Monday, October 31, 2011

Menu makan besar

Darwish hulur nota, bgtau apa makanan yg dia kena bawak utk jamuan kelas. Dia kata ni yg dia kena bawak bukan pilih 1, 2 jenis je. Cuba korang tengok ...

Copy cat


Kiri sekali, seluar palazo/ wide leg jahit sendiri....first time buat pakai zip. Material viscose.
Kanan, seluar yg dibeli siap dan di tiru utk buat yg kiri tu. Cotton.
Sukerrr! Sbb sekarang mmg suka pakai seluar besar2 ni..selesa sangat.
Nak buat lagi tapi masalahnya, adalah susah nak dapat cotton yg soft, flowy mowy ni.
Ni snapshot dr poplook web. Pattern ni pun nice, material nampak keras sikit but still nice...hmm can be considered to custom made sendiri punya.

Friday, October 28, 2011

Demam

Sarah demam! Start pukul 2-3 pagi td badan panas. Ingatkan sebab berhimpit 4 orang sekatil. Dekat pukul 5 dia mintak susu so ajak dia tidur kat bilik sendiri. Lepas bbrp minit perasan semua panas, check temp dah 38.7degC. Dilema. Maybe gi panel klinik dulu lepas ni. Tak berani nak bg ubat sebarangan.

Monday, October 24, 2011

Pembeli juga akan di dakwa

=P

Kuiz

Lately ada banyak pulak kuiz kat kelas darwish. Eh tak sure kelas dia je or dgn kelas lain. Hari ni kuiz muzik dia dpt hadiah pensel box n buku nota kecik. Pensel box dgn isi yg very girly dia bg Mina. Baik hati jugak rupanya padahal hari2 gaduh berdua.

Before this ada dpt hadiah untuk spelling. Oklah tu darwish, mama suka je awish join/ cikgu paksa join kuiz2 ni. Biar berani n konfiden sikit. At least mama tau suara awish orang lain boleh dengar sbb kalau kat rumah mulut tu mcm ada emas. Tang jerit2 tu laju je kan, tapi kalau nak mintak sesuatu tu suara 10dB pun tak lepas. Bercakap mulut tak bukak dgn merengek semua cukup, naik pekak n hangin mama ayah ni tau.

Tadi darwish dah dpt markah ujian agama n math. Alhamdullillah. Hasil penat lelah dan lebam2 yg berbaloi. Laju je nak tunjuk kat mama. Mama tak sabar tunggu result BM je ni. Hopefully ada improvement. Ameeennn.

Kuih lapis mama vs kuih lapis hospital Sunway

Padahalkan kat rumah pun ada kuih lapis tapi nak jugak kuih lapis spital. Mentang2 kuih lapis mama tak cukup meriah dan nipis jek.

Sunday, October 23, 2011

Sabtu-Dr Koay@Symc

Pagi sabtu, pukul 8.15 dah gerak ke hospital Sunway. Awish taknak breakfast kat rumah langsung. Beriya nak breakfast kat spital -_-". Fine.

Dr ckp telinga kanan still ok, walopon nipis tp takde air. Telinga kiri nipis dan ada air. Dr nak monitor lg. Takpe.

Untuk hidung n mulut mmg infection so dpt antibiotik, nasal spray, orrepaste n ubat selsema.

Aku lupa nak tanya benda belakang telinga dia, boleh? Tsk -_-".

Setel dgn Dr Koay, bwk gi kafe n orderkan bihun goreng ngan teh o. Pastu suh dia makan sementara aku gi cari Dr Wong Yat May. Mau tanya IUD aku expired ke belum sbb aku dah lupa. Sementara tunggu folder sampai, aku gi tengok awish. Eh mintak kuih lapis rainbow kaler pulak. Sentap ok! Nnt aku citer apsal aku sentap. Tunggu dia abih makan pastu terus bg ubat tu semua.

Then gi balik kat klinik Dr Wong. Tengok rekod mmg dah expired since bulan 2. Adeh....takpe..nnt buat apmt le. Tapi ngeri lah....isk...takuttttt. Arrghhh mencik.

Jangkitan kuman

Ok ni cerita sebelum darwish merdeka. Hari isnin awish start ujian dan jugak start selsema. Ada bintik merah yg dlm berair tu kat batang hidung n area depan lubang hidung.

