Thursday, January 31, 2013

Mengaji di Al Farabi Bandar Kinrara


Baru2 ni ternampak banner baru kat tepi rumah ni, ada program mengaji, fardhu ain, daycare etc. Lepas call, decide utk hantar Sarah kat sini  for 2 hours, 3 days a week. Then awish n mina boleh pilih 2 malam yg takde homework between tuesday, wednesday and thursday, plus saturday morning. Reasonable fee and masa yg boleh disesuaikan dgn jadual yg dah sedia pack tu. Alhamdulillah. Harap lebih ramai student register kat Al Farabi ni so that i can keep sending the kids here. Taknaklah tutup half way je bila tak cukup no of participant kan huhu, sbb agak mencabar nak cari tempat hantar anak mengaji kat area yg komunitinya ramai chinese nih.
 Ustad tengah betulkan kaki sarah dan kainnya yg tersingkap, huhuhu shame shame sarah =B.
Yuran pendaftaran RM50 utk setahun. Yuran bulanan RM60. Sarah dah 2 hari start, so far so good. Untuk kelas Sarah, Ustaz tak guna kaedah Iqra, guna muqaddam. Awish dgn Mina kelas akan start next week sbb at the moment semua student masih on one to one basis. We'll see macam mana nanti, samada awish boleh terus sambung kat mana dia stop or ustaz nak evaluate dulu basic tajwid balik semula. Mina pun macam tu sbb dia dah Iqra 5 skrg. Hopefully they're making more progress kat sini compare to kat rumah and kafa.


Wednesday, January 30, 2013

Belly dance and so on

Hari rabu pagi ada belly dance tapi start awal gila, 7.45. Gedebak gedebuk lepas hantar sarah semua pukul 8 baru sampai gym. Amik towel letak beg semua gi tengok derang dah start dah pun. Since ni first time nak join kelas kan tak tau le plak kena ada shawl, so pakai je towel buat ganti shawl. Ada lagi 2 orang pun camtu hehe so takdelah segan bonar. Instructor tu chinese, pastu yg lain pun semua chinese so mmg cakap cina je lah satu hape pun tak paham. Dah le masuk lambat kan, terpinga-pinga plak tu so sangap sikitlah, tapi teruskan jelah walopon terasa gak mcm nak cha alif, tapi dah 2 hari buat benda sama so terasa lah nak try something else kan. Ada hari yg ada pilates, cardio dance lah apa tah lagi, tak ingat.

Selepas try a few rutin belly dance for sometime, punyelah keras badan ni hah, mcm kayu. Pastu manjang salah step, bak kata orang putih tu, ada 2 left feet hah. Adoyai....ni kalau ada kenkawn sekali mmg konfem bantai gelak. Bila tiba rutin balut shawl tu kat kepala and tinggalkan area mata ala arab tu, habih ku balut kepala sampai tak nampak apa2 terus. Nasiblah lone ranger je kat sini, kalu terasa lawak pun just sengih2 sendiri le. Takde orang luar nampak takpe. Oklah kan buat variety, tukar angin hehe walopon hancus.


Pukul 9 abih belly dance, gi naik lari kat treadmill tuh. Since dah hari ke3, gagah jugaklah nak keep on running. Kalau tak campur dgn 60% walking. Dapatlah buat 3km in 27min speed 6-6.5 (4 minit yg awal tu jalan je). Kalori 170++ camtu, pastu tak reti nak check incline ke heart rate ke hahaha sangap sungguh. Ambik gambar sambil lari kan eloklah goyang. Pastu sambung lagi 5 minit jalan kat situ utk cool down. Bila turun still terhoyong hayang cam orang mabuk. Sampai bila ek baru boleh get used? 

