Tuesday, June 29, 2010

Hahaha Good For You

Pagi ni ada 3 kes kesalahan pemandu lain yg buat I bengang.

Masa nak hantar Mina tadi, mula-mula ada satu Alphard overtake 4 biji kereta dan sebuah lori. Dia ni selamba je makan jalan kita yg from the opposite direction ni. Bukannya nak masuk lane dia bila nampak few cars coming towards him. So I and the rest terpaksa himpit ke kiri habis if not not memang Head On Collision....Innalillah le jawabnye. Yg bestnya masa I pass by, it was me, Alphard and the lorry, sandwiched...mmg takde akal.

Then, dekat T-junction yg agak sibuk tadi I pun tunggu line clear utk masuk ke kanan. Ada pulak satu Vios ni tak sabar-sabar terus que sebelah kanan kereta I. Maksudnya tu nak cakap I driver lembab le tu sbb tak berani cucuk utk cut the busy road tu.

I biar je, last-last dia pun tak boleh nak lepas . Sbb kereta2 yg kat main road tu mmg byk dan maklum je lah malaysia driver, mana nak kasi can kat orang lain kan.

Once clear, I bagi dia lepas dulu then I follow. Dalam hati mmg dah maki-maki le, sengal punya pompuan. Lepas tu rupa-rupanya dia pun nak hantar anak dia ke kindy yg sama.

I que belakang dia nak drop-off kan Mina. Kat tepi tu byk la kereta parents lain parking. So que belakang kereta-kereta ni lah. Then I saw a Wira reversed slow je, sambil driver tu pandang side mirror kiri. Definitely driver tu nampak kereta I. Dia reverse dan steer utk elak dari langgar my car.

But at the same time Wira ni menghala ke Vios tadi tu. I kan masa tu dalam hati dah rasa, konfem langgar ni. Dan I pun menyaksikan kejadian ciuman bumper to bumper cantiiikkkk je, bumper vios tenggelam perlahan-lahan ......kemek!

I siap tergelak tau, sampai Mina tanya " mother, why you laughing?"

Tu le kan, dasar pompuan tak tau nak sabar, kan dah kemek bumper...kah kah kah..

Lepas blah tu baru I terpikir, I should have press the horn, it might be able to stop the Wira from hitting the Vios kan.....but masa kejadian memang tak terpikir langsung. Takpelah, it does not make me evil kan?

Then masa balik tadi, ada satu kelisa pulak yg nyaris nak langgar I, padahal I dah bg signal nak belok kanan. I just bg my "tenungan tajam" je ka driver tu.

Cubalah sabar dan tengok kiri kanan 2,3 kali dulu...tah apa-apa la derang ni.






Friday, June 25, 2010

Cisss..vedevah!

Tadi dah taip panjang sangat...idea datang mencurah.

Sekali click button submit...keluar message " you need to login"

Memang vedevah betul.

Pastu dah tak ingat macam mana tadi i boleh write everything nicely .

Mungkin esok pagi boleh repeat. Sigh !

Thursday, June 24, 2010

Nak buat camne?

Tak tau nak cakap apa.

Tak tau nak komen apa.

Tak tau nak motivate gaya mana.

Dah habis idea.

.

.

.

.

.

.

Bila laki stress 24/7.

Monday, June 21, 2010

Day 4: 30 May 2010

Hari last dah tiba. Sedih sbb dah kena balik.........back to reality.
:(


Ni hidangan terakhir di Phuket. Eh...tak jugak...ada melantak lg kat airport hehe ;)


Selamat tinggalll!


Ikan mati.....


Flight balik petang pukul 6 lebih kurang. So kami ada banyak masa jugak le. Pagi tu jalan2 lagi kat beach (cekpen) i pulak tido sampai pukul 10 sbb penat and nak pack beg.

Kitorang checked out hotel pukul 12 terus round kat Jangceylon Mall. Beli bag santai2 kat situ (wajib lah kan) and some last minute sourvenior.

Pastu lunch then pukul 3.30 gerak utk return keta. Sampai airport ..check-in, makan, gedebak gedebuk dah sampai Mesia..

Sedih vacation dah habis..................happy sbb dah rindu kat anak2 ....

Till next honeymoon....



Day 3: 4 in 1 Canoe @ Phang Nga Bay

Day 3. 29 May 2010

Hari ni pergi berkanu ikut pakej 4 in 1 Canoe @ Phang Nga Bay.

Pakej ni naik cruise instead of speed boat. Atas cadangan cekpen le, sbb semalam kami naik speed boat, melompat2 sepanjang hari, mmg penat lenjan badan camtu. So naik cruise ni dengan harapan lebih relaxing dan kurang memenatkan.

