Thursday, September 30, 2010

Wednesday, September 29, 2010

Melepas Gian

Uiihhh...lambatnya uncle masak!

Mina dah ngantuk dah!

Awish ....hmmm apsal gigi tu tak tumbuh-tumbuh lagi?


Dah sampaiiiii!!!


Makan sendiri.....




Makan sendiri....


Makan sendiri....


Dapatlah mama menikmati nandos dengan tenang..yeayyy!










Tuesday, September 28, 2010

Kawan datang beraya

Kawan-kawan darwish datang beraya lepas main kat playground. Sempat la minum sirap sekejap. Budak tak pakai seluar tu sila abaikan.
Darwish orang datang beraya dia sibuk main game kat komputer...dgn ada sorang lagi kawan la.
Ni le group bebudak datang setelah sekian lama....yg last sekali dulu tak ingat raya tahun bila..punye la lama. I suka budak2 ni cuma ada sekali dulu derang datang masa kitorang betul2 baru sampai dari kampung...belum sempat nak duduk pun. So time tu cekpen bg duit raya kat pagar je..huhu...cian dan kejam.



Puding roti serat berkaramel

Cekpen takde selera nak start balik makan roti wholemeal selepas puasa/ raya. Jadi roti tu tak dimakan dan hampir tamat tempoh. Untuk elak pembaziran maka i buatkan puding roti. Macam biasa kerja senang ni bagi anak-anak buat. Seronok derang dapat mess up mama nye kitchen.
Lepas anak2 masukkan dalam bekas ni, i letak sedikit karamel. Selalu orang buat letak kat bawah loyang kan, tapi i letak kat atas sbb nanti bukan nak terbalikkan pun, boleh terus guna sudu dan makan direct dari bekas ni, senang tak payah nak potong2.

Tuan tanah takde steamer...kuali pun boleh.


Bila dah siap macam ni rupa dia. Rasa sedap je walopon roti berserat...mungkin sedikit pelik sbb ada texture serat tu so mcm kasar sikit.
Kalau nak cuba boleh guna resepi kat sini




Saturday, September 25, 2010

Definasi baru mandi sunat pagi raya

Kampung sapa yg tak hujan masa pagi 1 syawal aritu? Kampung kitorang memang hujan lepat eh..lebat dari pagi-pagi lagik. Masa tengah prepare breakfast kat dapur tetiba cekpen panggil.

cekpen : "mama pegi tengok anak mama buat apa kat depan"


Hmmm mandi sunat mandi hujan rupanya..elok le tu ada member sekali. Taiko pun ada sama melayan , syok le dia. Taiko ngan anak eh tu mmg selalu dah buat cenggitu. Darwish tak penah lagi. Nasib baik le tak demam ke hapa, elok je. Kalau mina n sarah kompem meleleh jek hidung pastu.

Adib tengah cebok ke?

Orang lain tak cukup mulut nak melantak ketupat, rendang, lauk pauk segala kan, tapi darwish maintain jek makan nasik goreng dari breakfast sampai ke dinner masa 1st day raya tu.....Lepas tu raya ke-dua dan ke-tiga breakfast nasik goreng jugak. Bayangkan ada hari yang i kena buat nasik goreng sehari 2 kali (banyak pulak tu) lepas tu dia belasah sensorang. Benda lain dia makan jugak le sikit. Lepas gian le tu sebab bulan puasa langsung tak ada menu nasi goreng utk dia, padahal sebelum puasa selang sehari breakfast nasi goreng.

Hari raya ke-empat, baru le dia makan benda lain.

Muka penuh keriangan....happy n mengaku dia puasa padahal...


Yang ni of course puasa.....puasa yang yok.



Yang ni puasa 29 hari full....yg 1 Ramadhan je kantol minum air pukul 4 petang... adalah 2,3 teguk kot.



Thursday, September 23, 2010

Fairy Tales Wedding for Real??!!

I tengah nak update blog pasal citer raya yg bosan sambungan entry raya tetiba tergendala sebab cekpen potong suh tengok bidio.

Bidio fairy tales wedding....lepas tengok tu cekpen cakap

"ingat tak aritu kak ya cakap dia geremmm sbb her hubby reject invivation gi wedding tu. Inilah weddingnye"

hmmm......mmg patut geram pun, bukan hari2 ko jumpa orang wat kenduri kawen mcm puteri kayangan kan....siap ada adat bersiram di tandu dgn pahlawan ber-six pack!

Nasib baik takde si jacob or edward yg iring dia masa bersiram....merembes dowhhh!!

Korang semua dah tengok eh?

Fairy tales Wedding





Tuesday, September 21, 2010

Authentic Chicken, Ketupat, Lepat Story...eh and lemang oso.

Alahai..dah bau asyem dah entry ni duduk dalam draft mode. Gambar byk nak pilih, pastu nak matching ngan story line yg ada dalam kepala, pastu nak resizekan bg kecik. Kalau besar2 file tu karang sampai raya tahun depan pun tak habis upload lagi kan.



Anyway ni first time raya without my father sob sob! To make it more worse, mom pun kena stroke just 4 days away from 1 syawal. Luckily it was a minor attack. She can't move her right body for about 24 hours +-. By Wednesday, she can walk to the bathroom/ toilet by herself , assisted with tongkat of course. But her right hand still can't do much, can't hold anything or pakai kain batik properly. When i reach home and salam her....she cried :(



My mom is a non-believer for hospital treatment and no 'tukang urut' on duty during Ramadhan but my sis manage to bring her to a clinic nearby our kampung..ok lah at least she get some aspirin. Staying in a hospital in 1 Syawal pun doesn't sound really exciting isn't it.