So aku sapu krim Foban. 2 hari sapu nampak dah hilang dan pulih kulit tu. Tetiba rabu balik sekolah dgn baju yg mcm lepas bergolek kat tanah, mulut senget pastu calar kat pipi. Katanya bergaduh tp tang mulut tu bengkak sebab dia kopek kulit kering kat bibir.
Aku tak bubuh apa2 sampai la malam masa buat revision aku sapu minyak gamat.

Esoknya nampak dah kering. Sekali mlm keluar pulak mcm dlm gambar bawah ni. Hmmm since sabtu ada apmt dgn Dr Koay so tunggulah sehari lg.

Sambil belek2 cuci telinga dia, nampak ada benda pelik kat belakang telinga tu. Kiri kanan ada. Ok takpe...tunggu sabtu le jugak.

Citer sabtu in next entry. Update pakai tepon ni takleh buat caption kat gambar. Terpaksalah entry lelain.

Friday, October 21, 2011

Bunga mandi

Semalam try petua cuci bunga plastik dengan air yg bercampur cuka. Hasilnya?

Oklah.... Hilang sikit kepam habuk tu but takdelah nampak bersih macam bunga baru.

Disebabkan tak rajin nak basuh selalu maka bunga kat rumah memang sikit je. Tak suka nak belek setiap kelopak n vacum selalu. Habuk senang sangat berkepuk tu yg tak suka tu.

Thursday, October 20, 2011

Jaga sel dorman

Alhamdullillah. Sarah dapat jumpa Hj Lokman on 18.10 selepas mama ter-miss apmt 6.10. Lagi best no giliran 101 iaitu first patient. Walaupun dah bwk nasi, ikan, kokocrunch, honeystar, mcd breakfast semua cukup, tapi dpt balik awal mmg bahagia.

Hj bgtau skrg cuma perlu amalkan ayat shifa yg disarankan, jaga pemakanan sarah, make her happy n jgn buat sarah stress for the next............5 years.
5 tahun lg maknanya Sarah dah masuk darjah 2. Kalau ikut stail darwish boleh tahan stress hidup dia. Fuhhh...hopefully kita semua stress free lah ye. Nnt pikir.

So skrg cuma perlu jumpa Hj 3 bulan sekali. Next apmt 12/1/2012. Harap tak miss lg.

Since balik awal, kita pun singgah hospital mak tam, al-islam kat kg baru, melawat atuk. Atuk nampak dah surut sikit bengkak kat kaki dia. At 80+++, n byk jugakle penyakit yg perlu dikawal, maka atuk pun rasanya perlu happy selalu. So kita doakan sarah n atuk sihat n happy selalu ok.

Wednesday, October 19, 2011

Jiran

Semalam anak jiran sebelah bgtau mak dia tak sihat. Ingatkan itu je tapi rupanya dia bgtau yg mak dia dah terover runsing, dan terlebih fikir pasal kitorang yg menyebabkan kematian laki dia.

Nenek tuduh kami campak something berasap kat pintu rumah dia. Aku saspek raya baru ni budak2 ni main pop pop ada yg terlepas kot.

So skrg nenek benci kami sekeluarga. Patutlah skrg bila siang ada je anak perempuan dia. Terpaksa benti keje jaga mak dia. Rasanya derang risau takut nenek serang kami.

Anak perempuan nenek siap salam mintak maaf siap2 n bg no hp dia n sorang lg famili dia. Just in case.

Aku pulak bgtau maid n tak bg budak2 ni main depan umah dia.

Sian nenek tu. Actually my mak pun ada penyakit yg sama so tau apa yg derang rasa. But my mak now ok.

Hopefully semua baik2 belaka lah.

Happy Mina

Tuesday, October 18, 2011

Beg mata

Beg ni kan free je. Pastu blh increase size over the years. Takde beg lain yg boleh buat magic ni -_-". Skrg tgh rajin bubuh eye cream urut2 bagai, tapi mcm degil jek.

Haha salah tempat

Baru je up 1 entry pakai aps kat tepon. Tgk2 entry tu dlm blog dorman aku -_-".

Netbook kaput lg. Terpaksalah taip 1 jari ni hah. Tak feel langsung. Byk citer tp semua tergendala da.

Friday, October 7, 2011

Tunas zinia dan ....



Ish apsal la asik berbelak gambar bila upload? Ni benih zinia ngan bunga apa tah lupa, yg budak-budak ni tanam aritu. Excited memasing tengok dah naik daun. Cepatlah besar dan berbunga wahai pokok bunga.

Thursday, October 6, 2011

Kate Plus 8



Tak sangka, hari ni dapat tengok interview Kate lepas dia divorce ngan si Jon. Meleleh gak le airmata aku. Sedih lah. Dan rasanya perkataan yg paling banyak kate sebut adalah "hurtful". Mesti sangat pedih kan.



