Monday, September 30, 2013

Baby no ?


Rilek2......not our baby yet hahahaha. Ni our latest cucu sedara, yg baby girl tu. So tahun ni she's baby no 5. My side ada 2 baby, Cekpen side ada 3. Cekpen just practising here....maklumlah dah 5 tahun lebih tak pegang newborn. Baby from my side ada sorang lagi yg kitorang belum jumpa sbb duduk johor kan. Tu ada harapan raya tahun depan le kot baru boleh jumpa. Habis dah semua cucu sedara dah selamat lahir errrr...rasanya lah. Tak tau le kot ada lagi yg sesenyap tengah baking kan sbb i ni pun salu lupa, maklumle kuarge besar, bukan selalu jumpa semorang pun, so kadang tetiba je ada surprised hehe.



The last art

Lukisan terakhir sarah.

Sarah on her last day in art safari. Mina teman mama sbb sekolah agama bg cuti. Lepas habis terus main kat indoor playground giant tu. Pikir balik, 2 orang bff sarah kat kelas ni takde sepanjang september ni. Rasanya derang pun dah stop kot. Sorang tu yg the mother pun expecting jugak, due date pun beza sehari je dgn myself. Maybe dah bersalin kot. Sorang lagi tu not sure lah tapi mmg dah few classes dia takde jugak. 

Pastu next year sarah kan dah masuk standard 1, pagi petang sekolah, so most probably, even lepas pantang pun tak hantar lagi dia ke sini kot. Nanti carilah aktiviti lain yg derang bertiga boleh buat sama2. Haih cepatnya masa berlalu.


Friday, September 27, 2013

Darwish Camping @ school dan pembuli

Jumaat malam sabtu last week awish ada camping kat sekolah dia. Itu pun last minit baru bgtau mama n ayah nak kena bayar utk camping masa hari rabu kot. Nasib baik boleh lagi join. Bagilah kan sbb nak tengok gak dia survive sendiri. Kat rumah ni manja kemain, semua nak mama buat, potong martabak pun tak reti. 
Malam tu kitorang round kat sekolah, saje tengok camna rupa camping tu. Nampaklah few khemah kat area between school building tu. Lah ingatkan camping kat atas padang rumput kan. Cikgu pun tak berani kot nanti kena serang kalau ada budak2 yg kena gigit nyamuk hehe. Maklumlah makpak zaman skrg kan byk yg poyo terlebih concern.

Anyway, balik tu awish still in one piece le. Except 2 boxer takde dlm beg, yg lelain tu safe lah. Tidur 3 jam je malam tu katanya sbb night activity habis lambat. Tidur pun bukan dalam khemah tapi dalam classroom 
-___-. Cara cerita macam dia enjoy jugaklah, then bila tanya next time kalau ada lagi kat jungle nak pergi tak, taknak le pulak jawabnye. Guling2 taknak jungle, padahal mama ayah tanya je....choiii sangat.

On another note, lately ni dia adalah mengadu few times pasal kena buli kat sekolah. Minggu ni ada budak purposely grab tangan dia and pulas jari dia bagi sakit. The same budak yg buli kawan awish jugak. Kawan awish tu pembuli ni mintak duit. Tapi kawan awish ni tough sikit, so dia lawan balik. Macam awish ni kena warning dgn pembuli tu, jangan bagitau cikgu ...tsk.

Baca kat fb baru2 ni luahan cikgu, pasal budak2 sekolah yg berperangai malaikat sangat depan parents tapi kat sekolah macam syaiton samseng.......i guess betullah tu. Cikgu pulak tangan dah terikat tak boleh buat apa. Budak2 skrg tau je kan kelebihan derang. So tu yg tak takut or respek cikgu tu, konfem mak bapak menangkan anak punya. Sigh!

I nak komplen pasal awish kena buli pun macam takde pekdah sbb, paling kuat pun cikgu boleh buat, dia akan perhatikan, betul tak? Even pembuli cought in action pun, i'm sure hukuman disiplin tu takkan ada impak. Bukan macam dedulu. Doa ajelah, mintak jauhkan dari perkara yg buruk2. I cuma pesan dgn awish utk jauhkan diri dari pembuli tu. Asal nampak je gi lari jejauh. Kalau kena jugak, repot kat cikgu. Kalau ikutkan saiz badan, awish tu patutnya boleh je lawan balik, or sepatutnya tak kena bulilah, tapi sbb badan aje besor kan hmmmm. 



