Wednesday, July 31, 2013

Day 19 Ramadhan 1434H Hutan Terbakar Panggil Bomba- Bomba tak datang berlumba

Hari ahad keadaan kat rumah ni ala montaj je. Slow je sebab pagi tu pukul 9 all 3 of them pergi mengaji. Sarah i suruh pergi jugak sbb weekdays kan dia tak dapat pergi sbb takde transport. Then pukul 10 balik, pukul 11 awish gi tusyen pulak sampai 12.30. I tak ikut cekpen hantar sana sini, i duk umah mengerjakan perca kain nak buat maternity pillow tu. 

Dah lepas zohor camtu i tanya memasing nak berbuka apa hari ni semua blurrr je. Last2 tu awish cakap nak ikan 3 rasa......lagi?? I macam alahai, dah repeat 3 kali dah sepanjang bulan puasa ni, boring le pulak. Nak berbuka kat malls mcm malas jugak. Last2 cekpen suggest berbuka kat giant foodcourt je, sbb i kena beli stok ayam utk minggu ni. Lepas bersungut-sungut tu awish agree, dgn syarat sahur kena masak ikan 3 rasa utk dia. Iyelahhh 3 rasa pun 3 rasa laahhhh.
Since sabtu dah terlebih2 kenyang, i just order assam laksa, cekpen makan bakso (takde dlm gambar), mina makan sizzling mee (lagi!), awish makan nasi goreng thai dgn sizzling mee (kuuusss semangat anak mama sorang ni)  then sarah makan her feveret nasi ayam. ABC share2 sbb tak larat nak habiskan sorang.  Simple je, tapi food kat sini kira sedap jugaklah, so puas makan. 

Lepas makan, solat semua cecepat gi masuk supermarket beli barang2 yg perlu n bergegas balik. Dekat2 pukul 9 masa tu. Bila dah sampai area kilang2 dekat rumah ni, i ternampak api kat bukit belakang rumah kitorang. Bukit tu is reserverd forest puchong ayer hitam n UPM.

Cekpen tak sempat nak tengok sbb terlindung. So bila makin dekat tu, dia pun nampak apa yg i nampak.
Ngeri okay sbb memang nampak api menjulang-julang. Masa tu api paling dekat is bersebelahan dengan apartment yg next to the double storey houses. Then ada 2 row of the double storey yg memang akan direct contact lah dgn api tu sbb the corner lot memang just dipisahkan dgn wire fencing je. Our house is two rows from the last row tu. Still if one of the houses cought in fire, rumah yg lain pun boleh ucap selamat tinggal lah kan. Tau je lah api kalau dah besar memang berapa minit je boleh habiskan kawasan tu kan.

Lepas 'isya, cekpen pergi tengok lagi. Dia overheard frantic call from our nebor yg rumahnye kat row paling bahaya tu. "ni macam mana ni? bila u ol boleh datang? Dah berapa puluh kali kita call takde sapa datang lagi ni. Ni api dah less than 20 meter ni.....kitorang perlu tinggalkan rumah ke??"

Masa tu api lagiiiiii dekat dah. Yg kat apartment u memang tinggal gap longkang dgn tanah tar less than 10 meter je dari building. Masa tu lah baru dengar siren bomba. Phewww...alhamdulillah. Bersorak semua orang. Memang terasa 'kesuperheroan' bomba time tu, walopon bebetul last minit baru derang sampai. Bomba cecepat lah cuba kawal api tu.

Tak lama tu another 2 more datang. Then ada satu unit keselamatan awam (sumthing like that), 6 anggota bawak lampu suluh, pergi another side and tebang some pokok2 utk buat border stopkan api tu sbb yg tu pun dah dekat dengan another row of the double storey house. Then derang panjat bukit yg belum terjejas and buat surveillance kot. Tengok api ke arah mana agaknya. 

Lama ok. Pukul 11 lebih tak setel lagi. Tu yg kat area rumah kitorang. Yg kat atas puncak bukit nun, masih menyala-nyala lagi. Cekpen sambil2 tu borak dgn another nebor. According to him, petang tu memang api dah marak dekat the other side of the bukit, yg tu boleh nampak dari Bayan Hill Homes (puchong jaya). Bomba ada kat sana. Masa kitorang nak ke giant tu pun, kitorang bertembung dgn satu truck bomba jugak menghala ke bandar kinrara 6.  Maybe yg border bandar kinrara dgn hutan tu pun dah kena.

Come to think of it, actually banyak kawasan perumahan surrounding the reserved forest. So nasib lah api tu menghala ke rumah sapa. Taman wawasan pusat bandar puchong, bandar puteri.....tsk banyak lagi. And petang tu sebenarnya bomba dah datang survey kawasan kitorang, masa tu api still jauh lagi. Then bomba kata tak boleh buat apa2, lepas tu derang blah. Boleh gitu???

And malam tu, IF bomba lambat sikit, tak sure lah apa nasib kitorang semua. Kalau takat guna baldi dgn paip tu boleh ke padam api besar camtu?? Malam tu cekpen suruh i pack all important document....just in case bomba suruh kitorang evacuate. Panik jugak lah kan.

The next morning, masa cekpen nak hantar me and sarah pergi SDMC, kitorang pusing belakang. Asap tebal nampak yg kat puncak je... api tak nampak dah. Then petang tu cekpen dapat citer, actually pukul 2 pagi baru bomba dapat betul2 kawal api tu. Then isnin tengahari ada hujan lebat turun sekejap. Agaknya dapatlah padamkan lebih bara2 yg tinggal kat forest floor tu. 

Ingatkan kat indonesia je bakar2 ni, rupanya belakang rumah kitorang pun kena. Punca kebakaran tak pastilah. 



Filler Wake up call

Ahad malam isnin tu i dapat sembang kejap dgn jiran sebelah ni. Last sekali sembang sebelum i pregnant. Punyelah lamaaaa kan, padahal sebelah rumah je. Salu apa2 hal i pesan dgn bibik dia je, sbb bibik tu salu jugak terserempak time sidai kain kat depan.

So my nebor tegur lah dah baper bulan, bila due semua tu. Bila i cakap due oktober, dia mcm surprise sikitlah sbb perut i nampak mcm dah turun katanya.

I memang le tak reti bab2 tengok perut turun naik ni. hahahaha. Sama je i tengok. But bila dia cakap mcm tu i saspen sikitlah. Tsk i ni apa pun tak prepare lagi. Yg ada cuma barut dgn bedung je, tu pun belum basuh =B. Baby please stay in there for a bit longer, k....mama lum ready apa2 lagi nih. Ikutkan plan nak start membeli lepas raya.