But mom will always be a mom...kids come first. You go Kate!


PS: Walopon citer basi..tak kira nak blog gak =P, sbb baru tengok, walopon dah lama tau.

Wednesday, October 5, 2011

Taman

Gambar kat salah satu nursery kat Sg Buluh. Rasa nak porch jadi macam ni but lambat la kot nak tunggu pokok2 membesar dan bertambah bilangan. Tapi taknak le serabut sangat mcm ni, nak simple je, yg mcm dinding kayu tu taknak la. Pastu ada kolam utk kura-kura yg dah makin besar ni. Pastu ada bunyi-bunyi air. Baru le rasa duduk resort =P. Berangan tak salah kan.

Tuesday, October 4, 2011

Same old issue....

Kurus ke gemuk?

Baca blog sinun, tuan tanah tengah stress nak tambah berat badan. Kalau tengok gambar, ok je langsing berseri. Nape nak tambah isi?

Baca blog sinin, ternampak gambar orang yg dikenali tambah berisi. Ada lah terbaca pasal dia stress nak kurus lama dulu. So mungkin belum berjaya kot usaha dia.

Baca forum wanita, samalah jugak , balik2 isu gemuk kurus dan macam-macam produk testis bagai. Sigh!

Aku? Aku dah mengecut 2 kilo masa bulan puasa dan sampai sekarang belum pulih....so dah masuk kategori underweight balik. Underweight pun underweight lah..lantak lah. Dah hidup 35 tahun tetaplah macam ni, so takpelah. Whatever..janji sihat.

Monday, October 3, 2011

Mencari Hobi dan hargai nikmat sihat.

Susun balik pasu-pasu yg dulu kat luar pagar, sekarang masuk balik letak kat porch. Sabtu cuci mata kat Sg Buluh. Beli batu tu dgn pokok kipas. Ada sales bunga yg kecik2 tu, 4 plastik seploh hengget tapi tak rembat, tengok saja.


Hobi terkini Sarah main memory trick games strawberry shortcakes. Melekat kat komputer. Sib baik lah desktop ni tgh problem, manjang shut down sendiri so takleh lama la Sarah hadap.

Mina hari ni dah kebah sikit demam dia lepas 2 kali ambik antibiotik. Tak gi sekolah sebab takut kang kat sekolah plak dia down kan, so biar betul2 sihat dulu. Sian dia, salu sakit demam sikit2 je. Kali ni mmg agak teruk so flat terus.


Cekpen pun dari semalam cerry merry tak ok lagi. So ni dia time off kejap, gi klinik n balik rumah makan bubur nasi. Katanya nak gi kerja balik jap lg.


So skrg kena make sure yg lagi 3 orang tak kena jangkitan. Hopefully. Amiinnn.

Sunday, October 2, 2011

Sedikit hasil penat lelah

Hasil tangkapan hari ini.

2 anak dara yg sedang mencuba baju baru.


2 anak dara camwhore tp yg kecik ni tak ready. Ni 2 piece asing bukan set. A dress matching dgn cardigan.

Snap lagi sekali dan berpuas hati walopon yg besar plak terlebih angkat kain.


Nak sangat 'take picture' sampai bengkok pinggang. Ni sebenarnya tube dress for girls tapi nak pasang getah kat atas tu utk jadikan skirt Sarah. Sebab long skirt or long pants saiz Sarah takde langsung masa tu, or tak jumpa or dah dirembat orang.
Another set. Saiz long pants utk Mina ada byk but t-shirt plak takde sgt.

Adoi anak dara ni kalau bergambor kemain lagi.



So Mina dapat 3 seluar panjang, 1 dress, 2 tshirt dan 1 cardi. Sarah punya 1 dress, 1 skirt, 1 cardi, 1 long pant terlebih besar, 4 tshirt. Awish cuma dapat 1 long pant. For boys lg limited takde pilihan. Cekpen punya nil/ yilek ..... =P. Mine? ehemmm adalah sikit =P

PS: Dah hand wash semua baju dgn berhati-hati takut ada yg turun kaler. Sekali seluar biru mina tu terkena jugak kesan warna oren/pink.....mak nangislah..tensi tau. Rasa dah carefull sesangat, bila masa pulak tah terkena...rasa macam bibik buat je sbb dia pindahkan from sidai tempat teduh ke tempat panas. Kuciwa ..nanes T_______T"