Thursday, September 26, 2013

Imagination

View from the dining..looking at the indoor garden and water feature in the kitchen. Must have a folding door wide enough for natural light from the kitchen skylight. And kalau masak yg bau power macam belacan etc tu boleh lah tutup pintu so bau tak sampai depan uhuhuhu.

Maybe some herbs and orchid in the kitchen .....under the skylight....where it can be seen from the dining. No breakfast table...that will be brick wall with water feature and small koi pond. Overhead pergola from the brick walls towards the folding glass door dining area, is where i'll hang the pots of flower and herbs. Synthetic grass and garden chair. Cekpen boleh teman while i'm cooking eheheheh.
The back spiral staircase leading up to the laundry area. This will be behind the water feature mentioned above. This will lead to the kids room too.....short cut le kiranya, tak payah pusing naik ke laundry ikut tangga depan....jauh benor.

Poyo no more

Malam tadi barulah tengok bideo yg orang sesibuk tu. Itupun sbb cekpen yg bukak nak tengok, so tumpang sekaki le. Haih...what can we say huh. Apa-apalah labuuuu......hidup umpama roda, ada masa kat atas, ada masa kat bawah. I'm rooting for that poor pakcik. Sabor pakcik eh.

Masa keluar supper malam tadi cekpen cakap lepas ni kita tak boleh guna perkataan 'poyo' dah outdated dah katanya.......agak2 nak ganti ngan apa uols??? hahahaha

Ni brekfas semalam. Roti telur bawang. Balun 2 keping tu. Nak makan capati pagi smlm tak dapat. So malam tadi gi lah lagi sekali, tapi kedai mamak lain. Memula ane tu cakap takdak, pastu kitorang nak blah dia suh tunggu dia cek dulu. datang balik kata ada....sekali sampai capati tu rasa tepung gitu je.....camtu ke rasa capati? Lempeng kosong lagi sedap. Tak puas hati betul. Mesti ada yg sedap kan?

Tuesday, September 24, 2013

B'hidan promo

Tadi bergaduh dgn sarah pasal homework. Somehow mengada-ngada pulak ari ni dia. And somehow my kesabaran tersangatlah rendah so i marah sarah pun merajuk dan tidur. Since dia tidur i hantar mina dia tak ikut lah kan, so i terus gi citibank bayor cc then gi fabulous mom sbb nak beli jelly gamat b'hidan tu.
Memula dah pegang sebotol jelly gamat tu, pastu ternampak packaging kat atas ni, so tengok lah jugak kan. Pastu tak sure betul ke apa yg i nampak so gi tanya salesgirls tu ni harga yg mana satu foc ni. So dia katalah herbal drink je yg kena bayar, jelly gamat tu foc. I belek2 tengok, rupanya jelly ni expired by dec 2013, logiklah kot derang nak habiskan stok sebelum expired kan. Since jelly ni digunakan masa kita berpantang day 1 to day 7, so my timing still oklah, i guna about sebulan lebih sebelum expiry date tu. So ambik lah promo pack ni sbb cuma RM54.90 je instead of RM54.90+RM65.90. Saje je nak try kot lah perisa ni boleh telan. Yg original punye jelly gamat fuh mmg tak tertelan le, semacam rasa dia.

Pastu dapat jugak free trial pack sudocream. 10gram je. But i dah beli yg besor punya kat kedai ni jugak, hehe, oklah boleh bawak travel sbb kecik senang.



Monday, September 23, 2013

Not in love

Balik dari kindy tadi, sarah komplen penat. Penat prektis menari utk konsert katanya. Pastu saje tanya dia, ramai tak kawan prektis hari ni. Dia kata tak ramai sbb ramai absent. Then ada satu pair girl (alisha) dgn boy (lupa lak nama) menari as partner rapat2. Cikgu suruh katanya. Tapi sarah cakap lah, mana boleh rapat2 sbb boy n girl kan tak boleh too near to each other. Dia pun ada partner, nama Amandeep, dia tak suka kena dance very near. Yg best tu sarah cakap "i'm not in love with him, only married can be near and kiss" . Adoiii...nak gelak ke tak....tinggi benor bahasa dan pemahaman tu. Pitam mama.

