Wednesday, November 30, 2011

Darwish Myringotomy and Insert Tube Tym Bilat

Myringotomy and Insert Tube Tym Bilateral, macam tu lah yg tercatit pada detail patient bill pagi tadi. Itulah procedure yg dibuat ke atas kedua-dua belah telinga Darwish dalam bahasa perubatan. Bahasa aku "operate pasang tiub bior boleh dengor". Tym tu stand for tympanic; tympanic membrane = ear drum.

Recap :
Masalah ear drum Darwish yg menipis disebabkan tekanan fluid dibelakangnya. Macam mana fluid tu terperangkap kat situ? Dari hasil gugelan, mungkin sebab ear infection ataupun auditory tube is impaired. Auditory tube ni yg mengalirkan fluid dari dalam telinga to the back of the throat. Kadang2 auditory tube ni akan jadi sempurna bila kanak2 tu meningkat dewasa membolehkan pengaliran fluid tu lebih lancar tapi bukan semua. Kalau di ingat semula, sepanjang Darwish membesar, medical history dia takde yg significant sangat. Tak tau yg mana satu yg related dgn ear infection yg mungkin not treated properly or yg menyebabkan fluid trap kat belakang ear drum.Yang aku ingat:

1) Jaundice masa umur dia about 1 week
2) Bronchopneumonia dan warded dlm 3,4 hari masa umur dia 9 bulan.
3) Completed semua vaksin2 yg dalam buku kecik tu.
4) Demam selsema biasa on off. Takde la selalu sangat compared to Mina yg lagi kerap demam at umur yg lebih kurang sama.
5) Pagi2 selalu berhingus masa umur dia 3-4 tahun - yg ni mcm petanda masalah fluid tu. Macam lah but not proven.

Antara simtom atau tanda2 yg mungkin menunjukkan masalah auditory impairment ni, ni pendapat aku sekarang la selepas difikir di analisa sendiri dan dibandingkan dengan maklumat dihujung jari:

1) Lambat berjalan. Umur 16 bulan baru betul2 boleh jalan. Delayed gross motor skill. Mungkin je.
2) Umur 3 tahun, fine motor skill pun tak menunjukkan peningkatan tahap average, still tak boleh pegang pensel/ color. takde main conteng2 semua. Hisap straw pun tak boleh.
3) Umur 4 tahun, yg mana kami dah sedar akan kelewatan kemahiran Darwish bercakap dan kemahiran motornya yg kurang berbanding rakan sebaya, yg telah dikonfemkan oleh teacher kindergarten.

So masa 4 tahun, bawak dia jumpa peads yg suggest utk buat hearing test. But hearing test result tu tak dapat dinilai sepenuhnya sebab dia tak boleh follow instruction test tu properly. Masa ni jugak peads kata Darwish ada simtom2 mild ADHD/ADD.

So kami tunggu. Umur 5 tahun lagi sekali buat hearing test. Score masa ni around 20% loss. Masuk kategori moderate hearing loss. But according to the SDMC ENT specialist, that is not significant and tak akan ganggu development dia. The ENT and peads rekomen Darwish to go for Speech Therapy. Through out kindy years dgn speech therapy help, Darwish start to catch up with his peers kat kindy tu. Happy with the progress.




Then, last year bila dia start sekolah rendah, makin lama makin tak dengar so pergi jumpa another ENT, Dr Koay. Masa tu June 2010, hearing loss dah sampai 40%-50% both side. So doc conduct myringotomy , insert tube,  untuk drain fluid tu, which lasted until end sept 2011. But the problem reoccurred in less than 2 month. 

Last year tube tu putih macam dalam gambar google ni.
Jadi hari ni myringotomy was performed to insert T Tube yg akan berada di lapisan ear drum lebih lama berbanding tube sebelum ni. 


Persediaan untuk myringotomy, Darwish kena puasa dari pukul 12 tghmalam semalam. Lepas siap semua terus cakap lapar -___-. Pukul 6.30 pagi camtu kitorang dah keluar rumah, in seperate car, sbb cekpen nak terus ke ofis lepas tu. Sampai Sunmed pukul 6.40 camtu, gelap lagi parking tu hah. 