So disebabkan teguran tu, jadi agak terajin sikitlah nak sambung survey2 barang2 baby online. Especially clothing. I plan nak beli Newborn je dulu. Maybe nak start beli sikit2 kot. Ye lah kan, pepehal karang takdelah cekpen menggeragau nak kena gi shopping sensorang, tah apa pulak yg di beli nanti, jumpa pun belum tentu hahahaha.

Tapi ada sikit bengang. I masuk Cotton On punya website, pilih2 yg offer paling murah. Adalah 3 yg rega tinggal 10 hengget je selai. Murah kan. So masuk dalam cart. Then pick jugak selai beanie after disc $6 je. Sekali nak checkout, shipping cost is RM43. Apakah???? Barang RM36 je.
 NP:RM44
NP:RM49

NP: RM55
NP: RM34.

Katanya kat notis kat web tu kalau beli lebih RM250 barulah free shipping. Apalah yg i nak beli sampai 250 tu. Dah le cheapskate, ambik pun yg paling murah. tsk T____T. Kalau ada semua barang dari towel sampailah ke mak nenek toiletries mungkin lah kot boleh cecah, but takde, ada pun yg mahelll aje. Yg atas ni pun kalau i choose another pattern or colour rega takde diskaun dah, yg design tu je yg diskaun, so takkan nak amik yg serupa sampai 3 set kan. Boring le.

Pangkah lah dulu. Pergi pulak kat H&M. Pilih2 yg paling ekonomi gak, rompers n jumpers yg putih ada 6 ke 7 pieces. Selai tu jadi lam $13 je. Sekali barang takde online shipping...tsk. Hoihhh dah le i malas nak kuar, semua pun takde online acaner????

Gi jengah mothercare....dari page 1 sampai page 18...phewww mmg tak lahhhh...mahellll jugak. 

Last2 pegi balik kat cotton on. Belek lagi items yg on sales satu2. Sampai lah dpt 9 items for newborn. Purata still murah @ $14/piece. Lepas tu fikir apa yg all of us in the family WANT that is on sales jugak. I pick items yg either less than $10 or max $15 je hehehe. So everyone get something. I manage to grab 4pcs of bra yg selai rega 6 hengget sajok. Saiz not to worry, sbb penah beli so i just choose one size up. Mina and sarah dapat kasut. Haritu masa shopping kan i tak bg mina beli kasut tutup sbb mahel n dia jarang pakai kan, tapi ni sbb murah bebenor, so bglah dia pilih sepasang. At least tak le ralat kalau dia jarang2 guna. Sarah pun sama. Awish susah sikit sbb kasut takde utk dia sedangkan itu yg dia takde. So end up belikan t-shirt. Walopon adult t-shirt tapi ada saiz "s" yg bila i ukur with his current baju, saiz 's' tu sama. Cekpen pun dapat selai jugak. Finally malam tadi baru lah check-out n make payment.

Now waiting for delivery. Saspen jugak sbb they can't promise exact no of days, shipping terms tu tulis within 5 to 7 days. Ngam2 aje sehari sebelum balik kampung utk raya. Harap2 takde masalah le.

Lepas ni ada lagi few basic items i kena secured dulu. Lepas tu boleh rileks kejap. Sambung balik lepas raya or september. Sambil2 tu bolehlah siapkan bedding , nursery room, clearing some drawers to keep his belonging. Phewww!



Tuesday, July 30, 2013

Day 18 Ramadhan 1434H

Hari sabtu, adalah hari shopping!. Ni i ingat muahahaha =D. Tapi cuma shopping utk awish je jadi takdelah havoc sangat. Mina and sarah kena tinggal kat rumah as we had planned earlier. Pergi tu dah lepas zohor, so belah pagi i buat apa ye??? oh maybe i siapkan bakul tu. I buat kejap on friday lepas tu terbengkalai sbb sarah makan daging then i sambung hari sabtu. 
28 weeks going smooth. Still can fit into my size 's' penny. 

So lepas zohor pegilah ke sunway piramid lagi,hahaha mmg malas betul nak terjah tempat lain. Malas sbb nanti bukan kitorang je penat, awish pun sure penat jugak. Dah lah dia tak gemar soping2 ni. Kang dia buat perangai kang, kitorang jugak yg hangin. 

Pusing2 few shops cari kasut n seluar takde dah saiz dia, or kasut yg dia berkenan. Gi jusco, adalah jeans kiko saiz 13/14 yg elok, tapiiiii saiz tu ngam2 je kat pinggang dia. Tu tengah puasa, kang lepas makan or raya mcm tak konfiden je boleh muat lg. Lepas tu kannnnn, harga suar selai seratus lebihhh. Pitamsss mak. Padini pun mcm tu jugak, cutting dah lah slim2 cam pompuan, rega ya ampunnn. Yg mana sales tu pun saiz aje besar tapi tau dah mmg tak  muat punya sbb awal  tahun hari tu beli kat situ jugak. 

So plan nak ke zara or parkson lah. Sambil tu singgah2 le cari kasut. Hmmm...tak ada jugak yg dia berkenan. Lepas masuk 4 kedai, dia give up, tak payahlah beli kasut raya katanya. Sian dia. Masa kat kedai kasut tu terserempak kawan cekpen masa kat um. So i borak2 jap dgn his wife. Derang pun tengah menghadapi masalah yg sama, tak dapat carikan their boy baju seluar kasut raya. Semua pasal saiz. Macam kitorang jugak dah byk kedai masuk still tak dapat2. Anak dia pun in between nak jadi remaja gitu, susah le sbb as first time parents to this age mmg blur jugaklah tak tau nak pergi kedai mana. So main redah je.

Akhirnya kat Zara ada saiz dan cutting yg sesuai. Kebanyakkan seluar skrg kan trend slim fit, or regular fit tu kan. Ala pesen2 ala2 jonas brothers tu lah. Cutting mcm tu nak kena gaya baru elok, kalau tak mmg nampak jinjang je. Mcm awish tu mana nak pakai baju berlayer2 or kasut snickers ke converse ke, so nanti nampak tak elok lah kan pakai seluar cutting slim2 tu pastu pakai crocs. Then baju pulak kalau nak nampak style pakai seluar fit, tshirt pun kena hugging sikit kan or kemeja long sleeve, then u lipat lengan, body kemeja pun tak boleh straight, kena narrow to the waist, baru smart. Awish mmg takde chance lah narrow2 waist ni kan hahahaha harap maklum.

Out of 5 ke 6 lai tu, 2 oklah. Actually satu je yg ok yg darker denim tu, yg suar light blue denim tu tak ok sangat sbb punggung baggy sangat menyebabkan kaki seluar nampak slim. Tapi dia nak jugak sbb selesa kot punggung dia longgar, senang kentut gamaknye. Then yg tu pinggang cerut je so easy for him to wear. So beli jelah sbb kitorang malas dah nak jalan lagi, boleh? hahahaha. Yg bestnye, 2 lai baru 150, hah barulah tak tercekik kan.