Sleepy

Assalamualaikum and gud morning. Hish good morning lah sangat ni. Terlampau mengantuk sebenornya. Not used to nap belah pagi ni so try bertahan. 3 malam dah terlebih makan, so badan jadi sluggish jek. Pagi tadi pas subuh, sambung balik tidor. Sorry baby, sorry sarah...mama takleh nak letak tooth pick ke batang mancis ke hapa. Nanti mama ganti balik, k.

Si kening yg asalkan nak nap je cari mama. Pastu berpusing-pusing mengiau. Selagi tak dapat tangan mama tak diam le dia. Layan je lah. Sikit ari lagi pepandailah kening tidur sendiri ye. Ada baby lain yg nak berkepit pulak.

Friday, September 20, 2013

This and that

Kening and chomel busy playing kat bawah tu. Dok berkerincing bunyi loceng kat leher memasing. Time ni lah derang nak bebas. Bila ada sarah or mina or awish memang tak senang lah, asik kena pegang je.

Boring. Minggu ni tak gi gym langsung sbb schedule dah out bila isnin cuti tu ari. Dah tu manjang silap hari je. Tu yg sarah silap uniform sbb i lupa hari. Then lupa hari ejaan n hari spelling dia. Nasib baik sempat nak study before gi kelas...heheh sian sarah. Tapi dia dah paham dah kalau dia tak practise dia tak boleh nak teka sendiri ejaan or spelling words tu macam mana, so last minute pun sanggup dia practise. 

My mind pun tak berapa nak tenang sangat. Semalam sorang lagi anak buah bersalin, baby girl. Weekend baru ni the other one bersalin, baby boy. Dua2 ni bersalin awal, sorang 37weeks, yg semalam tu err 37 or 38 camtu. I pulak yg tambah gelabah. dah le cekpen duk risau takut i deliver masa dia gi bangkok huhu.
"Hello baby...watcha u doin"

Check-up hari rabu baru ni pun doc buat revision (heheh), apa tanda2 yg i perlu take note to know that i'm in labor. Lepas tu bila check, dia kata baby head really low. Haih......and since this is no 4, kalau cepat tu adalah biasa katanya, huhuhu. Walopon tido malam dah terpaksa dalam keadaan duduk, i still kalau boleh nak baby keluar on due date, awal 3,4 hari bolehlah....eh macam boleh suruh2 kan hahahaha. Bukan apa, bidan urut tu free after 15 oct je, so kalau awal sangat i kena tunggu lama baru leh urut. And berdasarkan pengalaman 1st baby, memang torture gila tak dapat urut awal! Keras segala urat saraf, tu gaya2 umur baru 27 tahun....ni dah sepuluh tahun kemudian ni, tak ke kejung kalau tak dapat urut cecepat! T_T

Set bersalin pun i dah beli. In the end beli yg old skool gila nih, hahaha. Murah pun murah lepas tu takla ralat kalau tak habis. Lepas google sana sini baca review, ramai je guna set ni. Mostly dari zaman mak and nenek derang lagi. Kira recomended by mak memasing le. I know my mak makan jamu2 ni but yg benda sapu2 tu mostly dia guna yg freshly made. Tak kisahlah janji ada.Tang jamu tu, heheh dunno yet lah i akan makan ke tak. Selalunya i prefer fresh ikan haruan, cos the pati ikan haruan i cannot go le. so euwww. At least yg ikan fresh tu boleh bakar or buat sup or apa2 lah yg dimasak sedap dimakan. Semalam gi pasar takde pulak ikan tu tsk. Last week ada, masa tu i rasa mcm belum nak stok up lagi. Ni kalau next2 week takde jugak, huh jenuhlah nak dapat. So nak substitute jamu utk keep the body warm,pulih etc tu....hmmmm tengoklah nanti
 -__-.

Ni pun dalam my "to do list".

