Tuesday, May 31, 2011

Sakit

Nak cerita pasal pesakit kat katil sebelah ni. She's 8 years old. Bone cancer. Mommy Indian, daddy chinese..very 1 malaysia. Mommy speak fluent the daddy's mother tounge language..amazing..seriously!


The girl sekarang tengah menahan sakit yg amat..not only kakinya sakit disebabkan kanser tu, now tekak adalah luka teruk!


Tak boleh menelan langsung! Dia menangis merintih ALL TIME!! This girl bukan jenis yg menangis melalak lalak (mcm Sarah), dia menangis perlahan tapi menangis dgn tona yg tersiksa!


I pernah sakit tekak, ulser yg dah jadi luka yg teruk...all around tonsil area, i ingat lagi, malam2 i turun gi dapur, try minum air suam air sejuk ubat tak tau nak buat apa...SAKIT GILA! Menangis terduduk sorang2 sbb tak tahan sakit. Itu baru gaya2 ulser kat tekak orang tua, dan mungkin sikit banding yg girl ni hadapi.


So i suggest kat mommy dia, bagitau kat doktor yg anak dia dah tahan sangat sakit tu. I suruh dia tanya if can increase the morphine dosage. Doktor bg 0.5ml/hour. I bgtau dia Sarah lepas buat operation derang bg sampai 5ml/hour. Kemudian reduce to 4.5 after 3 days, dan reduce again each day 0.5. Reason supaya Sarah tak rasa sakit.


Masa nurse buat round, mommy dia pun tanya, but nurse cepat je jawab, tak boleh sebab tu doktor yg set. I dengar kat sebelah nak je menjawab ...tanya lah doktor dulu!


Lepas tu mommy merayu lagi cakap anak dia sakit sangat dah. Nurse tanya balik "sakit sangat ke?" so mommy jawab "sangat, tak boleh telan air liur pun".


Nasib baik nurse lepas tu kata nak tanya doktor...haaa kan elok camtu.


Tak lama tu ...adalah 10 minit kot, doktor datang, tanya if the girl buang air ok ke tak. Then doktor kata boleh tambah. I tak tau lah berapa but at least dah increase sikit lah kot. At least kalau morfin tu banyak she might be able to sleep kan, takdelah menderita tahan sakit tu.


Bukan apa, i yg kat sebelah ni rasa nak menangis dengar rintihan girl tu, sambil mommy daddy dia duk pujuk (tapi i tak paham, depa cakap cine huhuhu).


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sarah pulak tadi men-cherry, dekat setengah jam pujuk change pampers tp dia kata belum selesai, siap ketuk2 kepala sendiri, sebab bengang mama keep on tanya dah sudah belum. Pastu kaki terajang2, terpaksalah duduk jauh sikit, kang tak pasal lebam mata.


Pastu bila nak wash montot, meraung2 kepedihan. Melecet kat surrounding anus dah baik, melecet kat belakang bum bum pulakkk. Dah tepek zinc oxice cream tebal2 pun kena jugak....sian Sarah.




Monday, May 30, 2011

borinkkkk! bluwekkkk....

Imej hiasan from google




Tadi sarah ajak tido awal..pukul 8 dah mintak kellon....so hanyut sekali sbb perut pun mmg kenyang baru lepas makan bubur nasi. Sarah pulak cuma makan nasi dgn sup 3 sudu je...jadilah dah 2 hari nasi tak masuk perut dia pun.






Aku tadi perut masuk angin...so dah start rasa nak muntah macam sebelum ni. So masa turun beli nasi tu beli minyak yu yi...bila sapu sarah komplen.






"motherrrr....its so smelly rahhhh (lahhh)"






Terpaksa lap balik....bila sarah dah tido ..hah jirus terus perut lagi sekali dgn minyak yu yi tu...legaaaa sangat..hilang loya mabuk nak muntak tu. Aku dah tau dah bila start rasa tak selesa tu...kena cecepat makan bubur nasi panass...cepat la hilang rasa tu. Kalau tak dilayan, memang konpem terbelahak dalam toilet. Dah jadi 2 kali sebelum ni.






Bila duduk hospital ni, walaupun makan cukup errr berlebih, on time, tetaplah perut nak meragam..tah pape. Dokter kata gastrik...camno tu?








Saturday, May 28, 2011

Sebelas 11





Happy 11th Anniversary to my beloved hubby.




I hope you don't mind i've checked-in @ 5 star villa PPUM without you =P

Tuesday, May 24, 2011

Pernah makan babI?

Sana babI sini babI kan sekarang. Kopitiam lah, ikea meatball, sosej lah..apa lagi?


