Sambungan cerita cuti2 sekolah. Sampai Penang around 11.30 kot, terus ke Queensbay mall. Cekpen nak collect race kit dia for the Penang Bridge half marathon. Budak2 memasing dah lapor, so makan je kat situ. Gi kat foodcourt je sebab sarah nak nasi ngan fish curry. Respek lah makanan food court ni sedap. Kalau Sarah boleh habiskan sepinggan nasi penuh dgn sekor ikan kari, mmg sah le sedap. Awish n Mina makan hot plate sizzling mee with some drama fr awish. Mama makan asam laksa yg cair sgt, tp rupa je buruk, rasa sangat le sedapnya.
Kali ni booking Gurney hotel lagi. Malangnya, service tetaplah hampas mcm masa first time dulu. Sampai pukul 2.15 camtu. dapat kunci pukul 5. Panas tak??? Pukul 2.45 camtu dah tak tahan dah sbb susah nak kawal budak2 ni yg boring menunggu kat lobi. So tinggalkan cekpen kat lobi, kitorang berempat gi mandi manda terus kat swimming pool. Bagusnye hotel ni facility dia mmg menepati citarasa, bilik luas dgn 2 king bed n bath tub cukup. Kids pool with slide dan byk game2 kat tepi pool tu, volleyball, basketball, dam haji, ping pong, futsal, snooker, dart semua ada. Gym pun kat tepi tu. Tapi lenkali mmg taknak dah duduk sini, horror lah menunggu berjam-jam nak check in. Takkan lah nasib tak baik kan kalau 2 kali terkena. Mmg konfem servis tak bagus. Siap suruh tunggu lagi sbb nak repair jacuzzi rosak katanya, peh. Tak payah lah ....tak pakai pun jacuzzi bagai tu, bebudak ni nak tido kat pool kalau boleh.
Lagi satu, ada pasir siap2 kat pool, so takyah susah2 gi pantai. Nak buat sand castle kat sini je pun boleh. Tak penuh pun pool. Aman.Berendam, menyelam, sliding, sampai pukul 6 petang. Pagi sambung lagi sampai pukul 11. Dah hangus dah memasing. Nampak gigi ngan bijik mata je dah.
Oiiii.. control macho nampak.
Jalan kaki gi makan kat mamak tepi jalan pantai tu. Tapi mama tak makan kat situ sbb tak selera. Ada bau. Budak2 ni pun tak habis makan sbb ayam goreng tu tak cukup masak. First time makan tak habis sepanjang 3 hari makan luar ni. Selalu licin.Menunggu ayam tandoori dan roti nan utk mama tapau bawak balik hotel. Ni restoren Kapitan kat belakang hotel. Sedap. Alhamdullillah. Kalau tak mmg makan maggie je jawabnye.
Sarah memula wat perangai sbb takde nasi n gulai ikan. Breakfast hotel nak oiii. Tu yg mama muncung je tu sbb penat layan kerenah budak ni. Nasib baik lepas mama dah satu round dia nak tengok apa yg ada dan agree utk makan nasi goreng.
Masa utk pulang ke pangkal jalan. Habis dah cuti2 kali ni. Kena tunggu end disember nanti utk short travel bercuti2 lagi. Sementara tu layanlah derang ni kat rumah sepanjang masa, kena byk sabar ni.