Barang dapur pun i dah beli stok semalam. Penuh trolley tu, padahnya, sakit belakang datang balik ni hah. Tinggal beras and minyak jelah, sbb berat nak mamps kan, so biar yg tu cekpen beli bila stok habis kat rumah. Some items ni sepatutnya last until i abis pantang le. So nak make sure tu, i kena clearkan special cabinet kat dapur tu, lain dari tempat biasa, so that i can monitor the usage. Kang bibik main belasah aje guna tak reti nak jimat cermat, sbb banyak kan. Stok barang basah pun no choice lah tu nanti cekpen kenalah beli bila i lam pantang. Eh dedulu i takdelah kelam kabut buat ni semua tau, tahlah. I just nak make sure things run smoothly tu je, memandangkan laki den ni tak berapa nak stabil mindanya skrg. Koser kang kekejap itu habis ni habis pastu nak kerah dia gi kedai huhuhu. 

Now tgh dok mengingat apa lagi yg perlu i setelkan sebelum i takleh gerak. Van arrangement utk sekolah derang belum lagi, my toner dah habis hukhuk, backup bidan urut, supplement, backup sapo nak azankan baby if cekpen not around..... apa lagi ek? 


Thursday, September 19, 2013

Ele and Racoon Gymboree @ giant

Nak habiskan masa sementara tunggu sarah habis art class last week, i ronda2 dalam giant supermarket tu. Pastu saje tengok2 kat baby area, saje check brand, price and materials baby stuff. Ternampak satu square box with rompers and jumpers so belek2 lah. eh eh...gymboree and apa lagi satu lupa plak but good brand jugaklah. Kannnnn gymboree katanyaaa, tengok rega RM12.90......AJEEE!!! Maka terus pilih2 and masuk trolley hak hak....nasiblah...sapa suruh murah bebenau. 

Wednesday, September 18, 2013

The Cat Hammock and other accesorries


The DIY cat hammock. dapat idea buat ni sbb ada jual yg ready made kat petshop. Yg jual tu cantik lagilah, sbb velvety and ada cheetah printed bagai. Takpe, jahit sendiri je, kucing bukan tau cantik ke tak kan , heheh.

Most of the time si Chomel yg conquer hammock ni, but kadang2 si Kening dapatlah jugak kalau dia cepat. Ada sekali tu i tengok Kening keep on poking chomel sampai chomel bangun and turun from the hammock. Lepas tu Kening take over hehehe. Ni kira oklah kan sbb memang i buatkan utk derang tidur situ. Nak buat 2 takde tempat pulak nak gantung.

Lagi satu i put bakul rotan kat lower deck. Si Kening like to sleep in it. Kadang derang main sampai tunggang terbalik bakul tu. So today i gantungkan from the top deck so that takdelah derang terbalikkan bakul tu.


Tapi yg tak menahan tu kalau mama punya bedding pun derang nak conquer. Tengok gambar bawah ni.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
My maternity pillow aka snoogle ni pun derang nak tumpang jugak....haih!

Another important things for keeping housebound cat. Litter box. Last saturday, masa atuk taking his afternoon nap, me n cekpen keluar kejap sbb dah tahap kritikal dah, the cat food habis. I belikan whiskas, sehari semalam sanggup  derang makan sikit2 jek. Satu serving pun tak habis. tsk.
So masa kat petshop tu terbeli lah litterbox yg ada cover atas ni. Dapatlah improved the messyness of pepasir tu. Sbb yg ni kalau derang dok kais2 pasir2 tu still tak terkeluar, adalah but sikit2 je and will be collected kat base tray hitam tu. So kurang lah kerja2 pembersihan. Then previous litter box kitorang still guna as insert kat dalam covered litter box ni, so cuma cuci yg insert je lah, yg covered ni tak payah hehehe. Agak rumitlah bela kucing compared to bela tortis huhuhu. 
Tuck, yg sekarang pandai mengeluarkan bunyi ala2 bunyi tikus. Mungkin jeles tengok kucing 2 ekor tu terlebih manja hehehe. Pet yg paling senang nak bela kalau nak bandingkan kucing and hamster. Low maintenance, food pun murah tahan berbulan2. Dari saiz besar duit 50sen skrg dah sebesar 2 tapak tangan dalam masa dekat 3 tahun.