Lagipun lepas naik speed boat semalam perut buncitku turun ke bawah. Apekes?
Lepas tu bila tahan nafas nak kempiskan perut nak posing babe tetap muncit! Isk ngeri2.... kalu kekal muncit itu kat situ harus aku suruh cekpen menabung utk aku pi kempiskan perut kat mana2 spital...nasible tummy tuck ke hapa janji kempis.




Memang sangat relaxing, takde melantun2 pun cruise ni. Refreshment disediakan berupa air bermacam jenis dan buah rambutan serta pisang. Tetiba aku melantak rambutan tak hengat ...
(= P)


Dalam pakej ni ada 4 stop utk berkanu
1) James Bond Island
2) Panak Island
3) Hong Island
4) Naka Island


View yg cantik....semuanya cantik2 sangat!



Dah nak berlabuh kat James Bond Island. Movie yg " The Man with the Golden Gun" pelakon dia errrr...lupa dan malas plak nak google..heh.


Pemandangan sekitar James Bond Island. Actually boleh berkanu mengelilingi pulau2 kecik ni but kami just lepak2 je.


The famous wall dalam movie tu.


Gambar hiasan yg cekpen tangkap.
Paham-paham je laaaa!



Wall tu tersangat le curam mcm muncung triangle.

Lepas tu hujan lebat dan semua pun berteduh kat gua2 yg ada.


Lunch on board...dah lapor kan sedap je aku melantak.
Tak sampai 15 minit licin semua. Orang lain pun kebulur cam kitorang kot.


Kat island2 yg lain mmg kami turun berkanu. Time ni ada guide. So kami belajar le sikit2 camna nak kayuh. Lepas tu addicted and suh dia lepak kami kayuh sendiri hehe..



Banyak lg gambar tp simpan je la utk kitorang tengok sendiri ;)



Malam ronda2 kat Patong lagi,
Hard Rock Cafe....carik FM takde..but dpt shot glass from here...so yg ke-5 lah setakat ni kami kumpul.


Ni la keadaan Bangla Road at 11.47pm. Sesak!!


And dancers2 yg sempat/ boleh di rakam. Yg ni mmg facing jalan so senang nak snap.


Lg satu. Yg kat celah2 ada byk lg tp kami tak sanggup nak tengok.
Mmg tak sesuai le bawak anak2 kat sini malam2. Tu belum artwork2/ painting2 yg derang jual. Sikit2 gambar bogel perghh!
Susah nak jawab kalu anak tanya weh!

Lepas tu kitorang gi massage...RM25 je for 1 hour. Yg ni pun kena pandai pilih ye. Sbb byk sangat Massage center yg menakutkan / buat kita was-was ni servis apa yg derang nak bg. Kitorang round dekat2 hotel tu je, and bernasib baik cos jumpa yg sopan pakai baju complete dan tak bersidai melambai2 tarik2 tangan laki isk!

Balik hotel lepas tu terus k.o...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!



Friday, June 11, 2010

Phi Phi Island Tour 28 May 2010

Day 2 Phi Phi Island Hopping Tour

Kalau tak larat baca korang tengok gambar je lah ye..hehe.




Apa-apa pun mulakan dengan sarapan berkhasiat. 3 mangkuk bubur nasik, 1 croissant, 2 keping roti, omellete, teh O secawan dan orange juice 2 cawan. Perut dah penuh and I'm ready to go.

Serius rasa nak berumah di tepi pantai jek....bayangkan hari2 eh brekfas cenggini...phewww!


Ada cerita di sebalik gambar boring ni. Kitorang dlm van nak pergi kat jeti. Kitorang dgn ada satu couple ni tunggu dlm van ni selama 1 jam dekat hotel (aku lupa nama hotel tu tp dekat jangceylon mall). Drebar ni pun sangap, dah orang tu tak ikut masa yg ditetapkan, tinggal jek lah, pepandai le nak carik transport pergi sendiri. Ni dia sanggup tunggu.

Masa ni cekpen cakap, nak 'bet' tak orang yg lambat ni kalau bukan dari middle east mesti set2 india..pakistan..dan negara2 yg 'tan'2 ujungnya.

Anyway kami paksa drebar tu tinggalkan and rupanya ada lagi satu group chinese malaysian kat hotel lain yg dah berasap gak menunggu. We reach kat jeti mmg lambat. Dah ada dekat 20++ org yg dah tunggu kitorang.

Group malaysian chinese was so mad and mintak refund...tp tak dpt. Mcm2 la alasan kan.

Lepas tu dah naik kat speed boat pun tak gerak2 tau. Pastu dtg satu couple "ala hindustan" and the tour guide suh cekpen bg ruang utk derang duduk.