So cukup lah 2 lai, suar dia yg ada skrg byk yg khakis light/ dark colour semua muat lagi dan takdelah lusuh sangat. Belikan jeans ni pun sbb raya lepas punya jeans bila dia pakai dah macam lepat je. Tau lepat??? Ketupat lepat johor tu , yg di buat dari pulut dgn kelapa parut, ada garam sikit, lepas tu balut dgn daun kelapa muda, bentuk panjang2 diikat dgn rotan tu. Hah gitu lah rupa jeans last year skang ni kalau dia pakai. hehehe. 
Balik tu call my sister nak tanya dia nak berbuka sekali kat rumah kitorang ke tak sbb malam tu dia nak datang dgn my anak buah pasal kontrak training dgn petronas. I pikir2 elok la dia dtg awal n berbuka sekali kan sbb nanti dapatlah adib (kazen derang ni) main lama sikit dgn awish n mina n sarah kan.

Lepas tu kan, baru i teringat, i tapau nandos sekor je whole chicken tu, muahahaha manalah cukup kan. So balik tu kelam kelibut le masak. Masa tu dah pukul 5 suku kot. So cecepat keluarkan half chicken nak grilled. Pastu buat ikan merah asam stim, peria goreng telur dgn bihun goreng. Kena jugak buat sambal grilled chicken tu sbb dah takde stok dalam freezer heheh. Memang terbaik lah my fake happycall tu, elok je masak my chicken grilled walopon i cuma sempat defrost 40 minit je, pastu perap kejap n terus letak dalam happycall.

Nasib baik friday punya lasagna dgn puding roti banyak lagi. Then ada frozen mamosa eh, mamosa ke nama kuih tiga segi tu lupa pulak, ke samosa?. So goreng tu. My sis ada bawak kuih mcm bungkus tapai tapi dari tepung pulut and ada kuah gula, i totally lupa nama kuih tu.

By the time derang sampai, i baru nak angkat ikan masuk dalam bekas hua hua hua. Tapi yg lain i dah letak atas meja n atas table top lah, meja tak muat heheh. So since tak sempat nak hidang separuh kat depan tv, i plan adult duduk bersila atas tikar je n biar budak2 kecah kat meja, tapi dah azan kan, so terus buffet syle. Ambik ajelah n pilihlah nak makan kat mana pun hehehe.

Gambor pun tak sempat nak snap2, ni pun ada sekeping aje yg cekpen snap. Alhamdulillah. Kenyang yg amat sbb makan ramai2 kan sedap je i mencekik. Lepas solat semua tu, borak2 sambil diskas hal yg anak buah i nak sampaikan tu. Sambil tu dok meratah rempeyek superb yg cekpen beli kat opis.

The next day (ahad) me n cekpen seharian menggelupur. Disebabkan terlebih makan hahahaha. Sendawa aje sepanjang hari. Maybe terlebih mentekedarah rempeyek tu, ada kacang tanah kan, jadi angin kot. 


Filler What I want ASAP

Masa zaman pregnant dulu2 takdelah terdedah dengan macam2 benda osem. Tapi kali ni memang lah dgn berbagai info dihujung jari sbb rajin blogwalking sana sini kan. Ni salah satu benda yg i rasa macam perlu sangat ada sekarang. Kalau boleh sebulan dua yg lepas i nak ada benda ni. Tapi survey punya survey the cheapest i can get is around $160 camtu. Paling mahal so far kat butik baby is more than $300. Bila pikir tak tau lepas bersalin akan guna berapa lama, rasa takmolah spend too much on it. 

Cuba tengok gambar2 i google ni.....it looks sooooo comfortable kan...sigh! Sekarang ni bubuh bantal keliling pun manjang sedar2 tah ke mana bantal, lepas tu badan pun dah lenguh2 especially kat perut tu. At 7 month ni memang semua posisi tidur tak selesa. Pusing sana sini lah nak bg sedap. tu belum berebut bantal lagi ngan sarah n cekpen.






So sekarang ni tengah memendam rasa nak dapatkan seketul maternity pillow ni or snuggler or snoogle whatever they call it. Since nak beli macam mahallll sgt kan, i dah cantum2 perca kain buat sarung dalam tu. Sarung luar tu nanti kemudian cerita. Ni keta takde nak gi kedai kain so takleh berangan sangat. Then i need to buy kekabu buat isi. Kalau by this weekend tak dapat kekabu, i bantai ajelah beli yg isi fiber or bean bag filler tu, belasah lah. Janji ada isi yg lembut.
Gambar atas ni my sarung. Burukkan hahahaha =B. Itu je perca kain yg ada. Itupun tak cukup, siap i korbankan satu bolster cover yg mmg tak pakai dah, potong nak bg cukup sarung ni. Shape tu nanti boleh alter lepas letak filler sbb nak adjust perut i landing bebetul kat mana. Size ni 2 inches bigger than normal bolster. Semua i belasah je ukuran tu. Gap tu pun agak2 aje. Then just measure my shoulder to thigh length for body fitment. Cepatlahhhh weekend. Can't wait to hunt for kekabu or any filler. 

Monday, July 29, 2013

Day 17 Ramadhan 1434H

Hari isnin baru nak hapdate citer hari jumaat kan, terpaksalah tenung gambar lama sikit sbb nak ingatkan apa yg i buat spjg hari jumaat tu. Pagi tu awish ada tusyen so tak keluar ke mana lah. Dah pukul 2 camtu start lah ambik order utk buka puasa haritu from the kids. Mina nak yee mee sizzling dgn lasagna. Awish nak nasi goreng kicap yg darker brown. Apparently the last one yg i buat utk dia tak cukup gelap gitu.

Lepas tu dah ada the 'forbidden daging kicap tampin". Ni bibik buat masa lunch utk sarah walopon i dah bgtau jgn bg sarah makan daging...pftttt. Memang sarah ada mintak izin dgn i, dia nak daging, but i cakap tak boleh sbb isnin nak kena pergi sdmc lagi buat blood dgn urine test. So sarah sejak the last visit to sdmc mmg i puasakan from red meat and seafood.

Since i was so into mending the basket, i just mintak mina turun n bgtau n ingatkan bibik yg i tak bg sarah makan daging. Sekali tengah2 kusuk tawaduk cantum2 kain, mina bgtau sarah lunch lauk daging. Sigh......tengah2 dia makan tu terpaksalah i stop her. Dua2 kena marah, sarah pun kena, bibik pun kena. Last2 tukar lauk ikan.