Lepas 5 minit break, sambung kayuh basikal yg sambil bersandar ni, apa nama eh? Set manual dgn 4W, ringan jek hahaha, kalau set lebih2 kang tak daya plak nak kayuh huhu. 4W tu hapa pun aku tak tau lagi hua hua hua, yg ku tau jadik berat kayuhan. Buat 2km je, dah pancit....tak larat nak kayuh lagi.
Lepas tu buat abdominal crunches ni. betul kan? Sebelum tu ada orang pakai mesin atas ni, so gi lah buat kat bench yg menonggeng tu. Mcm nak tercirit buat 15 kali...perghhh.....lambat lagi lah nak slim perut gue. Sbb tak larat so gi lah memain kat mesin kepit n kangkang peha (pardon my terms, tak kenal lagi weh)  sambil2 usha mesin crunches tu. Lepas 5 minit camtu, akhirnya dapat jugak duduk mesin atas ni. Memula set kat no 1, then buat 10 kali, then no 2 -20 kali, pastu no 3 -20 kali. Yg no3 tu mmg sampai gigil2 tak larat hahaha, takut terkepit tak lepas je sbb masa cekpen tunjuk tu ari terkepit sekejap. Kali ni berani try kat no3 tu sbb 2 hari sebelum ni dah buat sampai no 2, rasa ok je, tu yg increase ke no3 tu. Rasakan.

Bila tengok badan dari belakang dah roper makcik2 sgt skrg ni, tu yg semangat tu. 

Getting Gorgeous

Bulan doblas aritu bila cekpen tanya nak masuk gym ke, i tanya dia balik, boleh ke bayar utk 2 orang sbb dia pun still nak menten gym membership dia kan. So kira2 punya kira2, takpelah tunggu dulu, cekpen sorang je gi, renew je dia punye current membership tu. Masa tu i pikir, lama lagilah jawabnya sbb the next possible option is bila kitorang pindah ke shah alam, which is laaaammaaaaaaaaaa sgt lg. huhuhu.
Tup tup, baru ni, cekpen dpt additional fringe benefit, ada elaun utk clubhouse bla bla bla. Wahhhhh suker ler kitewwwwww sbb leh tumpang dua kaki utk gi gym hik hi. Since dia leh claim dia punye fee, mine was covered lah as per current monthly expenses. Alhamdulillah. Bolehlah sama2 fit hehehe.
Since before this i jog outdoor je, i belasah pakai suar flannel je(suar tido ala2 hello kitty tu ye bukan tracksuit), so cariklah suar yg semengah utk dipakai ke gym. Tshirt boleh belasah pakai cekpen punye yg dpt masa dia race2 tu, jimat sikit ;). hmmmm so excited hehehe. Poyo kan =P. Gi gym pun kecoh hahaha.

Tuesday, January 29, 2013

Best Street Food SS15

Melepas gian nak makan rojak n cendol ss15 subang jaya. Sapa tau? Dah lama dah kepingin, tapi malas sgt nak pergi ke situ. So smlm takde apa nak buat belah petang, bawaklah bebudak ni gi makan rojak ni. But derang tak suka rojak, derang makan nasi lemak bungkus tu je.

Kalau berdua je, kitorang makan tepi2 jalan tu je. Lagi feel dgn bau2 asap longkang dan sebagainya hahaha. Tapi sbb bebudak ada, kitorang makan lam keta. Alhamdulillah dapat melepas gian. Tah mandrem apa gak eh buat kitorang teringat-ingat. Teringat je lah tapi takdelah selalu pergi pun, 2,3 tahun sekali je hehehe.

Rumah baru Tuck

Finally, we bought a bigger place for Tuck to roam around. Imagine sebelum ni dia dok terkial-kial pusing dalam bekas kecik bentuk buah pinggang tu hah. Dulu oklah sbb dia pun kecik, tapi skrg dah besar memekak le dia kat dlm tu mintak keluor. Sekarang dah senyap dah, takde bunyi cakar2, kuis2, kocak2. Ni sangkar kucing sebenornya tapi tak kisahlah kan asalkan luas utk tuck jalan2 dlm ni dan takdelah terlepas keluar.
Tak sampai berapa jam dah boleh panjat tingkat atas tu. Hah lepas tu memula tak reti turun, terus menggelungsur ke bawah. Pastu lelama dah pandai dah kaki tu menahan utk turun pelan2 hehe, sakit kot tergelungsur terhempas kat bwh. Duduk le sini dulu elok2, nanti kalau ada rezeki kita buat kolam pulak.

Sunday, January 27, 2013

Mati itu Pasti

Tengahari tadi cekpen dapat berita mengejut. Ex-classmate masa kat mechi um passed away secara mengejut. Arwah Abg Mizul sedang bercuti bersama isteri dan anak2 apabila beliau mendapat serangan lelah. Sungguh ajal itu memang kita tak tau bila datangnya.