Staf2 pun baru nak masuk kerja. Daycare gelap gelita lagi, so tunggu kat kerusi stabak tepi tu. Pukul 7 naik balik tingkat 4. Staff pun baru sampai, so masuk sekali.
Since preadmission, prudential GL semua dah ready, registration pun takde apa lah, sekejap je then terus masuk ke ward. Nurse bagi patient gown, awish start menggelabah, takmau buka seluar lah apa. Nak kena pujuk2 jugak tu.





Layanlah otomen dgn talking tomcat. Sambil2 cembeng2 ketakutan. Nurse nak tolak bed tu pun awish dah sendu hehe.


Dah dalam operation theatre.....airmata dah berjurai2. Tangan taknak letak kat dada, dok cuba tutup mulut supaya anaesthetists tak dapat cover dgn mask gas tu. Bila letak gas cover tu dok meronta-ronta sekejap, pastu cakap "awish belum baca Bismillah", padahal dah baca kuat2 dah sebelum tu. Tapi kejap je lah pastu tak sampai seminit dah lelap pun. hehe...dan aku pun boleh keluar tukar scrub suit tu.


Sementara tunggu operation siap, aku n cekpen breakfast dulu kat cafe tingkat 2. Cafe yg kecik simple n makanan yg sedap la jugak. Murah le banding ngan stabak kat ground floor. 

Lepas breakfast lebih kurang, naik balik tingkat 3. Tengok kat skrin, status awish dah kat recovery bay. Aku pun pergi le, sedang2 aku sampai depan, pintu terus terbuka, terdengar suara awish "saya nak mak".
Nurse pun "haa ni mak dah datang". Cepat jugak dia sedar.
Kat surgical ward, tengah sendu sbb kepala dizzy lagi. Kenalah gosok2 sikit..alololo manjenya bujang senang ni. sambung lagi sejam dia tidur.
Bangun tidur terus makan nasi lemak sebungkus....pastu nasi lemak dah habis, cakap "i'm still hungry" , tu tanda dah sihat sepenuhnya -____-

Lepas makan, tukar baju. Tak bagi aku tengok..malu dah. Ayah yg kena tolong....hehe.

Sementara tunggu doctor release, kita main otomen dulu. Siap ada effect 'cahaya' *baca intonasi alihbahasa otomen*. Next follow up 6/12.

So far sampai entry ni siap ditaip, Awish cakap dia dah boleh dengar dgn lebih baik, Alhamdulillah. Takdelah asik nak kuatkan volume tv dgn komputer. Kitorang pun dah kurang terjerit-jerit bila bercakap dgn dia. Buat masa ni, telinga tak boleh masuk air, so mandi kena sumbat dgn cotton ball, utk 2 minggu. Ada ubat titis telinga utk seminggu. Harap2 keadaan akan bertambah baik selepas ni. Dan kurang lawatan2 ke hospital -__-".




Pencarian Ultra

Sambungan kisah selepas kenduri. Masa kenduri tu Awish dapat sampuls. Kebanyakkannya aku simpan dah tapi ada 2 keping red note kat tangan dia yg dia taknak bagi kat aku. Merayu-rayu nak beli toys otomen ....eh anak korang stop beli toys kekarut camtu umur berapa ye? Aku rasa macam dah tak sesuai dah umur dia ni, tapi dia still interested nak main figurin2 camtu tau. Tertunggu-tunggu aku bila dia nak main bolasepak ke, ragbi ke, swimming ke...yg lasak sikitlah. 

So isnin tu dok merengek-rengek nak ke toys r us, nak beli otomen. Petang tu selepas aku lemas dgn rengekan tuh, aku bawak le semua kecuali bibik ke ioi mall. Tapi kan aku lupa, isnin is coti2, sbb cekpen tak coti kan so dalam kepala aku dah set ioi mall lengang. Sekali nak masuk parking pun dah jam. Basement penuh. Kena park kat belakang building tu. Dah le maktok aku ajak sekali , hujan renyai2 pulak tu. Last2 aku drop maktok n awish kat salah satu entrance, sbb parking konfem dapat jauh2 kan.
Masuk je terus tuju toys r us, Alhamdulillah.......otomen takde wakakaka!  Gumbira hatiku....tapi awish kuciwa lah kui kui kui. Bukan apa, kalau ada pun belum tentu rega nya doploh hengget kan. Better beli kat stall2 kat giant tu, konfem lagi murah hehe.