Tuesday, September 17, 2013

Natural remedy to increase milk supply

Study jangan tak study =P


Food and Drink Category :
1. Habbatussauda
2. Halba
3. Horlick (malts)
4. Cheese
5. Soy product such as tempe, taufu fah etc.
6. Dates
7. Oats
8. Jantung pisang
9. Daun kaduk
10. Radish/ lobak putih
11. Sawi
12. Daun turi
13. Broccoli
14. Air rebusan blended kunyit+halia+madu.
15. Anise (bunga lawang or jintan manis, i'm not sure, maybe both).
16. Blessed thistle
17. Drink plenty of plain water.
18. Eat lots of fruits
19. Steamed fish (preferebly white fish)
20. Sup tulang
21. Jagung rebus.

Technique:
1. Feed frequently (every 2 hours or so)
2. Always empty the sack (so kalau agak2 ada balance lagi lepas baby menyusu sila pam)
3. Pump frequently when direct feeding is not possible.
4. Proper latching
5. Stress free

Doa:
1. Doalah mintak Allah cukupkan supply.
2. Amalkan surah no.49 iaitu Surah Al -Hujurat.

Last sekali, if we had tried everything within our means, still the milk supply not as astounding as others, please do not stress out. Kang meroyan lagi susah hehehe. Just remember, our body might vary with one another even though konsepnya sama. Itu semua rezeki. Kalau nak kena bagi formula, bagilah, why not. And please follow what is best for both mommies and babies. Jangankan kerana sekumpulan yg sangat obsessed, yg kurang berjaya terasa rendah diri. Let them be. You know you have tried your best as much as you are able to.

I pun tak pernah lagi berjaya BF sampai 2 years walopon banyak jugak yg tersenarai kat atas tu i makan, amalkan. And from what i read, ramai jugak yg senasib. But I will try again this time lah. InsyaAllah.










Monday, September 16, 2013

Mismatched

sumber google.

I bersyukur...really...Alhamdullillah. Bibik are still here to do lots of house chores. Really2 thankful especially with my current state. But there's always time when her work irk me to no end. Like this morning, when i walked into my bedroom, she had changed the bed sheet. She used the cream with red small printed flowers sheets, matching quilt cover, 2 matching pillow cover and and and and 2 light grey + 2 dark grey pillow covers. Rasa nak terkeluar bijik mata tengok ....arrrggghhhhhh why the grey pillow cover!!!!!! I have six pillow, ok, the pillow cover yg come with the sheet ada 4 sahaja.....4 ok. and ada je dalam drawer tu sekali, takde i seperate lain2 drawer ke hape. Why she think that using 2 is enuf??? lagi 2 simpan buat apa and guna plak the grey color.???? The grey tu supposed to be in the guest room, which i dah pernah pun pasang and she knew it already.

Ok, maybe if 2 light grey tu i can accept sbb the plain cream was used earlier and she want to wash it. But i just finish sewing another 2 more cream yg ada dlm laundry basket yg dia dah lipat tu, lupa kah???? Dia selalu buat macam ni tau, bukan tak pernah cakap kat dia nak guna yg mana, but she keeps on repeating the mistake sampai i biar je lah and fix it myself.

Bilik mina tak yah citer lah, the mismatched was horrible. Simply because sarah punya and mina punya ada dalam same drawer and theirs are plain sheet with printed pillow case. Haru biru selalunya. Salah saiz kadang tu, sbb sarah punya single, mina punya pulak super single. Kang menggelebeh sarah punya sbb guna super single, then tilam mina nampak tak muat sbb guna single....pillow cover lagilah out....hoih...letih ajar.

No doubt she's rather fast, but her detailing really goes down the drain. Of course banyak lagi benda2 yg irk me but i tutup sebelah mata, kalau i tak larat nak betulkan. Bersyukur ajelah, komplen banyak pun karang dia tak senang buat keje. 