Anyway, our family continue the Raya preparation as usual.....with some errors which my mom was 'membebel' during malam raya and pagi raya heheh! Sorry mak ;)


So how was your beef and chicken rendang prepared??? Ours was slaughtered fresh in our backyard one day before raya. Ayam kampung uolssss!!! Sedap banget kannnn. My brother got the beef portion i think as early as 1st week of ramadhan and few days before raya. Not only beef ok...there's 4 legs in the fridge too. Anyway none of us know how to cook the legs except mom. So it was still there in the fridge when i left kampung to beraya in Tampin..huhuhu.


You know the routine, slaughtered, take out all the inner organs, boiled with hot water for few second just to remove the bulus, remove all bulus, chop chop and wash till clean....we took about 3 hours to do all this...phewww!



I can make my own ketupat...how about you?

Ambik daun kelapa muda je tak pandai..gila ah nak panjat pokok kelapa sambil bawak parang.

My brother as tuan rumah sediakan semua tu. Kitorang sediakan kudrat je lah hehe.




My sis kena buat lagi sebab lepas abang kira2 kepala yg bakal balik beraya macam tak cukup so anyam lagi le jawabnya. Ada lagi satu yg kami wajib ada masa raya is LEPAT. My father punya faveret. But i takde ambik gambar pulak tsk...korang tau ke rupa lepat?

Ala macam orang yg pakai baju fit2 lepas tu nampak ketak2 kat pinggang...heheh just kidding ye..jangan ada yg terasa hahaha =P

Lepat guna daun kelapa muda , pulut, kelapa parut dgn garam je. Macam lemang tapi lemang guna santan. Rasa lain sikit la.


Mina is 99.9% nogori blood....lemang is her favourite!

In red shirt is my brother in law, the lemang master, from cutting the bamboo tree until the lemang was cut and served. Mina was so impatient and make her uncle to give her the 95% cook lemang. Well 95% sebab dah boleh makan dah cuma tak cukup masak lagi le.


Too hot to eat..hahaha kena tunggu jugak.
To be continued with "Mandi sunat Hari Raya"
Walopon dah berderet gambar dah upload bawah ni..takpelah delete balik. Sambung later2 lah ye.



Fuhhh!

Baru lepas baca message book my dotter.

Next year monthly kindy fee naik from RM250 to RM280.

Lepas tu in 2012 naik ke RM300.

Staggered katanya utk tidak mengejutkan parents.

Sarah next year masuk kindy jugak so 2 orang dah jadi RM560/month. Entrance fee for both of them is RM2260!!! *Lap peluh menjejer*

Nevermind...i still can send both of them to other kindy :(



Monday, September 20, 2010

Gambar Raya Family yg tak senonoh....

The one and only family picture taken.
Darwish takmau bergambar..thus muka yg sgt marah itu.
Mina and Sarah tought this is a game..thus can't sit still and look at the camera.
Luckily maktok sporting giving her best smile.



Friday, September 17, 2010

Nak kawin?!!!

Maid : Kak saya mau cakap sikit boleh?

Me: Apa?

Maid : Saya ada kawan, tinggal di Seremban, ajak kawin. Saya mau tanya kakak dulu, boleh tak?

Me: TAK BOLEH!

Note: Dah le sikit punya nak tunggu mood nak update citer raya tak datang2 tetiba minah ni buat gempak plak...eiiii rasa nak kena sembelih ke?!!

Ada few more lines sebenarnya tapi malas plak nak taip...isk mencik tau!



Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya

Kepada semua kaum keluarga, sahabat handai, teman-teman blogger, pembaca-pembaca dari google.

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Ini entry terakhir sepanjang bulan puasa ini. Dukacita dimaklumkan bonda saya dalam keadaan tidak sihat akibat serangan stroke semalam :(

Harap semua dapat doakan yg terbaik buat bonda saya.

Salam Sayang from

Monday, September 6, 2010

Handy Mommy

Pic: Gooooogle

Bila dah nak raya, biasala kan, mulalah nak betulkan mana-mana barang-barang rumah yg rosak, tukar apa yg patut. Barang kalau lama takpe, yg penting berfungsi elok dan tak mencederakan sesiapa termasuk tuan rumah.


So last week, pergi kedai hardware beli tapping screw dan roll-on clip. Few things need to be fix.




Keluarkan tool box!

3 biji kerusi makan seat dah tercabut. Berpeluh ketiak tighten 12 biji tapping screw.

Lokasi yg mmg tak boleh elak. Buka pintu je terus nampak cat yg sangat huduh ni. Sebelum ni ada rak, so tak nampak. Bila rak dah pindah ke bilik...euwwwww buruk, buruk dan buruk.

I scrap lapisan cat buruk itu untuk di cat balik. Tugas mengecat diserahkan kepada anak2, sebab derang ada tinggalkan grafitti kat dinding hall ni so sekali hadap lah.


Lepas tu throw pillow yg anak-anak pakai untuk melepek depan tv dah sangat kepam, asyem dan tak semengah. I buatkan sarung baru. Nasib baik ada kain yg sesuai hehe.

Taraaa!!! Dah siap.

Ni coffee table. Ada compartment yg telah menjadi tempat anak-anak main hide and seek. Lama-lama lock-catcher pintu ni rosak, silap haribulan pintu ni terbuka dan hentam kaki sesiapa yg ada dekat situ.


So ganti dengan roll-on clip / catcher yg baru. Selesai masalah. Boleh pakai balik coffee table ni tanpa was-was.



Aktiviti Sarah dan Mina bile mama ada kerja nak buat adalah menyepahkan rumah....grrrrrrrrrrrrrr!
Ada lagi yg tak setel ni. Takpe lah, mana yg sempat je buat....yg tak sempat tu nanti lepas balik raya dari kampung baru setelkan.