Dah kuciwa tu, aku ajak le round2 dulu kot2 ada stall2 kecik yg jual kan. Tapi mmg luck on my side...takde otomen di ioi mall hehe. Sambil round2 bagi maktok tengok dunia cucu2 dia ni. Tengok perangai cucu2 yg macam terlepas kandang sbb tak berhenti lari sana sini kat kawasan yg luas...hehe.
Sarah take 5. Selamba nyot nyot dgn kaki sebelah angkat.  Mina dgn Awish ambik kesempatan main kejar2 sambil tolak pram sarah.

 

Lepas tu Sarah nak naik kuda merry go round ni. Maktok tengok dari tepi le. Kemain sarah babai2 maktok ye. Happy letewww. Maktok nampaknya dapat kawan baru kat sebelah tu.


Lepas sesi berkuda, Mina heret semua orang ke pizza hut pulak. Cuak je aku sbb  apa pulak aku nak orderkan utk maktok, tak sure dia ok ke makan pizza2 ni. Aku pikir order spagetti je la sbb kat rumah dia boleh makan yg aku masak. Tapi sudahnya cuma order set pizza sbb mina nak makan yg super cheesy apa tah tu, yg tu takde personal size, ada regular je. Karang sapa plak nak habiskan pizza tu sbb aku pun takmo. Awish pulak nak lasagna je. Gamble je hulur kat maktok,  nasib baik maktok ok ja hehe habis jugak le satu slice. Tapi still tapau bawak balik sbb tak habis jugak. Lepas makan, ajar derang semua say thankyou kat maktok sbb maktok beriya nak bayar bil,
 "terima kasik maktok belanja makan pizza"
-_______-





Selasa, awish still buat tuntutan otomen ..aiyoooo. Oklah, aku bawak le sekali sbb nak beli some groceries kat Giant. Pujuk dia beli keychain otomen ni je sbb yg ni material ok sikit, tak mudah pecah barai. Yang besau2 semua jenis sekali campak berderai tangan kaki semua. So sekarang happy dok kelek otomen sambil berangan fight2 siap sound efek macam2. Sabor je le.



@Sunway Medical center

Awish tengah tidur lena ni. Baru keluar dari OT pukul 8.30 tadi. Alhamdulillah dah siap pasang grommet at both ears.

Tuesday, November 29, 2011

Di belakang tabir 27 Nov 2011

Salam Maal Hijrah. Cepat je bertukar tahun kan. 1 Muharram 1433 bersamaan 27 November 2011, terlaksana jugak hajat cekpen nak buat kenduri. Kenduri utk aqiqah Sarah, khatan Darwish, kesyukuran Sarah, dan tahlil arwah untuk bapak(pontian) dan mak (tampin). Lega....sangat lega. Cekpen memang dah lama nak buat tapi aku hesitate sikit. So minta tunggu bila ada masa yg lebih sesuai. Jadi, bila Darwish betul2 setuju nak berkhatan, barulah kitorang diskas tarikh dan tempat.. Ada jugak ura2 nak buat di Tampin or Pontian. Tetapi fikir balik, lebih mudah buat kat rumah kitorang. Mudah sbb pakai catering jek. Nak harap tenaga kami bertiga (bibik included) mmg tak terbuat kalau venue tu kat kampung. Cuma, bila kat rumah tu, maklum ajelah, tempat sempit le sikit.