So utk dinner/ buka puasa sarah order gulai lemak cili api ikan siakap. Sian dia, dah dekat sebulan makan lauk ikan dgn ayam jek. Itupun some parents yg ada case mcm sarah ni, ayam pun derang tak bg makan tau. 

Dah kira banyak benda nak masak kan. Tapi roti pulak dah last day, expired. So i jadikan puding roti. Sekali petang2 sikit tu awish nak cekpen belikan murtabak le pulak. Dah alang2 beratur kat bazar bk5 tu, cekpen pun beli jugak my feveret kuih cara berlauk dgn satar. 

So hari jumaat, meriah le buka puasa kitorang. Terkulat2 nak habiskan tu. 
Lasagna dgn puding roti tu mmg tak habis le kan, so takpe tu boleh je masuk fridge, boleh makan next day, rasa konfem masih sedap hehehe. Yg lain tu mmg kena perabihkan. Tapi last2 terbazir jugak murtabak tu, sbb awish dah overload sangat ( i buat byk sgt nasi goreng tu), tak mampu dia nak makan murtabak tu sampai habis. Itu pun cekpen dah tolong makan. I mmg tak boleh lah nak sumbat selepas nasi, kuih cara dgn satar tu. Tak muat derrr.
Apa pun mmg rezeki, alhamdullillah lah tak pikir pun nak makan kuih cara berlauk dgn satar, alih2 dapat makan. Dua2 pun sedap, cuma satar tu ada 2 ketul kot terhangus sikit.

Oh ye, lagi satu awish terlebih kenyang sbb dia dok paw mina punya yee mee. Dia macam menyesal order nasi goreng kicap sbb nampak yee mee lagi best. Memula tu dia marah kat i sbb tak bgtau dia i nak buatkan yee mee utk mina, padahal i dah cakap awal2 dgn dia tapi sbb masa i tanya tu dia tgh asik main ipad, tu yg dia tak perasan n order nasi goreng. I siap pujuk lagi supaya dia makan yee mee tapi dia insist nak nasi goreng. See, apa pun cuba nak salahkan mama. Lepas tu i bgtau utk sahur nanti i buatkan dia yee mee lah sbb i memang buat kuah banyak seperiuk. Saja buat lebih sesiap sbb fikir lenkali kalau derang nak lagi i tak payah nak prepare kuah. Masukkan aje dlm freezer and reheat kuah bila nak makan. 

So utk bersahur, me n cekpen je makan nasi dgn lauk2 leftover buka puasa tu, mina and awish makan yee mee, ya mina repeat yee mee lagi =P, suka ati lah mina.






Filler Mending Basket

Adoii last entry 16 ramadhan ek. Byk gak menda nak citer tapi panjang2 le pulak. Sementara takde mood nak turun dapur ni, meh update yg tak penting dulu heheh. Ni small adhoc projek yg i buat on saturday morning.
Ni bakul tikar anyaman, beli kat kola kangsar kot, tahlah lupa pulak. Sebelum ni buat simpan perca2 kain lebih. Pastu aritu punggah sbb nak tengok perca2 yg boleh dibuat bantal spesel. Sekali punggah tengok base bakul ni macam dah kena gerit dgn bubuk. So berhabuk2 dan mcm dah nak berlubang2. Sayang le pulak kan. Cantik lagi cuma base tu je nampak mcm reput. 

So pikir2 better buatkan lining kat dalam tu. Nanti bolehlah guna as 'going-to-hospital' basket, lepas tu bolehlah guna utk transit barang2 baby bila siang dan malam. Sebab dah plan siang i akan duduk kat bilik guest room bawah, malam tido atas. Kat atas ni sensiang kan sauna, so nak tak nak kena turun gak. So senang lah nak hangkut barang turun naik kan.

Dah siap lining tu lepas tu pening nak lekatkan kat bakul tu camna.....
Korek2 my treasure chest kotak craft work, jumpa jarum2 dgn benang kasar ni. Wallahhhh...setel. Dapat idea dah.
Dengan menggunakan jarum crescent yg besar tu dan benang kasar tu, i jahit all around the top edges of the lining to the basket. Siap.  Sekiannnn. =B



Friday, July 26, 2013

Day 16 Ramadhan 1434H Thursday Adventures

Hmmm.....as u know, sarah sekarang  ni jalan kaki ke kindy. It was only a 15 minutes journey. Its less than 1km, so no sweat. She can walk with a smile. But her mengaji and art class jauh sikit so i memanglah taknak try jalan ke sana sbb its about 2.7km and 3++km from our house. I know because i pernah jogging dgn cekpen using the same route. Mengaji memang dia suka je bila i kata tak payah pergi sbb i couldn't get a van to ferry her. Suka sangat nak elak dari pergi mengaji. But art class is a different story. She really like it and looking forward to go to her art class. 

So yesterday is thursday, hari yg ada art class tu. Initially i memang dah bgtau sarah we are not going, kena pontenglah kan. But cekpen sms kata he will try to come home and send her, then i send him back to work. If he can't get a car (if ada opis punye yg available) then i pick him up lah after work.So when sarah came back from kindy, then crying and begging me to walk her to art class, i told her lah MAYBE ayah will be able send her. 

So by 1.35pm camtu, cekpen sms kata mungkin tak sempat. Since i dah bgtau sarah we can go kan, so i pun call teksi. Semua pun takde yg nak datang. Dekat sgt kot so maybe teksi rasa tak berbaloi nak amik kitorang kalau takat nak ke giant tu je. End up, at 2pm i walk to the nearest bus stop and tunggu teksi kat situ. Kelas start at 2.30pm tapi dapat teksi pun dah 2.36 camtu.  Sampai jugaklah walopon lambat kan.

Since i rasa masa balik pun susah dapat teksi, i sms cekpen suh dia pick us up lah. Lambat pun takpe. So i pun masuk giant supermarket tu and beli barang sikit, which in total dekat 5kg jugaklah beratnya. 4.30pm sarah abis kelas, dia main kejap kat indoor playground tu. Bila kawan dia balik dia pun dah sibuk ajak balik jugak. 

Tunggu punya tunggu cekpen memang stuck kat shah alam sbb jalan jem teruk. So by 5.30 tu i pun tunggu kat luar giant kot2 ada teksi. Takde. So i jalan keluar sikit, takde jugak, but alhamdulillah ada sorang kind hearted lady tumpangkan kitorang sampai the nearest petronas. I berterima kasih sangat kat dia sbb turunkan i kat tempat yg more open utk dpt teksi. 

Tunggu lah kat tepi jalan sambil jalan jugak le pelan2 sbb sarah nak balik sangat. Takde pulak teksi hala ke puncak kinrara, manjang hala ke kl or bandar kinrara aje. Last2 sampai kat area mengaji tu, kira dah dekat nak separuh perjalanan lah nak sampai rumah. 