So now we knew siapa punya angkara yg menyebabkan the delay. And cekpen was right!

Takde langsung muka bersalah ke hape...cipet betul! Berlagak lg ada!

Tarik nafas dalam-dalam...lupakan hal tadi. Now we want to have a good time..



See....happy couple... ;)

Destinasi pertama Maya Bay aka "The Beach" movie yg pemes ngan Leonardo De caprio tu. Masa ni i nampak orang je....pantai tak nampak..sbb pantai tu ciput sangat.


Ramai sangat orang, macam semut.



But mmg teruja tengok air kaler hijau jernih dan pantai putih bersih.



See...semua orang ambik gambar je ...yg mandi ada gak tp tak ramai.


Yang ni, cekpen tumpang sekaki. Nak yg camni ke.... ??




Cubaan pertama....tak sempat lompat sehhh!


Posing lagi


Dan lagi...batu yg dah hakis hasilkan bentuk yg cantik...macam berbumbung.


Gambar kami lagi.


Enjoy the view. Itu laluan masuk ke the beach ni.


Bye-bye 'the beach'.


Ni tak ingat apa nama lagoon ni.
Sapa pandai berenang leh terjun lah. Air tenang je.


Pintu masuk ke lagoon ni tadi.


Turun jugakle berlife jacket bagai, nak ambik gambar punye pasal. Tak lepas tu..takut beb kami tak tau berenang..wakakaka!


Viking cave.....tak berapa dengar apa yg tour guide tu citer. Ada sikit2 nama 'Jack Sparrow' dia sebut.


Boleh nampak ikan berenang- renang....mcm le tak penah jumpa ikan kan..heheh.


Cruise2 dan boat parking.
Ada yg snorkeling, swimming, canoeing.
Ni kat stop where we had our lunch.


But before lunch, derang berenti kat monkey beach. Tour guide tu (mat saleh) dok ajak aku turun tengok. Alahai tak kuasa aku....ari2 aku tengok monkey lah weii..tak heran. Kalu kangaroo mau le jugak. Excited derang tengok monyet2 ni minum air botol, makan kacang semer. Aku nak gi kedai aku tu, hari2 lalu sebelah tong MPSJ yg besar, and tah baper kuarga monkey kat situ carik makan.....tak heran le. Sama je lak tu spesis ngan yg ni.



Waiter/ waitress kat buffet lunch.....konfiden lah aku makan baca bismillah.



Pulau ni 'Maya bay' kalau tak silap ...ke silap? Luas le kalu nak bandingkan dengan 'the beach si leonardo tu'. Tempat makan banyak, restoren semua muslim food je.


Rumah kampung...ke chalet ek???
Tak sure la plak.


Kita sekarang sama warna ok.


Lepas makan, snorkeling tengok nemo ngan coral.
Kami turun gak kejap, tapi 'couple yg lambat sengal td' telah suka hati mak bapak dia rempuh kitorang yg dlm air ni...bengang2. Terlepas tali yg aku pegang ..menggelabah le weii..


Bersenang lenang atas bot jap.


Last stop sebelum balik ke main island.
*edited* Koi Khai Island

Lain kali kan jangan tinggal semua pamphlets kat hotel....haaa kan dah tak ingat satu hape pun..tsk (ckp kat diri sendiri)



Pulau ni sangat kecik. Ni kalu ombak besar sikit kompem tenggelam kot.



Kecik2 cenggini pun ada banyak jugak kedai eskrim, baju bajan, gift2.


Pasir banyak cengkerang ngan coral so tajam-tajam kena tapak kaki.



Eskrim walls


Perasan mak duyung


Posing!


Happy ;)


10th Anniversary dear



Masa menuju kat jeti tu, boleh nampak budha besar gilak atas bukit paling tinggi.


Looking for good bargain for our 10th anniversary dinner.


Oh bila perut sudah laparrr...


Akhirnya cekpen yg dah mengidam 5 bulan, dapat gak merasa lobster.


Lepas tu kitorang gi tengok FantaSea. Macam disneyland bertemakan gajah, gajah, gajah, emas, emas, emas......nice. Sesuai jugak utk kanak-kanak (theme park). Kami tak bawak kamera masuk....so ni je gambar yg ada. Kalau amik gambar kat dlm tu, lepas tu kat umah anak2 tengok, komfem meraung sebab derang tak dpt gi.

Tapi sebab siang tadi dah semput naik speedboat meround phi phi kan, i tertido jap masa show tu. Show tu agak heavy jugakle...yg ni tak sesuai sangat kot utk kanak2.
Dok citer pasal hikayat-hikayat dewa-dewa derang...haram anak aku tak paham.


So thats the end of day 2.