Sometime tu benda yg tak boleh nak betulkan.....so amacam? Contoh cooking. Lepas raya i dah bagi balik the kitchen to her. Then i bawak balik sos tiram from kampung sbb banyak lagi lebih so sayang nanti expired tak digunakan. Once she notices there's sos tiram kat dalam kabinet tu, waahhhhh i tell u, every cooking taste like sos tiram T___T. I nak tegur pun rasa tak selesa sbb she knew i only used the sos tiram tu kadang2 aje. 

But after 3,4 hari, i tak tahan, and kebetulan ada sekali tu i was in the kitchen masa dia baru start masak. So i take the opportunity to REMIND her AGAIN, bila boleh guna sos tiram......which is masa masak sayur sawi cina tu AJE hahaha. Kembang ok tekak, dia belasah sayur pakis pun ada sos tiram. pfftttt. 

Itu lah kisah2 bibik......ada je banyak lagi but i believe semua bibik pun ada flaw memasing. So kita ni pepandai le nak accept or tolerate mana yg boleh. Nanti dia dah takde akuuuuuu jugak yg penat muahahahaha.











Sarah and Art class

Sarah ada 2 je lagi art class, sebelum mama pull her out for 2 months that is october and november. If everything goes well, then she can resume back her class by december. Tapi mama tak promise lah ye sbb kot mina and awish pun nak join sama hmmmmm mama tak sure le can afford or not. Time cuti the fees tinggi sikit banding yg weekly class macam sarah ni.

Terpaksalah jugak restkan for 2 months ni sbb mama dah tak larat lew nak antor, tunggu n amik from her class. Then during confinement surelah takde orang boleh hantar and ambik kan, so might as well stop kejap. Surely sarah muncung nanti sbb ni lah antara aktiviti yg sentiasa she's looking forward every week.

In fact bebudak ni pun i dah stopkan from going to mengaji. Now memasing mengaji depan mama n ayah aje. 1 or 2 pages per nite. Sarah still muqaddam so satu, 2 ayat baru je lah every session, tengok tahap kelancaran dia. Mama tak leh nak duduk lama sangat sbb sakit belakang so awish was monitored by cekpen bila dia sempat. Bila myself mengaji takpe sbb i can bersandar sesedap rasa and adjust the quran accordingly but with them kalau bersandar, tak nampak le derang baca apa kan. At least now a bit relaxlah sbb kalau tak sian cekpen terkejar2 everynite antar derang gi mengaji lah tusyen lah. Until things settle, which is tak tau bila, inilah arrangement yg paling selesa buat masa ni.




Thursday, September 12, 2013

Another spring cleaning session

Actually started a small portion je ni. Lepas i clearkan guest room to become my confinement room tu, i sambung utk kurangkan storage kat dlm master bedroom. Banyak na storage and toyogo box atas lemari, semak mata tengok. Kat area bibik gosok tu pun makin bertingkek-tingkek. Dah macam hape tah, so mari punggah dan clearkan mana yg tak pakai.
Topi2 semua ada trademark toyota n sekutunya ni i dah sedekah kat bibik. Semua cantik je sbb cekpen tak pakai pun. Topi koboi tu pun pakai utk dinner dia sekali je, so letgo jugak.
Ni lah toyogo2 dan memacam kotak simpanan yg semakin beranak pinak. Dari atas lemari and dari rak fail kat ruang menggosok. Huih...semak nyeeee.
Lepas seminggu, baru bernafsu nak susun balik. So atas lemari tinggal tu je, 2 toyogo kecik and satu bakul. 2 lagi toyogo yg medium dah masuk dalam my lemari baru kurung yg bawahnya ada space kosong. 2 storage box lembik dah di recycle utk jadi tempat letak baju berlipat yg buat masa ni i tak pakai sbb perut tengah gendut, so memang boleh letak dalam lemari. Nampaklah kemas teratur bebaju lipat tu sbb ada proper box. Then kotak2 mineral water tu bolehlah buang. Satu toyogo saiz besar buat simpan album2 lama dapat sumbat dalam stor room. Ada extra satu toyogo besar kosong, terus buat letak pasir litter kucing kat luar rumah. Nampak kemas sikit porch tu.

Lepas ni ada lah few more things to do sebelum cuti panjang....rasa2 sampai tahun depan kot baru boleh buat spring cleaning lagi huhuhu.