Ngeri hokey, apa taknya, kitorang kalau makan dgn anak2 sekali...so kalu betul hah hamik ko.


Last year dah stop gi Papparich, pun sama gak ada isu dgn kelulusan halal. Padahal logo halal terpampang kat papparich tuh bersepah. Tak tau le isu tu pasal babI ke pasal menda lain.


Sebelum zaman Papparich, stop pergi old town white coffee, pun sama gak, ada flyers info pasal ke-halal-an food derang. Salu singgah old town puchong jaya before balik rumah pasal nak release stress sama2 cekpen.


Ikea meatball pernah sekali dua je tu pun dah lamaaaaa ..tak ingat bila. Kan selalu sesak kat situ kan, so jarang le makan kat situ. Isk tak tau le yg zaman kitorang makan tu halalan toyiban ke tak.


Last time aku gi korea aku ingat lagi bos2 aku kat meja sebelah berkimchi ngan babI, kitorang meja sebelah takdelah...tapi sebelah je tau, sama kedai...isk...tapi ye lah takkan nak puasa terus kan...so makan le makanan yg diserve tu janji pork-free.


Kalau kat sini nampak promo pork free, cekpen akan cakap ,


"oh kalau makan kat sini, dapat makan babI percuma"


Ya, percuma la sangatttt.


Kat ioi boulevard ni ada satu kedai pulak, nama kedai tu memang terang2 guna word PORK..the pork place ke apa, camtu le bunyinye. Senang kan, takyah tertinjau-tinjau ada babI ke tak...dah sah2 ada.


Ni yg jadi musykil yg nampak multiracial, kedai makan india serupa kedai makan mamak, cafe kopitiam dan yg seangkatan pun susah nak bezakan kan.


Tu belum segala food yg kita beli kat pasar raya. Letih.

Monday, May 23, 2011

Preeettttttttttttttt *bunyi ceret, diiringi kentut yg panjang*

Sarah tengah memerut selepas beberapa minit menikmati aiskrim. Tak setel lagi nampaknya. Thats the 4th time today....of cos much lower that last weeks which probably already on her 10th cirits by this time.


And this is my 2nd entry for today due to my spirit getting low....lowest so far.


Ye lah dah dok up-upkan spirit sepanjang last week, selesaikan urusan sebanyak yg boleh, penuhi segala keinginan, then come today, a single sms came in and put my spirit down.


Pastu baca pulak blog cancer patient yg sedang fighting for her life due to relapse.


Arrghhhhh...tak tau nak cakap apa. Seriously i try to remain positive but tipulah kalau takde rasa tertekan stress semua tu.


Next week start cuti sekolah, me and sarah kat hospital. Mina and awish dah register for 4 days holiday camp, tapi van tak de utk pick up derang dari rumah.


And if prof want to keep sarah another 2 weeks after chemo to pump her weight, thats mean i'm not around the whole school holiday! So mina and awish mungkin kena stay kat taska, or maybe their makchek house again...i don't know. Nak hantar balik kampung pontian pun tak tau sapa boleh jaga...


*oh my...sarah is screaming sbb mina taknak bagi barney bolster kat dia....its really really stressful listening to their fight, and i already surrender to pujuk or whatsoever, tak jalan dah. This happen all day long...be it darwish or mina...sama je..pengsan!*


Mungkin mintak prof delaykan admission lepas chemo...at least sampai habis cuti sekolah. So takdelah kalut sangat, sian derang kalau time cuti duduk seharian kat taska. Bukan ada aktiviti pun, ni taska biasa2 je, so makan, tido, tv.


Dan masalah2 laundry yg lepas satu-satu ni tak taulah..really patahkan semangat. Baru nak rasa ketenangan fokus kat sarah and budak2 ni timbul le masalah kat laundry...adaaa jeee. Bila kepala runsing, senang le naik angin....mangsa sapa lagi....budak2 ni le jugak..haih!


Baru nak bersenang

Sarah dah ok sikit..takdelah cirit teruk sangat. So pagi tadi setelkan hal2 kedai, balik masak semua n suap sarah brunch terus.


Pastu sms tenant utk remind dia to bank-in rental n utilities bill. Tetiba dia reply cakap nak jumpa..adeh. Takkan dah give-up baru 2 bulan bisnes?


Letih le kalau dia nak keluar, kena cari tenant baru pastu buat aggreement baru...dah le aku manjang duduk spital. Cabaran betul lah..aku dah usaha nak bersabar dgn keadaan sekarang ni, so kalau boleh taknak lah ada masalah tambahan. Tak sanggup dah rasa nak tambah pening penat semua ni.