Another 100m or so, i called my maid. Suruh dia bawak trolley and meet us along the way lah kat mana2 yg ketemu kan. Sbb sarah mmg taknak tunggu tepi jalan. Dia nak terkencing pun ye jugak. So jalan jugak, ada 2,3 teksi yg lalu semua ada penumpang.

Sampai kat kawasan kilang about 1km from our house, maid pun sampai (jalan kaki jugaklah ye). Masa ni dah 6.30 behkurang. So i suruh sarah jalan dulu dgn bibik, sbb i need to sit down kat curb tepi tu, take 5. Fenat. Sarah rilek je jalan laju, sihat anak mama, cergas je. Alhamdulillah. Area ni tak scary sangat sbb tengah ada pasar tani, so memang ramai orang jalan kaki sama2.

Lepas bbrp minit i pun jalan le balik sambil kepala duk terpusing2 pandang belakang, kot2 lah ada teksi kosong, bolehlah naik. Tak kiralah dah dekat sangat pun kan. Sekali time i tak pandang, laju je berdesup satu teksi kosong. Sabor2. Pastu pandang2 belakang lagi, nampak bas. Tahan je lah bas tu walopon last bus stop is 200m away je hahaha. Lepas tu bas tu akan buat u turn n keluar balik ke jalan besar.

Bas pun benti amik i, dia tanya nak pergi mana, i cakaplah ujung tu je. Dia cakap tak payah lah bayar tambang hik hik. Tak sampai hati kot, tak sampai 30 saat dah sampai bus stop kan. Sarah n bibik pulak mmg betul2 kat bus stop tu so meloponglah sarah sbb mama turun dari bas.

Kelakar muka sarah masa tu, ternganga mulut dia, surprise sangat. Lepas tu tak puas hati sbb dia pun nak naik kan. hahaha lain kali lah sarah ye. 

Pastu dapat le jalan sama kejap naik bukit ke rumah kitorang tu. I kena tinggal lagi kat belakang sbb derang berdua jalan lajuuu je. Last2 i duduk kejap kat curb (lagi sekali). Pancit. Pastu awish pulak tepon tanya apsal semua orang tak balik2 sbb dah dekat pukul 7 dah, dah nak masuk waktu berbuka.

I bgtau awish kejap lagi sarah dgn bibik sampai le, then tengah2 pujuk2 awish tu, keta hitam benti depan mata. Cekpen dah sampai rupanya. Syukur. Walopon tinggal dlm 2,3 ratus meter je tetap lah bahagia sbb tak payah menapak.

Cekpen frust le sbb sangkut kat jem, then i cakap kat dia memula i akan tunggu je sampai dia tiba tapi ujung2 i jalan jugak kan. I bukan apa, sbb sarah pun dah kecoh sangat nak balik, then usaha lah nak dpt teksi ke kan, but end up tak dapat nak wat camna. I bukan nak sangat jalan, i takut sebenarnya. Safety issues. Manalah selamat sesapa especially pompuan dgn budak kecik kan jalan kaki mcm tu. I pun tak nak le jadi part of the statistik dalam fb, metro, sinar, berita harian n such, dgn title "mangsa.......".

Tapi dah lepas pun kan, kami pun dah selamat sampai rumah. Sempatlah jugak masak sayur bayam, panaskan sambal sotong semua tu. Bibik dah masakkan ayam masak merah. So simple je lah buka semalam. 

The thing is, lepas tu cekpen ada lah luahkah his frustration kat his fb status. His finding on why my car still ding dong kat workshop,  then ujung2 tu on impulse kot dia tanya ada sesapa ada keta lebih ke tak. Masa i terbaca tu adalah few comments........but ada satu komen yg buat i speechless.......bunyi camni " sabar ..bla...bla...sewa keta murah....takde lah menyusahkan orang lain".

Mungkin i baca lain, orang yg komen tu maksudkan lain, i tak tau lah. But yg in red tu, its a bit disturbing if u asked me. In fact cekpen ada cakap kat i a few days ago, dia rasa beli aje motor kapcai utk dia pakai sementara waktu ni. And memang cekpen ada suggest sewa keta semua tu, but masa tu, i takdelah nak sampai sewa keta semua kan. Kalau i tau, benda nak jadi camni, menunggu lama tak dapat teksi semua ni, i dah agree kot sewa keta. Tapi manalah kita tau kan dugaan dan cobaannnn yg kita akan hadapi betul tak. Malas nak cakap 'kalau' ni sbb my frens father pernah kata,  sifat suka ber'kalau' ni mcm kawan syaitan. Ye lah kita takkan tau kan, so seribu kali kita fikir "kalau" it won't change the past.

Anyway, cekpen delete his status tu. I rasalah dia delete sbb i tak jumpa balik pun hehehe. I didn't say a word pun, i just tengok lagi sekali paginya sbb nak tengok cekpen ada reply tak komen kawannya tu. I cuma jumpa a quote yg more soothing to our soul. Case closed lah gamaknya. I pun malas nak tanya2. Hidup diteruskan, whatever that guy maksudkan dgn statement tu. Cuma i terfikir, janganlah kitorang ni menyusahkan orang lain. Teringat pulak masa saat2 genting sarah dulu, ramai agaknye orang yg kami susahkan :(.

Apa pun i teringat cerita2 my mom dulu2. Dia selalu jugak cerita masa dulu hidup susah, walopon dia pregnant dia tetap kena pergi kerja ambik upah kat kebun sayur cina, pergi menoreh, bersawah semua bagai. Dia ke sana sini tu semua jalan kaki, basikal pun takde. Dia kerja sampai lah dia bersalin.  9 orang anak mcm tu lah kehidupan dia. Dah le umur 14 tahun dah kawen, biasalah zaman dulu kan. 

Jadi apa yg i rasa semalam tu tak sampai secubit pun keperitan hidup my mom dulu2. Masa i tengah jalan tu memang le dalam hati merintih apsal takde teksi nak brenti ni. Tapi malam tadi nak tidur i just bersyukur sbb my life is so much better, taklah susah payah mcm my mom dulu. I ada hasben yg bebetul try his best to provide everything, yg mana i takdelah ambik kesempatan. Bersyukur sangat perjalanan semalam tu dilindungi Allah. Tragedy can strike anywhere, anytime but i sampai rumah dgn selamat. Alhamdulillah.

Hmmm.....lepas i dah siap dah draft entry atas ni dekat nak tengahari tadi i tengok fb, cekpen tag i ada status from sapa tah i lupa, but its about a women with her daughter cedera kena slash dgn pisau by a thieft. Benda ni jadi kat Taipan around april this year. So i think i paranoid bertempat, cuma takdelah sampai i tak nak buat apa2 langsung. Apa pun i tak nak push my luck too far. I will be extra careful next time. Definitely taknak cekpen risaukan kitorang.