Last sekali jumpa masa beliau sekeluarga datang ke open house rumah kami, dekat 8-9 tahun lalu. Sedih pulak rasanya sbb bila beliau dah takde baru tau rumah kami dekat je sebenarnya. Al-Fatihah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.

Bila terpandang wajah isteri beliau, terlintas di kepala, 
"it could be me in this situation".  
"it could be my kids who is left behind"

:(

Friday, January 25, 2013

Fantasy

Be warn. This entry might not make any sense to all of you. Only those who have passionate interest in manga/ anime can read further. Do not judge me just because.

Sesshōmaru (殺生丸, Sesshomaru, "Killing Perfection") is a powerful dog daiyōkai and feared throughout the feudal world as the ruler of the western lands. He was the half-brother of the half-demon Inuyasha and the successor to the Inu no Taishō, their father. Unlike many other demons, he had no interest in possessing even one shard of the Shikon no Tama to enhance his powers. On his journey, he was accompanied by a two-headed dragon named A–Un, a demon imp named Jaken, and an orphaned human girl named Rin.

Source wikipedia

Lord Sesshomaru :  I must travel the path of conquest... power is necessary in order to walk that path.
Lord Sesshomaru in full humanoid form.
Lord Sesshomaru in his demonic form.
When he's about to kill........the demonic power crackle, red eyes, elongated fang....
Moment of peace with Rin and Jaken.


If you are not above 18 please do not scroll down.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

What the heck.....he's just a manga character hehehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dubbed as male-demon perfect specimen by his fan.......kof kof me included kof kof .....*droolllllllll*

Anyway he was not the hero in the Inuyasha manga/ anime. He's more like the side character. Most fan believed his character can be develop further but unfortunately Rumiko Takahashi did not share the same interest =B. He's wayyyyyy better than his half brother, Inuyasha, in character (ok ok i'm biased =P)

Last year Cekpen meet up with a japanese top guy who is in charge in consulting Astro on which anime can be shown in animax channel. He even proposed to the guy to select Inuyasha. I was smiling and thinking "awwww such a sportlah my hubby" . But at the same time "entah2 dah ada dah sbb bukannya kita subscribe pun animax " hehehe.

I've finished reading the online manga copy, watch available anime series from you-tube, and 4 movies released sometime ago.

Hmmmmm now i'm considering "Bleach". Been postponing for quite sometimes (months), cos once i'm hooked there's no turning back. It's very addictive that i feel ashamed sometime as I'm a mother of three!!! Sigh...*geleng kepala*







Thursday, January 24, 2013

Selera

Kalau ada yg atas ni, ke laut lah jawabnya diet nasi kami berdua. Mesti terlebih kuota satu senduk nasi per meal.Sekarang mesti ada 3,4 jenis ulam every week. Slurppppp....menitik2 air liur.

Ni tomyam putih. Budak2 ni berebut-rebut. Tak payah la letak isi banyak2 sgt sebab yg dikejar kuah sahaja.
Oh yg ni baru first time berjaya buat yg hasilnya ada lah nampak macam namanya "butter prawn". Pernah buat sebelum2 ni mmg takde rupa langsung. Tapi tak dapek nak buat selalu walopon dah berjaya....udang besar mahellll.
Ni breakfast......mee hailam bibik buat tapi i modified tambah telur. Then burger segera yg cincai2 je sbb sendiri makan....rupa tak menyelerakan langsung hehehe.

Wednesday, January 23, 2013

Flaming Steamboat

Tak ingat bila pergi makan steamboat ni. 2,3 minggu lepas kot. Harga murah sbb buffet 2 adult + 3 kids baru 80 kot behkurang. Not bad lah rasa semua2 food dia except tomyam sup yg kureng. 



Kedai ni dekat dengan Sunway Piramid. So kira dekat le dgn rumah kitorang. Lepas ni kalau Mina tekak nak makan stimbot takyah lah gi sampai pulau ketam (ikano), sini je senang sbb dekat. Kalau bandingkan, suka lagi yg kat pulau ketam ikano tu hehehe, sana pilihan mcm lain sikit. Tapi budak2 ni bayar mahal ke murah ke yg derang terkam fishball je so, tak kisah le kat sini pun ok utk memenuhi citarasa derang.

Tuesday, January 22, 2013

Peplum Hype

Bila lah nak insaf tsk! tsk! tsk!