2,3 bulan lepas aku nyaris nak letgo je laundry ni sbb pening nak uruskan logistik bebudak ni dgn sarah kat spital. Tapi rezeki time tu, dapat tenant tu cepat so aku hold dulu. Infact ada buyer dah pun and aku bgtau orang tu aku tak jadi jual. Kalau tenant ni keluar mmg menyesal le aku....haih.


Dah le pekerja aka maid ni nak balik cuti sebulan raya ni...aduii pening lagi. Kalau dah takde urusan hospital takpe gak....ni kalau still kena follow up tetiap bulan, pastu takde replacement worker...masaklah aku.






Sunday, May 22, 2011

Masalah perut buncit utk mereka yg pernah melahirkan anak

Dilema....dilema dgn perut. Dari saiz 24" dulu2, sekarang dah dekat 27". Muncit lagi lah kan...sakit jiwa tau. Adakah sebab aku dulu tak pantang dan berbekung betul2 menyebabkan masalah kebun-citan nih? Entah ..aku pun tak tau.


Pernah try pakai corset (?) murah cap skiva tu. Tapi sakit le pulak ada besi/menda keras utk menten shape tu. Pastu susah gila nak pakai...bila dah pakai tak kempis pulak ..ceh!





Spanx

Pastu try menda alah spanx ni. Ada lah pengurangan immediately tapi sikit je, tak cukup compression especially lepas makan. Tapi nice lah sbb evenly distributed muncit tu so takdelah tetiba jek buldging tak tentu hala. But sikit jek reduce around 2cm in circumference. Tak cukup laaaa...lebih kurang jek 'compression power spanx ni dgn satu lagi brand cap ayam yg aku beli. Cuma material spanx mmg sgt selesa.


Pastu menda alah spanx ni mendatangkan masalah ketika di tandas. Tak sanggup le nak pakai gusset yg disediakan tu..tsk -__-".







Squeem waist Cincher


Semalam try yg ni pulak. Bagus utk aku sbb memang fokus kat perut jek. Senang ke toilet. Material luar rubber, dalam cotton lining so ok lah. Takde masalah nak ke toilet. Compression power...mmg cukup power. Kempis terusss...


Tapi bila pakai mmg kena tegak le badan tu, tak boleh bongkok/ slouchy. Nak membongkok pun tak boleh walaupun takde besi. Kalau paksa tunduk/ bongkokkan badan, nanti jadi ripple..and ripple tu stay. Kena bukak balik, urut luruskan then pakai semula. Masa pakai tegak pun ada ripple jugak tapi sikitlah. Sikit2 tu aku tak kisah sbb takde pakai baju ketat melekat pun kan, so tak nampak. Sendiri tau takpe.


So setakat ni, squeem ni le paling berkesan utk menghilangkan buncit serta merta utk sementara waktu. Seller claim lama-lama memang boleh hilang terus tapi tak kisah le tu, yg penting bila pakai takde buncit, selesai masalah walaupun sekejapan.


Lagi satu ..yg penting, rega adalah tidak melampau ...kalau melampau mungkin dah masuk blog aidid ;D ahaks!


Lepas ni kalau aku jumpa yg lagi mabeles dari squeem ni aku share kat sini.




Wednesday, May 11, 2011

Sabar le ni

Tadi masa ambik darah, sarah pelepuk muka aku tepat kat batang hidung. Sabarrr..


Sepanjang hari dari semalam, merayu nak balik rumah, suruh aku masak nasi dan buat lauk pedas2. Dia suruh aku cabut wayar2 kimo ni...dah habis katanya. Sabarrrrr...


Mintak aku beli nasi lemak, nasi ayam, kek, cheezel, tapi makan ciput jek. Pastu kena marah lagi sbb nasi ayam tu dalam bekas tranparent bukan bekas polisterine putih tu...salah nasi ayam katanya. Sabarrrr...


Mintak eskrim mcd, bila sampai eskrim dalam cup bukan biskut kon (of cos la kan, delivery) tu pun salahhhh...tak nak makan jugak. Sabarrrr..


Hari ni dgn semalam dok mengadu panas dan suruh aku kipaskan manually. Laju-laju. Sabarrrr...


Asal suap je nasi ke makanan apa2, mesti Sarah ingat Mina. "Mina makan mother?"..."Darwish makan?"...sedih haku. Sabarrrrr..