Filler Makcik Aunty dan Pakcik

Terbaca peejburhan punya entry pasal cobaaannn nye di bulan ramdhon. Terus teringat benda yg sama terkena kat diri sendiri bbrp kali dah. Tapi ye lah i memang le layaklah jugak kot kih kih kih. i is almost 40 orediiii.

Tapi yg bestnya, akhirnya cekpen pun terkena jugak 2,3 bulan lepas rasanya. Masa tu dia tengah 'run' kat putrajaya tak silap. Ada sorang budak dalam form 5 gitu, lari sesama sebelah dia n bg supportlah. Ujung2 dah habis tu dia panggil cekpen 'pakcik' wakakakaka. Sukaaaaa ai tauuu. Akhirnya me n cekpen setarap. i makcik, u pakcik ok. Redho je lah sbb mmg hakikat =B. Pasni couple makcik n pakcik ni tolak stroller NB lagi sekali, bolehlah feeling2 kakak/abang balik kah kah kah.


Thursday, July 25, 2013

Day 15 Ramadhan 1434H


Ni gambar malam tadi. Sarah tengah baca barbie mag sebelah baby. Baby pulak tengah galak menendang menumbuk. Kiri kanan perut kena attack. Cekpen letak tangan nak rasa, dapat lah kejap sebelum sarah suh dia alihkan tangan. Kedekut kakak sorang niiiii.

My car still pending kat workshop tu tak boleh buat apa. Polis tak buat conclusion lagi, lepas tu the sarjan pergi kursus pulak sampai sabtu ni. So duduk saje je lah kat workshop keta tu. Agak upset jugaklah me semalam with all the agent, etiqa n workshop people ni but bila fikir balik, takde apa pun yg i boleh buat. Cekpen try jugak mintak 'kabel' dia tolong but still all depend dgn sarjan tu.

So Sarah is missing 3 kelas mengaji minggu ni n kemungkinan besar minggu depan pun sama. Miss jugak her art class utk hari ini .*amended: sarah pergi jugak art class naik teksi, maybe another entry just for the adventure we have today*  Minggu depan mungkin boleh pergi art class sbb cekpen pergi bangkok 3 hari. So ada keta utk rabu, khamis n jumaat. Takde rezeki lah sarah. 

Kalau by raya pun keta still pending dgn segala birokrasi isu ni, hmmm kita balik naik keta ayah je lah. Tak dapeklah mina nak berkampung kat 3rd row seat tu. Takdelah tengok dvd ke hapa. Kita nyanyi lagu raya je lah.

Pagi semalam distract myself dgn siapkan baju mina tu kan. Lepas tu alter seluar cekpen. Tengahari tu mina dah order kari ayam, sotong kuning, dgn udang goreng. I suruh bibik buat kari ayam tu. Bibik kalau masak kari i boleh telan lagilah. Then dia buat kangkung belacan sekali. Sotong dgn udang tu i tak bg dia buat.

Lepas tu fikir nak buat kuih apa tak tau. Bukak fridge ada seketul lagi keledek yg dah rebus. Ni beli masa gi pasar borong hari ahad tu lah. Selain jantung pisang, cekpen teringin nak makan keledek kuning rebus. So i belilah 3 biji yg kecik2 takut ada yg busuk ke kan. Alhamdulillah le tiga2 tu elok. Tapi dia mampu makan 2 biji je. Eh macam mengidam pulak cekpen kan hahahaha. So tinggal le sebiji tu. 

Teringat pulak resepi kuih keria koboi yg i pernah try dulu. So apa lagi, daripada jadi batu kat fridge lelama, i pun lenyek2, campur tepung dgn gula sikit. Goreng n celup dalam gula halus tu terus le jadi keria instantly. Tapi kalau kurang sikit tepung lagi best kot, ni mcm hilang moist sbb terlebih tepung. Ke memang sbb dah simpan dalam fridge jadi cenggitu?

Mina punya komen "this is so nice mother, i like it, can u make it again next time?" phewwww. I bajet i ngan cekpen je makan keria ni, rupa-rupanya ada jugak anak mama yg nak mencuba. Thank you mina sbb cakap sedap.
Sebab a bit stress pasal keta kan semalam, so nak goreng udang pun gugel kat internet. Saje je biar tak boring. Lepas tengok gambar2 udang goreng tu, last2 i pilih yg goreng celup tepung ni. Hmmm, pastu sanggup lap sekor2 nak keringkan, cucuk2 dgn tooth pick nak bg udang tu straight tak bengkok2. Bila resepi tu kata letak bancuhan tepung dlm fridge 30 minit pun i ikut. Hahahaha. Padahal selalunya i takdelah ikut bolat2 apa tips2 orang tulis dalam masakan derang but i betul2 nak lupakan hal keta tu so sanggup baca n follow every single details.

So semalam punya makanan berbuka, kuih keria, sotong kunyit, udang goreng, kari ayam. Takde dalam gambar kangkung belacan, bubur lambuk, dan agar2 pandan (belum habis lagiiii). Kira meriah le semalam padahal selalunya lauk sejenis je i buat. Tapi tah apa mimpi mina nak ada 3 lauk, layan je lah. Lepas tu sahur pulak awish demand sambal sotong......so sotong lagiiiiii. Buat je lah. But i cuma makan ikan bilis campur bawang n cili kicap dgn telur masin je. hik =P.

The Royal Baby

 Kalau nak baca lebih lanjut dan tengok lagi banyak gambar n bideo leh gi kat sini. Click.

"Peek a boooo" Pinknye kulit diaaaaa...anak orang inggerislah katakan.
  With daddy. Dua2 pun comel. Rambut dah sama dah =B
Sporting betul derang berdua. Make a short appearance for the press sebelum keluar hospital. Yelah kan takkan nak bajet brangelina, semua nak kena bayor, semua nak exclusive. Ni royalty, of cos the rakyat wants to see kan, and by doing this lagiiiii ramai orang suka ye tak. Takdelah nampak sombong ke hapa. Such a lovely young family.

Sweet sangat.


Selamba je tunjuk perut yg belum kempis sepenuhnya tu kan. Tak payah nak cover2 line. Buncit pun gorjes ye tak. Lepas ni sure dia exercise kempiskan perut. Next time punya gambar gaknye dah berkali ganda lagi gorjes dari sekarang. Some ladies lepas beranak bertambah2 serinya.
 Hi baby princy!
Currently
Dulu2. Rasanya P. William lagi kuat aura daddy ye, sbb more casual n friendly je gayanya compare to zaman P. Charles ni. 