Tuesday, September 10, 2013

Playing house @ architect

Cekpen decided to get things moving. So here i am, doing my best to simulate our idea in 3D. But my back is killing me. I've been working on this since Sunday morning, less than 5 hours from the schedule meetings with a few contractors/ architect/ designer that afternoon. I manage to whip something, printed it out as a handout for them. 

But after that initial briefing, i need to do more. So since yesterday, i was cooped in the room trying to make the design as accurate as it can be. Yesterday i manage to improve the ground floor. So this morning i started out on the 1st floor. Something occured on the software i was using, and poofff! my ground floor went missing. *slap forehead*

I guess i have to work on using the images that i've captured from the 3D. Tak larat dah nak duduk ni. Will explained in detail in excell lah jawabnya. I hope i can emailed to all the contractors by end of the day.



Friday, September 6, 2013

Hilangkan gatal dan sakit belakang

I ingat pregnan kali ni, kulit perut ni dah cukup stretching dah from the previous three pregnancy lah kan. Meleset sungguh. Still naik bertingkek-tingkek stretching uols. Tensi jek. Bertambah2 le my victory stripes. Tapi kan dah malas dah nak sapu mak nenek losyen ni sbb takde maknanye. Kalau sapu pun tetap keluar jugak. Tapi yg tak tahan, bila start stretch, kulit tu jadi gatal le. Garu karang jadi lagi worsekan.
Malas nak mencari losyen ke apa2 kat farmasi tu, so masa kulit perut ni start itchy, in may, i sapu minyak atas ni. Sebab ni je yg ada kat rumah heheh. Sarah punya jugak ni. Dia kan ada T scar kat area surgery abdomen tu kan, so apply minyak ni. Sangat mujarab le, sbb bila gatal je sapu then terus hilang gatal tu. So i pun terus le guna sampai habis, now dah beli lagi sebotol. Lepas mandi i terus sapu kat perut banyak2, biar kejap utk meresap baru pakai baju. Walopon ada tulis situ utk stretch mark, idokle i caya sangat, but yg pasti memang berkesan utk hilangkan gatal2 bila kulit tu merekah. I rasa lagi effective dari yg stretch mark losyen from the same brand. Sbb dulu pakai yg losyen berbotol2, tetap le merah2 and tergaru2 dibuatnya. 

Lagi satu, pasal back pain. Lately ni memang makin unbearable. So lepas macam2 buat tak menjadi, akhirnya, i try to sleep on my stomach. Nak bagi my back muscle relax. But perut besar kan, susah ye tak nak baring. Memula i baring kat tepi katil, kaki kat bawah dada kat atas kan. Last2 dapat idea utk buat lubang pakai maternity pillow tu. Hah, gila best. Lubang tu just nice utk size my protuding tummy, letak bantal utk support kepala. Kaki n tangan gaya bebas. fuhhh lega sangat belakang ni dapat relax. Kadang sampai terlelap. takut jugak kot baby kat dalam tu tak ok kan.  So lepas 15 minit ke 30 minit ke i tukar balik mengiring lah. Nak agi best masa meniarap tu ada orang bagi massage kat belakang....perghhh memang heaven. Sarah volunteer bg massage tapi kejap jelah , pastu komplen tangan dia penat...pffttt.

Thursday, September 5, 2013

Random

Hari ni pagi2 lagi dah hujan lebat. Best sejuk je cuaca kan. Si kening temankan i kat bilik ni sambil meow2 manja. Si chomel main sendiri kat bawah le tu. Takde apa nak buat ni, semalam dah siapkan pillow case utk bilik bawah. 

Semalam siapkan satu 'hammock' utk letak kat cage Kening  n Chomel. Pastu malam tadi i tengok dua2 taknak tidur atas hammock tu. Tapi pagi ni, si chomel sedap je lena kat situ, hehehe, pandai pun. Kat pet store ada jual hammock ni around $30. Ni i buat guna kain2 lebih je and letak tali empat penjuru. So adalah kawasan extra utk dua2 ni lepak2 bila dalam cage.

Sementara baby belum keluar ni, dua ekor ni le baby dalam rumah ni. Kemain lagi landing atas katil mama n ayah pastu terus lelapkan mata. 

