunga betul. Yg amoi tu pulak dok berkenan my pasu ni. A few customer pun duk sibuk tanya kot pasu ni jual kat kedai ni. So terpaksalah i bgtau ni pasu i sendiri 5 tahun dulu. Selama ni i main bubuh aje selonggok bunga dalam ni, idok le nampak pasu ni cantik, sekali amoi ni buat dgn orkid tu hah terus menawan kalbu hahahah. I bgtau dia orkid ni i taknak sarat sangat, nak simple je.
Really love it. Nasiblah deco dah tak 'in' ke haper kan, janji adoooo. 



Wednesday, October 2, 2013

Bila?

Lets cerita ceriti sementara menunggu ni. Hari isnin, i start rasa tak selesa. Feel like passing motion berkali2 tapi apa pun takde. Accompanied by strong contraction tapi takde sakit. Malam tu pun i terjaga banyak kali sbb sesak nafas bila ada strong contraction. So bila terjaga tu, i akan stay awake utk timing the interval, hmmm some 20minutes apart some 30 minutes. So tertido balik. Macam tu lah sampai pagi. Sign lain mmg takde.

So cekpen yg dah sampai opis, pagi semalam, mmg tak tenanglah kan, so he ditched his work, came back and hantar i gi sunmed, cos memang semalam ada appointment. He wants to know first hand what the doc going to say sbb petang semalam tu dia dah nak fly ke bangkok. And dia takut jugak le kot i tgh drive through the heavy traffic kat tol sunway tu , then tetiba i in labor.

Walopon contraction very scarce, it does make me tired. Dgn tak cukup tido lagi kan. So when our turn, doc said, IF its already 4,5 cm, she will just put me on drips (induce) to expedite the process. Tapi kan, bila check, its only 2cm...sigh! And the head not close enuf for her to put me on drips. So the only option is to wait. 

Waiting tu lah yg buat cekpen lagi fening. Nak pergi ke tak. I mean if i terus admitted, it was easier to ditch bangkok, but since thats not the case, pening lah dia nak decide kan. So balik rumah and fikir dulu. Since my contraction sama je since the nite before, i told him, its ok to go. Lagipun takde big sign yg indicate that i really in labor. Doctor pun cakap it may take some time but most probably this week. If not than just continue the routine check up next week.

Around 12 camtu, he told me that the HR manage to consult bangkok on his situation, so they change his presentation timing. He will be the first delegate to present and once he finished he can skip others and catch earliest flight to KL. Alhamdullilah. He supposed to catch his flight at 11am today. Lega sangat. Hope everything goes well over there right at this moment.

I pulak restraint myself from moving around much, cos nak delay until cekpen comes back hehe. I nak le cekpen ada time baby keluar kan, and i'm sure he wants that too. Bukan senang nak dapat peluang macam tu. Those yg dah go through must knew the feelings you get kan.

So in the end we wait lah. Anak sedara i ada sorang kat sini, stand by just in case. And timing just nice, sbb petang ni dia ada kelas, and cekpen sepatutnya dah sampai masa tu. 

Anyway, i talk to baby and give him few date to choose, 1, 3, 10, 11 or 13 october. 1 is out oredi. So he still have 4 to choose from hehehe. Sebabnye ...errrrr it will generate nice mykids id number kah kah kah.