Wednesday, July 24, 2013

Day 14 Ramadhan 1434H

Another boring entry. Well nak buat camna, buat masa skarang memang inilah my life...its boring like that compare to other people yg byk aktiviti. But i'm ok with it. Tapi boleh tau lah orang nak baca citer2 best mcm shopping2 ke, jalan2 ke kannn, heheh bila entry camtu laju je traffic masuk. Takpe, its ok, i pun bukanlah berblog sbb nak traffic banyak2, saje je nak keep myself entertain heheh. Dulu2 adalah jugak kenkonon nak bernuffnang beriya-iye, pastu takde dah. Lepas kena virus tu, tukar template semua dah malas nak bubuh ads. 
Pagi tadi baru dapat siapkan baju Mina. Since ada lebihan kain sikit, i buatkan butang bentuk ribbon tu. Korek2 takde span nak buat backing, pastu terjumpa a cutoff of my waist trimmer. Benda tu ada span nipis so i ambik buat backing ribbon ni. Takde transport nak ke kedai mencari span bagai so koreklah apa yg ada. Hidup kena kreatip hehehe. 
Desert berbuka semalam. I dah buat agar2 pandan dgn santan ni sbb teringin nak makan. Mina balik sekolah agama menangis lah pulak sbb dia nak kuih ketayap. So bancuh lah sikit buatkan utk dia 5 ketul. Nasib baik last time punya inti ada banyak i buat n mmg simpan utk case2 mcm ni le. Budak2 ni biasalah kalau nak, dan dan tu jugak kalau boleh, kita kata esok pun tak nak terima.
Buat jugak sambal ikan bawal dgn sayur pak choy ni. Untuk orang yg nak makan nasi. Tapi yg makan nasi cuma sarah n bibik je, so banyak lebih sayur. Malam2 i ratah sayur ni macam tu je, sedap betul, crunchy je batang sayur tu.

Semalam punya main dish is lamb grilled. Ni pinggan i, takde salad hijau2 so mcm bland sikitlah. I cooked using my fake happycall tu jugak. Bagus betul sbb dapat retain the moist tu. Bebudak ni punya pinggan ada nasi sekali. Oklah tak kisahlah nak makan dgn nasik pun boleh jek. Takde sapa nak kata tak boleh, kita kan kat rumah. 

Ni le last black pepper sauce yg i prepare 2,3 bekas simpan dalam freezer. Mina suka sangat sos ni, siap makan dgn nasi camtu je. Tsk...memang le sedap, byk MSG kan. I guna resepi yg ada letak knorr brown sauce powder tu. Tak reti nak buat tanpa the brown sauce powder tu. Gugel pun takde jumpa resepi yg mudah yg i tau mana nak cari ingredient. So ikut ajelah. 

Semalam i tak makan nasi langsung, pagi tadi sahur pun i makan spagetti je, sbb nak menghabiskan sos yg dah ada dlm freezer tu. Kalau tak perabihkan kang banyak pulak benda tinggal time cuti raya. Kalau ada short circuit, takde letrik, wangi le jawabnya bau rumah semerbak dari fridge kan.
I letak agar2 dalam acuan apam beras tu. Punyalah kemaruk kan, 8 ketul i sorang perabihkan malam tadi. Lepas tu potong lagi yg kat loyang sbb cekpen nak makan, i pun makan lagi 2 piece. Pagi tadi masa sahur, semua orang dah sambung tido, i still makan agar2 ni lagi. hehehe.....i rasa baby lah yg kemaruk ...not me...ehemmm.

Day 13 Ramadhan 1434H

Nampaknya terpaksa exercise kaki awal dari plan. Keta still kat workshop so Isnin pagi jalan kaki hantar sarah ke kindy. Masa naik bukit dalam 8 buah rumah teres camtu jaraknya, tercungap-cungap le. Maklumle incline angle pun easily 10 degree kot,mau tak semput. Mengadu lah kat sarah tu mama penat, rilek je dia tanya balik kenapa mother penat, sebab dia tak penat pun. caitttt. Dekat 15 minit jugak one way, so pergi balik 30 minit behkurang. Isnin i yg hantar and ambik, but selasa i hantar and bibik ambik. I pancit le nak jalan pukul 12 tghhari tu. Dah lah start jerebu balik kan. Tekak pun rasa perit je ni, but still bertahan lah, takde batuk. Awish lah dah start demam sekejapan tengahari isnin tu and batuk2 sikit. Suruh budak2 ni pakai mask sbb takut kang tetiba jerebu makin teruk.

Lauk berbuka hari isnin ikan talapia sweet sour semak. Banyak sangat i letak benda2 bawang, carrot semua tu sampai tak nampak rupa paras ikan yg comel tu.
Another half portion of Pepahat. I beli sebungkus sebelum puasa tu ari. Lepas tu biar bibik yg setelkan barang2 basah tu semua utk di simpan dalam freezer. Tup2 dia dah masak kari separuh pepahat ni. Redha n telan je lah. Lagi separuh ni dapatlah i pergi google dulu resepi yg paling hampir dgn yg i pernah makan kat Bagan Lalang. Ikut resepi ni ada bubuh telur sebiji, hampir2 lah rasanya. So i pun trylah. Syeedapppp sangat. Lain sikiiiittt je kot sbb i tak letak perasa or sos tiram. Memang taknak letak, sbb i think still sedap jugak walopon takde 2 benda tu.

Ada sayur tumis pucuk paku takde dlm gambar sbb masak dekat2 sgt dgn waktu berbuka so tak sompek nak snap2. Takde kuih sbb kena habiskan kek. Sarah beli lagi 0.5kg butter cake yg covered with icing.....dia makan satu slice je pastu dah taknak. Kitorang lah yg terkulat2 nak habiskan. Lepas buka hari selasa baru habis. Itu pun cekpen yg tolong makan (almost 3 slice punya size) lepas terawih. Kembang tekak dia hahaha.

Isnin i berjaya siapkan selai lagi baju kurung Sarah. Seminggu jugaklah projek menjahit tertangguh. Hari2 sarah duk ingatkan nak i cecepat buat baju tu. Nak buat camna, last week penuh aktiviti kat spital. Minggu ni baru free. I dah lah cuma suka jahit pepagi je, dah lepas tengahari malas dah sbb bilik ni panas sangat. Macam duduk dalam sauna. Siang2 tak boleh bukak aircond, nanti bil melambung hahaha. Itu je lah cerita hari senin aka puasa hari ke 13.

Tuesday, July 23, 2013

Day 12 Ramadhan 1434H

Akhirnya, bermulalah aktiviti shopping utk raya. Shopping baju bajan bebudak ni je lah. I kan boyot, tak dapatlah menyibuk sama. Plan pergi lepas awish habis tusyen pukul 12.30, bila dia sampai rumah, taknak keluar pulak. Penat katanya nak jalan kaki ke sana sini kat mall tu. Nak tinggal. bibik takde. Last2 tinggallah jugak sensorang. Pesan kat dia kalau ada apa2 telepon kitorang. Kitorang pun pergi mall dekat je, sunway piramid. Tak larat nak redah mall yg lagi besau. Itu pun i asik tertinggal je sbb penat.