Tadi dah call makcik urut bersalin. Makcik Ita. Glamer gak makcik ni sbb ramai jugak orang rekomen. RM90 and dia buat semualah termasuk mandikan baby. Nasib baik lah dia available time i due date tu, if i bersalin between 1st to 15th october mmg tak dapeklah sbb dia dah fully booked. I bagitau i due dalam 20th october so, dia acceptlah. Tak tau le bila exact date kan, but roughly around there le kot. 


Semalam, i start masuk balik gym. Buat cycling 30 minit je. Nak bagi muscle get used to work out. I nak try buat 3/4 kali seminggu, preparing for labor. Taknak le karang on labor bed muscle cramp ke hape kan. Hopefully i gain enuf strength le, sbb ada lebih kurang 7 minggu je lagi nak exercise ni. 
Masa Sarah dulu exercise jugak, every morning I step on benda kat atas ni sebelum gi kerja. I buat between 15 to 30 minit. Depend i banyak masa ke tak heheh. Kalau dah terlewat bangun tu kejap je lah i buat. Alhamdulillah masa sarah dulu, kira mudah jugak le i bersalin, tak tau le sbb i exercise or sbb keturunan.

Hmmm...nampak nau takde citer kan hahahah....apa-apalah. baii.




Tuesday, September 3, 2013

Anjer Ohsemness

hmmmm.....anjer 2 ekor ni tak makan perisa ikan salmon. Bersungguh cekpen belikan yg terbaik, taknak le pulak. Siap muntah lagi. So bagilah perisa ayam balik. So far behave lah 2 ekor baby ni. Kebetulan masa gi shifa last week. terserempak dgn Kak Saadiah lemang tu, owner lama kekucing ni. Kak tu kata, sebelum ni memang dia takde sediakan pasir litter, makan pun campur2 nasi dgn biskut2 kucing tu. Pastu manja tu memang lah manja. Then, dia cuma ajar jangan naik atas meja makan. 

Tu yg kitorang heran gak tu, sbb since jadi anak angkat cekpen, memang terus elok je membuang kat pasir, takde naik atas meja kacau orang makan, takde gi dapur curik ikan ke hapa, masa kehabisan food tu, bg nasi taknak le pulak, sanggup tak makan langsung sbb tak suka yg biskut perisa ikan tu. 

So far cuma lepas dalam rumah je. Time makan n membuang letak dalam cage kat luar. Then bawak masuk bila dah sudah. If kitorang keluar pun letak dalam cage jugaklah sbb takde sapa kat dlm rumah kan. Takut nak lepas kat luar sbb takut mati kena langgar keta. Masa baru ambik aritu, anak kucing sebelah pecah kepala sbb owner tak perasan kot anak kucing tu baring dekat tayar. So taknak le anjer 2 ekor ni pun jadi mangsa yg sama. 

Baru ni leher si chomel macam luka and ada infection, mata pulak berair je. Asik tak sempat nak ke vet kan so i tak tahan tengok dia menggaru, i amik fucidin, i sapu kat luka tu. Then i sapu pulak elan-forte. Ni semua cream utk kulit sarah yg sensitip tu. Lepas tu bubuh ubat titis mata yg doc bg utk sarah tah bulan baper tah. Lepas titis ubat mata tu, terkeluar2 lidah dia sbb rasa pahit kot hehe.  Lepas 2,3 hari elok le pulak dah luka kat leher and mata dia. So takyah gi vetlah hik =P.

Agak2 rega cat food n pepasir ni terkesan tak dgn kenaikan rega minyak ?  Vavavavava =B





Monday, September 2, 2013

Mina turns 8

Blow candles with classmates.




Hari sabtu bawak derang semua ke Pusat Sains Negara, sbb nak ke KLCC park rasanya sesak kot sbb merdeka kan. Kat sini best sangat sbb tak ramai orang. Ada 2,3 kuarge je most of the time. Kitorang le yg paling lama, dekat 2 jam bebudak ni main air. Bolehlah datang lagi sini sbb FREE hehehe. Cuma kena bawak bekal lah ye sbb takde kedai makan ke hapa.
Sementara derang berjimba dalam air, mama and ayah gilir2 menduyung.