Pagi tadi doc cakap boleh balik lepas ifosfamide habis tgh malam ni + 24 hours hidration. Maknanya hari Jumaat lah discharge. Ok yg ni tak boleh sabar..huhuhu..mintak balik petang khamis jugak...nanti Sarah sambung minum air kat rumah k dokter.




Count the blessing @ ummc

Orang kata kita kena selalu bersyukur kan, jangan dok mengeluh komplen sana sini. So itu lah yg rasanya terbaik utk dipraktikkan buat masa ni...tau tau je lah kan.






So here goes:






1) Sarah cirit birit - Sarah dapat single bed...weehooo...walopon tiap kali wipe bontot sarah meraung-raung kepedihan. Cuma tak tau berapa lama la cos anytime derang boleh pindahkan sarah ke 4 bedded balik. Hopefully sampai discharge le...insyaallah petang esok.




2) UMMC food better - sebab turun lif jek ada Secret Recipe, another 100m or so ada Ani Sup Utara, Kopitiam, tidbits stalls, kedai runcit, kedai buah, stall nasi campur, laksa, sup2 semua ada. Bolehlah nak tukar2 angin selain makan makanan yg diserve kat dalam wad dan food court. Dan Sarah pun boleh dapat dia punya nasi lemak dan nasi ayam fix anytime she demand it (selagi kedai belum tutuplah).






3) Aircond kat wad tak sejuk - wa sukak..sbb wa tak tahan sejuk wooo. So blanket nipis share ngan Sarah pun orait jek.




Ok...tu je








Monday, May 9, 2011

Mula-mula terasa lawak..lama-lama

Scene 1 @ UMSC during ward visit.


Prof : At my place, ada 4 bedded je, so tak berapa comfortable. Single room ada tapi kita reserved utk patient yg ada infection.


Scene 2 @UMMC P6 ward in 4 bedded room, day 2.


Prof: Macam mana? Boleh tido ke. Sini tak berapa comfortable tak macam sjmc.


Scene 3 @UMMC P6 ward in single bed room, day 5.


Prof: So macam mana? Sini tak comfortable. Kat sjmc berapa derang caj satu malam.


Me: ......


Prof: *pointing wallpaper yg koyak*...tengok ni. Tapi sini free.


_____________________


Of cos bukan le dia tanya soalan itu semata-mata. We did discuss on Sarah but prof so far haven't failed mentioning sdmc everytime he sees us.


I am 100% sure there are at least 2 more ex-sdmc patient here, now. Dia cakap macam tu kat semua ke?


Mula-mula rasa kelakar sbb macam merendah diri benar prof ni dgn fasiliti/ keadaan wad dia.


Tapi dah 3 kali ni rasa macam kena halau balik sdmc pun ada, kalau aku mood ala sentap le -___-.


Tak pun dia nak suruh aku komplen berbakul-bakul bior dapat bajet renovation ...camtu ada ka?


Tak pun dia nak opis cantik mcm prof lin kat sdmc :P


Ke nak nurse comel2 ?


ok..ok...chill!




Sunday, May 8, 2011

Jom Shopping tingkap

For feasting my eyes...thank god for the existance of internet and broadband.
Pagi-pagi buta tak tau nak buat apa kat spital ni kan so gi la jejalan kat kedai2 online...derang kan bukak 24hours 7 days a week kan. Senang idup aku.

Ni dari satu kedai je....banyak betul yg den borkonan..tapi takat tengok je lah, sebab mahellllll...pre-order lak tu. Semua rega hampir cecah rm100 per pieces...fengsan!




















Thursday, May 5, 2011

Hantuuuuuu!!!!

Semenjak dua menjak or trend beberapa tahun kebelakangan ni kan citer hantu mcm banyak sangat kan. Wayang, tv semua tunjuk citer hantu kan.


Tapi aku tak penah tengok...satu pun tak...kalau takat tengok iklan2 tu tak kira la kan.


Kalau korang nak tau (kalau nak tau le :P) aku sekarang kat wad UMMC, kat 4 bedded so ada satu je tv.


Aku memang tak tengok walopon tv sebelah je ni hah, buuuuttttttttt ada sorang budak umur 5 tahun ni tengah tengok citer hantu kat tv.


Masalahnye, katil dia jauh, jadi kuat le bunyik tv ni...haih...aku takmo dengar sebenarnya bunyi2 sound effect ceciter hantu ni...tak pepasal aku jadik takut.


Bila la mak budak tu nak tutup tv ni...aku takmo dengar le.

Monday, May 2, 2011

Lipan

Tak besar tapi cukuplah nak buat aku melompat. 3 minggu lepas jumpa halus jek. Jangan le ada yg lagi besar bertandang.