Mina dgn sarah heret cekpen gi popular bookshop ni. Masa gi bayar, i tunggu le kat tempat derang display buku2 yg tengah offer. Ternampak le pulak james patterson ni, waaahhhhh nangis lah. Diskaun banyak tu. Beli 2 tak sampai $50. Tapi tak dapat le nak rembat :(, sebab sarah n mina dah pauu 5 bijik buku, tengok ajelah.

Dah beratus kali gi piramid ni pun, asik lah lupa floor mana,wing mana baju bebudak ni. Jumpa kedai kasut payless tu dulu. Hah suruh anak dara 2 orang ni pilih. Tapi dgn syarat, cuma boleh pilih yg ada diskaun tag 50% =B. Lepas tu kalau boleh jenis  sandal2 je, takmau tutup2 sbb selalunye kalau beli yg tutup2 ni manjang berkulat dalam lamari kasut je. Yg sandal tu biasanya derang lenjan cukup2.  Merengek-rengek lah mina nak kasut tutup balerina tu, nasib baiklah saiz dia in between 1 dgn 2, bila 1 sempit 2 pulak longgar hahahah. Kenalah pilih sandal or yg bertali2 je hehehe.

Lepas tu, jumpa FOS, oklah. Not bad ada yg offer bagus jugak. Tapi cuma dapat 2 lai suar h&m saiz sarah, beli 2 terus sbb kalau beli selai jadi 43, 2 lai 69, so ambik le 2 lai. Warna pulak2 kaw kaw kuning dgn electric blue. 2 batu dah boleh nampak muahahaha. Mina tadak saiz. Baju awish pun takde. Dapat jugak baju selai sorang utk mina n sarah kat sini. 

Jalan lagi sampai jumpa cotton on kids...eh camtu ye nama kedai tu? Tak sure hehehe. Sama jugaklah, carik yg offer bagus2 punye. Suh derang pilih. Sekali sarah amik kaler oren terang, nak pakai ngan suar biru tadi, perghhhhhh. Anak mak sorang ni kang muka memang konfem tenggelam lah. Apa-apalah labuuuu. Mina pulak nak amik legging je....tsk tsk. Ada je suar yg baggy sikit, mahal sikit lah dalam 59 camtu but at least besar kan, taknak pulak. Eh lantak le, kalau ayah bagi bolehlah, kalau tak nasiblah. Cekpen pun malas dah kot nak argue ngan mina so beli jelah. Sib baik shirt yg dia amik tu labuh2 sikit so takdelah nampak cekci sgt.

Still tak dapat baju utk awish. So pikir2 gi parkson je lah sbb last year pun dapat saiz awish kat parkson. Sampai depan zara tu ada pulak show jejoget arab. Dancer pakaian decent so bglah derang tengok kejap. I pulak tak larat nak diri lelama so masuk zara kot2 blh duduk sambil cuci mata. Sekali amik ko, ternampak price tag 19.90 je. Whoaaaa...cargas terus kaki ku.

Rasa mcm last sekali masuk survey kat zara ni i macam tobat tengok rega dia. Eh apsal kali ni mcm best je? Dok belek2 tu, derang pun sampai....wahhhhh kemain excited derang tu, memasing wirid "i want to buy, i want to buy, i want to buy". So bglah derang pilih n try. I nak suh amik yg 15.90 n 19.90 tu, dedua taknak sbb takde gambar...sabor je lah. Tapi yg derang pilih still around 35 camtu so acceptable lagilah. Kalau atas 40 kim salam je lah. Lepas tu baju utk awish pun adaaaaa, wahhh best2. Murah2 jugak. Dapat laidback shirt for $29 je, kemeja $35 je, tshirt berkolar dlm $45. Settle semua kat sini. Takyah gi parkson dah.

Ada jugak long pants yg cecantik sesuai utk mina n awish but rega above 50 lah semuanya. So i ckp kat cekpen tak payah lah. Awish seluar yg dia ada mostly ok lagi baru awal tahun rasanya beli. Lagipun dia tak ikut, takut kalau beli kang sangkut kat ponggong n perut gendut tu. 

Dah pukul 4 dah gitu gini so cecepat balik sbb nak masak apa semua kan. Pagi tu cekpen dah hantar i gi pasar borong sbb keta takde nak gi weekdays. So i dah prep barang2 nak masak sebelum keluar. Lagipun dah 3 jam tinggalkan awish kat rumah kan so balik cecepat. 
Pari bakar dgn air asamnye. Awish mintak ni. Masak guna my fake happycall tu, oklah not bad so far pakai walopon tak ori. Jantung pisang dgn sambal belacannye. Ni cekpen terliur masa kat pasar borong tengok jantung pisang berlonggok longgok derang jual.
Sup fishball dgn button mushroom. Mina punye request pulak. Baby kailan ikan masin, i punya request..eh sendiri masak sendiri requestlah kan... Kena masak sbb daun dah start kuning lama sangat dlm fridge. Bihun left over yg mesti kena perabiskan sebelum it turn bad. Buah melaka kat stall2 depan speedmart bawah bukit rumah kitorang ni. Bagus jugak ada 5,6 gerai orang berniaga kat bawah tu, takyah susah2 gi bazar ramadhan kalau setakat nak beli kuih ciput camni.

Setel masak, i pun ambik hasil shopping hari tu ambik gambar. Lepas tu tunjuk kat awish baju dia. Tetiba dia tanya mana kasut n seluar utk dia. Erkkkk......

I masa tu mcm nak cakap tak payah beli baru boleh tak but cekpen beat me. Dia tanya awish " awish nak ke?? Kalau nak nanti lain kali kita pergi beli. Tadi awish tak ikut so tak boleh beli takut tak muat." Which is true also lah kan. Sambil tu cekpen selit2 jugak lah bgtau kasut dia ok lagi tapi kalau awish nak jugak yg baru nanti pergi belilah. 

So dia agree lah utk ikut next weekend. Cekpen tak sampai hati le tu, 2 orang dapat memacam kan, takkan awish tak dapat yg sama. Walopon kitorang tau kalau di pujuk tu awish terima je takde suar or kasut baru tapi tak sanggup lah pulak tengok muka dia sedih nanti kan. Dah pesan ngan bibik tak boleh cuti 2 minggu lepas ni. Sbb taknak bawak sarah n mina, nanti kena paw lagi huahuahua. 

Gitulah cerita hari ke 12 kami.