Dah lama kan peplum hype ni ...dah nak basi dah kot. Dok usha yg ada kat online, but mostly rega 40++.  Kat kedai2 mall lagi up up and away. Kat kedai luar Giant supermarket pun dalam 55 - 79 hengget. Hasil kajiselidik (usha kat porum hak hak), actually boleh dapat as low as $15 to $35 kat few places, namely Kenanga Wholesake Center, GM, dan pasar malam. Malangnya kat pasar malam sini takde nampak pun. KWC n GM tu tah bila2 pulak nak redah kan. So hasrat terpendam lamaaaa le. 

Ingatkan memang takde harapan le nak merasa pakai peplum ni, tapi kalau dah jodoh kan tak ke mana. Last saturday masa gi cari pasal kat ikano curve sana nun sbb nak karokei katanya, ternampak le plak peplum munger2 ni kat kedai kat ikano nama Love It, rega 26. Pastu ada cart kat bridge ke the curve pun ada jual (exactly sama) 59. Haaa kannnn sikit punya dekat tapi rega beza berganda. So on d way balik tu singgahle beli yg munger2 tu. Bolehlah matching ngan suar ijo ituuuu.

Pastu tadi gi antor baju nak alter kat puchong perdana kompleks (orang puchong panggil kompek ijau tapi dah tak ijau dah skrg). Pastu....jeng jeng jeng.....ada peplum dah kat siniiii. Sebenornya nak round belikan tudung mina, tapi dah ternampak baju  ni murah kan apa lg beli le kan. Ni 35 je kat sini, padahal kat Giant ada yg jual sampai 69 huhu, online 55 kot tak silap, same material same design tau. 

Tapi kan..........kena exercise kecikkan perut dulu sbb agak vuroks side view bila pakai dgn perut muncit. Sementara tunggu exersize perut kempis lambat kan, bolehlah sarungkan waist nipper dulu buat masa ni hak hak. Beauty is pain gitewwww. Lantak.


Follow Up

Semalam follow up Sarah kat SDMC. Lepas ambik darah terus pergi breakfast kat mamak Taj. Actually nak makan kat restoren Bawang, tapi Sarah taknak kat situ, Terpaksalah mama mengalah. Roti canai lagi padahal kat rumah pun roti canai jugak...versi instant.
 Dah makan 2 keping roti canai tak kenyang le pulak, so tambah telur tiga suku dua bijik. Sedappp.
Kali ni prof lambat ya ampun. Pukul 12.30 kot baru dia masuk klinik. Ramai patient kat wad n daycare kot. Nasiblah ada menda alah ni, boleh buat sarah leka buang masa berjam-jam.

Semalam prof buat renal n liver test. So far semua ok. Mana2 reading yg tinggi, prof cakap still normal cos she's still growing up. Then AFP reading is 1.7. Alhamdullillah. Follow up pun prof dah set every 2 month. Legalah sikit. Prof kata now dah complete 2 years, Sarah chances of free from relapse is 90%. So we will wait another 3 years to make it 100% kata prof. InsyaAllah.


Bujang ni pulak awal bulan ari tu follow up telinga dia. Masa december tu ada bleeding banyak kat telinga kanan (still ada t grommet). Bawak dia jumpa GP je. So masa follow up ngan ENT awal bulan ni, nampaklah darah beku banyak. Sampai sekarang still ada lagi walaupun dah letak eardrop. Agak bahaya jugaklah sbb kadang tu tak sure sbb apa bleeding. Sama ada dia korek2 sendiri or maybe sbb dok berendam sana sini. Dah le tinge kiri dah out, tinggal kanan je. hopefully nothing serious. Ameennnn.

Friday, January 18, 2013

Cuti Sekolah di LegoLand

**tarik nafas dalam-dalam**
**lepassss**

Finally siap upload gambar. Ni kuatkan semangat utk ingatan di hari tua (kalau blog tak katup lagi) dan jugak sebab dah janji kat ko ye pn norita. Ni utk santapan mata ko in case ko nak pegi lepas ni =D. Hari hol pun ko nak keje ye, takmo ikut kitorang, kalau tak kita boleh sentap sama-sama kat dalam ni mengenangkan poket yg kosong hahaha.