Pilih meja bulat 8 seater je. Scallop tu aku mintak kaler light blue/baby blue dgn light pink. Tapi aku dapat biru gelap dgn shocking pink. Nasiblah aku mmg dah agak kemungkinan derang tak menepati permintaan aku tu, so aku cool ja. Cuma instead of tema yang tenang, serene, khemah ni membuatkan macam ada birthday party. Biras aku cakap "wah siti dari jauh i nampak khemah u" T____T

So lepas Raya Haji tu, aku start lah survey kambing, catering dan khemah. 3 ni paling penting, sbb ada limit bajet hehe. Alhamdulillah, jumpa. Bagusnya hidup dengan informasi di hujung jari. Baca review2 daripada orang lain, mana tau kot ada slack kat majlis orang lain, jadi kita kena hati2 jugaklah. Order sikit2 macam ni takdelah nak demand nak rasa makanan tu macam mana ye tak. Patut2 le dgn rega kan. Yg pasti harga lebih murah kalau lokasi caterer tu luar KL. Ada jugak tanya kat restoren 'ternama' kat puchong ni, yg memang aku tau rasa dia macam mana, tapi tu lah, lari bajet cekpen kang.

Kambing kuzi, beriani dgn ayam masak merah beserta side dishes, semua dari Kambinghalal.com Eh ...siap bg aqiqah certificate utk Sarah. Memang camtu ke pesen sekarang?

Lepas konfemkan 3 benda ni, barulah fikir yg lain-lain. Takdelah banyak 'lain-lain' tu, hehe sbb kang hover plak macam buat kenduri kawin. Aku just order roti jala dgn pulut kuning dari kedai makan breakfast yg kitorang dulu2 selalu pergi. Pulut kuning tu pun idea cekpen, pastu aku cadangkan pack je pulut kuning tu as door gift, sbb takut orang dah kenyang karang tak jalan pulak pulut tu kan.

Then aku order cheesetart special..special sbb wife anak buah cekpen yg buat. Lagi special sbb dapat kek coklat stoberi percuma..hehe thanks Aida *angkat tangan miss universe*. Disebabkan aku tak tau ada kek coklat stoberi suprise dari Aida ni, aku order butter cake dari Uniquecake. Order 2 kg, tapi aku kan adalah lupa, 2 kilo butter cake adalah seciput aje saiznya huahuahua, jadi aku tambah 0.5kg Angry bird butter cream cake Berrys. Hambik ko, takde birthday takde apa tapi ada 3 cake..Alhamdullilah...heheh
The Cheesetart yg sangat yummeh! 

 Strawberry chocolate cake + Carnation butter cake with butterfly..butterfly tu add on last minit sbb Sarah dok mintak butterfly cake hahaha. Carnation adalah tema majlis yg tak kesampaian     -____-

Inilah "burung marah".

Darwish dan kawan setaman dah makan burung itu. Memang sedang elok  je saiz burung ni utk derang semeja. Lepas makan semua mulut dgn gigi kaler biru hehe.


Basically tu je food yg ada, then aku letak some tidbits macam kacang, maruku, lollipop, fruit plus candy dgn kisses coklat dari Langkawi tu ari. Gambar tidbits buffet tadak satu pun dlm kamera hehe. Aku mmg tak sempat le nak pegang kamera amik gambar sana sini. Eh ada jelly kelapa muda yg sangat sedap jugak dari Bang Chik (BIL cekpen). Nasib baik ada rezeki aku merasa sbb masa bukak ada last kopek seketul hehe. Terus ambik letak tepi kejap. Line clear je nyum nyum share ngan cekpen hehe.

Last sekali adalah keadaan, dalam rumah, aku clearkan hall. Sofa  dgn coffee table semua ketepikan sbb nak letak tikar je. Mudah utk orang baca yassin dgn tahlil kan. Meriah lantai rumah aku kan.....nasiblah, guna apa yg ada je hehe.
Bunga carnation yg sama umur dgn Darwish....maktok kata tak cukup sbb pasu kemain besor tapi bunga ciput jek..hehe

Bebola pom pom DIY. Ada macam2 design ball kat youtube ni, ada carnation tissue ball, pomander ball, hydreangea flower ball. Pilih aje nak buat yg mana hehe. Aku buat pom pom sbb paling mudah dan murah =P.
Bebola pom pom tisu ni aku buat pagi sabtu. Langsir tu pulak dah berkurun rodnye ada kat rumah ni, akhirnya aku pasang utk cover view tangga dari pintu masuk. Ni angan2 tak yg tak kesampaian tu le. Aku suka sangat menda bola sbb senang nak buat then nampak fluffy sangat kan. Cadangnya nak gantung banyak2. Tapi tak dapat cari tisu paper yg lagi murah le. Nak gi survey luar Puchong mcm tak berbaloi, sudahnya aku buat 3 ketul je..jadiklahhh. Kalau banyak gantung2 ni macam best je kan.
Frame info.Aku guna frame kecik2 ni instead of bunting sbb errr over la kalau pakai bunting keh keh keh.