Anyway, trip ni on 20 December 2012, dah basi dah heheh. Dah on the way baru tau hari tu cuti kat johor sebab hari hol. Punyalah plan tak nak clash dgn cuti2 orang lain, terkena jugak. Teruskan je lah. Merasalah bergelandangan depan entrance sementara cekpen beli tiket. Lama. Sangat. Beratur. 

Beratur beriya kat depan entrance sementara cekpen beli tiket. Dah habis orang masuk, tiket tak sampai lagi huhuhu. Pulak tak baca fine print kat vocer2 tu kan, so agak tersentap sikit di situ. Takpe teruskan. Niat nak bg anak2 happy kan, mak bapaknye happinnes kena discounted sikit.


First thing, naik train Legoland Express ni. Dah nama legoland, sah2 segala2 benda dibina with that concept lah kan, so macam kita shrink sbb semuanya exactly macam lego tapi besar. Sambil tengok apa yg ada sepanjang ride tu, kita usha tempat2 yg que tak panjang, yg orang dah kerumun elakkan sbb taknak buang masa beratur. Kita bukan tau nak datang lagi ke tak, jadi harus ada strategi utk cover semua sampai waktu operasi tamat pukul 8 malam. 













Ada banyak replika bangunan2 penting ataupun significant kat dalam tu. Paling suka tengok Black Pearl Captain Jack Sparrow di situ. Cuma kenapa takde lego muka captain? Haih. Gigih suruh budak2 ni identify each building. Tapi memasing laju je bergerak sbb takat tengok2 ni kurang adventurous kan. Tak sesabar nak gi tempat2 lain. Ikutlah.


Next pergi kat Land of Adventure ni. Naik Beetle Bounce. Tak tinggi mana pun so sesuai utk budak2 yg baya sarah jugak. Gelak sampai sakit perut sbb awish sangat kelakar masa ni. Muka dia ketat sangat excited campur takut. Bravo awish sbb mama tau betapa seksanya utk awish sampai tahap ni. Lepas ni harap lebih berani ye. Mina ok, ada lah nampak takut sikit. Sarah was simply enjoying the adrenaline sikit pun takde takut. Apa sangat ye sarah. Your past experience exceed all kan.

Hmmm.......camtulah. Harap maklum. Makan ala fastfood je tapi harga tak berapa nak sama.


Yang ni tak ingat apa nama dia, but kitorang tak naik. Nasiblah kazen derang ni merayu2 but sarah tak lepas kan so semua tak boleh naik huhu.

Atas ni Pizza mania, tempat makan. Ada surau jugak so senang nak solat. Opposite ni ada playground and train lagi. 


Playground ni ada roof and  sedang elok masa kat sini hujan lebat. Tersadai tapi budak2 bebas main dan dapat makan jugak. Puas lah nak train kecik tu ber-round2. Sarah tak puas hati sbb tak dapat nak duduk kat coach yg paling depan sekali. Nak buat camna, abang awish tu pun first time jugak so langsung taknak mengalah. So kita hadaplah muncung ye sarah.

Lepas tu masuk kat Lego 4D Studio. Best jugak le kan. Budak2 ni suka sangat nak repeat lagi tapi takde can le. Harap maklum dalam ni mmg siap basah2 kena sembur air, pastu me pakai suar merah yg kaler turun, haaa bagus side effect sangat kan. Terpaksa le angkat baju n bag jauh2 dari seluar. Bila gi toilet tengok peha kiri kanan kaler merah...hambik.
Ni kes merajuk. Pujuk dgn eskrim magnum rega rm7. Pitam!
Tu tempat makan Knight's Feast dgn The dragon roller coaster. Roller coaster tu tak naik sbb sarah tak cukup tinggi. Lunch kat knights's feast tu. 



Yang atas ni Dragon's Apprentice. Roller coaster jugak , smaller version. So sarah boleh naik. Takde gambor masa tgh naik sbb takdan nak pegang kamera takut tercampak. Tapi sempatlah toleh tengok muka sarah yg excited happy macam nak terbelah dua muka, awish dan mina yg pucat sikit. Limah ok2.

Another set off playground. Sementara derang main, sempatlah cekpen lunch kat tepi ni sbb masa kitorang lunch dia kena tolong beratur kat dragon apprentice.

Ni Royal joust. Kedek-kedek kuda nih. Selowwww jek.
Masa ni sarah dah hangus balik. Tak sempat pulih dari tambunnye sun burnt.
Merlin challenge. Ni track bulat berbukit. Kat mana2 theme park pun ada. Tetap naik lah kan sbb dah bayar tiket mahal huhuhu.
Ni dekat section Imagination. Masa ni Awish merajuk sbb dia berebut dgn sarah nak naik tiang merah. Dahlah jenuh sebelum tu pujuk dia naik dia tak nak. Bila dah nak, berebut pulak. So bg kat sarah. Lepas tu mina and awish gi tiang kuning, sarah pun nak gi tiang kuning. Haih......mama jugak yg kena marah dgn awish sbb tadi menangkan sarah ambik tiang merah dari dia. sabor2x. Ni tangan kena kuat la jugak sbb lepas naik tu kalau nak stay kat atas kita kena pull tali tu. Sarah sikit pun tak gayat, lagi tinggi dia mintak. Mama pulak gayat dah, rasa macam nak terjunam je.




Kat sini boleh bebas main lego. Penuh lah dgn budak2 dan tak cukup block nak main. Wheel pulak tak available sbb semua budak2 dah ambik. Dapat tengok je lah derang main race keta. 



Naik pulak observation tower. Mula2 dah jenuh beratur rosak pulak tower ni. Kena tukar wheel lah testing lah. So tinggalkan gi kat tempat2 lain pulak. Dah petang pegi sini balik, que punyalah panjang. Dekat sejam kot. Malas dah sbb memasing dah naik yg kat melaka tu kan, but tau lah budak2 kan, tetap lah nak naik. 


View dari observation tower tadi.


Ni dah patah balik utk cover tempat2 yg pagi tadi tak masuk. Okaylah jugak Lost Kingdom Adventure ni. Naik ride yg ada pistol, then bolehlah tembak2 target dalam tu. Adalah dapat point. Walopon boleh tahan berjanggut jugaklah beratur but at least its fun.

Ni pun ada kat mana2 theme park. Mainan pusing2 turun naik.



Yang ni pun jenuh beratur. Tapi budak2 je yg boleh beratur, mak pak sila tunggu jauh2. Bukan main suka lagi dapat naik keta pusing2. Dah lepas tu, di umpan pulak utk buat driving license siap ada gambor. Mak pak tak dapat nak escape kenalah  bayor lesen pelestik 25hengget seketul.

Budak yg kurang 5 tahun naik kat trek lain dan takde lesen2 bagai. Fuhhhh. Yg bertiga tu kena sorok lesen memasing, kalau tak ada sorang budak jeles, x koser mama ayah nak layan. Dah nak maghrib, dah penat, melekit semua...haih.
Ni project X kot namanya. Jenis roller coaster le jugak. So tarik derang jauh2 sbb sarah sure tak lepas.
Yg atas ni technic twister, ala spinning cup. Tak sangka sarah sangkut, so sian lah dia sbb yg 3 orang tu lepas, dia tak lepas. So mari merajuk duduk kat tepi jauh jauh.


 Ada lagi 2 yg sarah tak boleh main kat area lego technic ni. So semua pun takleh. Lepas tu ada air pancut2 ni hah, apa lagi budak2 terus le kan main air sampai basah kuyup. Sarah tak join sbb still sulking over twister yg dia tak dapat naik tu.
 Dah main basah2, ada tempat utk keringkan badan. Kena bayor 5 hengget kat mesin ni utk 5 ke 10 minit camtu tak ingat dah.

 Tak naik.
 Tak naik/main.
 Malam siap ada lampu2 jugak so nampak cantik lah pemandangan kat taman miniland ni.
 Mood cekpen yg bertambah baik selepas mengecek acc balance kat bank dah top up hua hua hua. Rezeki koranglah. Kalo tak mmg takdelah nak beli apa2. Ni pun buat syarat je beli yg paling murah sbb kalau nak lego yg besar2 adalah di luar kemampuan. Lenkali je kita beli kat metrojaya sales lagi jimat. Satus hengget boleh dapat starscream besar, kat sini tak dapeklah.
Anak2 happy, mak pak pun happy. Nak pegi lagi ke lain kali???? Entah. All in all puas hati lah jugak dgn apa yg ada dalam ni. Cuma rasa its a bit pricey for what they offer which is common mcm yg ada kat tempat lain.