Ni masa hari Sabtu. Cekpen cuba nak bukak grill sliding door tak boleh. Mangga solex tu dah berkarat. Terpaksa panggil locksmith ni. Last2 dia grind / potong solex tu.

Ni hasil tangan cekpen....gambar kenangan Sarah sepanjang tahun ni. Hopefully we don't have to go through this journey again ye Sarah. Amiiinnnnn.

Itulah serba sedikit tentang kenduri baru2 ni. Simple je, takde sampai tidur lewat ke apa....tidur tetap macam biasa..hehe. Eh lupa plak nak cerita. Kebetulan jiran cina rumah sebelah ni buat sembahyang, bakar2 kiriman duit kertas semua tu utk ayahnya yg passed away last year. Sesi bakar2 tu pulak sama dgn sesi baca Yasin dan tahlil. Habuk2 dah start berterbangan masuk kawasan rumah kitorang. Tapi hujan rahmat turun dgn lebatnya sekejap. Hujan tu dapat menghilangkan debu2 kertas yg dibakar tu, dgn timing yg sangat cun iaitu selepas semua kertas tu terbakar habis, hujan turun. Rahmat hujan.  Masa makan hujan berhenti, jadi takdelah tetamu tempias2 kena air hujan. Cuaca pun jadi tak membahang sangat. All in all semuanya ok, lauk pauk mencukupi dan ada lebih sikit utk saudara mara bungkus bawak balik. Alhamdulillah.

Friday, November 25, 2011

Maktok's Day Out

Petang tadi Mina tak sabar2 nak bawak maktok keluar jalan2. Seronok le tu sebab semalam dia tolak Sarah then aku tolak maktok pusing2 kat keliling kawasan ni. Tapi aku pancit le, sebab kawasan ni kan bukit, so bila nak patah balik ke rumah, sedepa aku menolak kat belakang tu. Sampai mina tegur apsal aku tolak cenggitu gaya kah kah kah.

So hari ni kita tolak maktok kat giant. Sana ada indoor playground selamat dari hujan. Senang sikit nak tolak sbb atas tiles kan. Itupun aku tersilap, aku gi guna escalator. Tak tertolak ler, dok reverse ke belakang. Last2 aku reverse habis, pergi cari lif. Bebudak naik dulu dgn bibik.

Tengok derang main, then mina start merengek nak buat sand art. Aku tak layan sbb kang yg lg 2 orang tu pun nak jugak, so just tunaikan permintaan Darwish nak makan nasi goreng Thai kat Anjung Selera tu. Mina pun apa lagi tumpang order sizzling mee n sarah tumpang order nasi ayam. Paksa derang habiskan if not, lainkali jangan harap aku nak bawa makan kat situ lagi. Alhamdullillah, awish licin, mina tinggal sayur, sarah je yg makan tak sampai separuh. Dah tak biasa tekak dia dgn makanan ada msg kot. Bagus. Makan kat rumah lg healthy.

Sementara tunggu derang makan tu, tolak maktok kat stall kecik2 tu but takde apa pun yg menarik.

So balik rumah dah pukul 7 malam. Dapatlah bawak maktok keluar walaupun sekejapan sbb ada 'pram'. Kalau tak, mmg maktok taknak sbb tak larat dia nak jalan jauh2. Aku pun still terkial2 nak menolak pram tu huhuhu, lama2 kang tau la kan nak pilih tempat n permukaan yg sesuai. Pastu pram ni kalau langgar bonjol macam nak tersungkur sbb tayar depan tu kecik. Kena extra carefull. Pastu aku asik la lupa guna brek -_-. takpe2, baru lagi hehe.