Wednesday, December 30, 2009

Dah habis terapi

Baru habis sesi retail terapi sekejap tadi.
.
.
.
.
.
.
.
.
Perasaan yg sangat tenang sekarang.

Terima kasih bos!




Tuesday, December 29, 2009

Sarah turn t.w.o ^_^



My Sarah will be t.w.o years on 1st Jan 2010.
Cepatnya masa berlalu....kejap jek dah besar anak mama sorang ni.


Tapi skrg ari2 dok dengar bibik cakap


"ala shayang anak kakakkk!"

Sudah lebih nampak!(mommy yg sudah jeles)

hmmm....hadiah? mungkin stroller mcm dlm gambar tu. Nanti ayah balik keje sila order ye.


^_^"






Monday, December 28, 2009

Johor lain..selangor lain

Hari ni pegi bayar yuran kafa darwish.
Semuanya normal kecuali 2 menda:

1) ada lencana sekolah utk kafa ni.
2) ada baju sukan....erkk???

Dulu2 sekolah agama kat johor, takde plak lencana bagai. tu tak kisah lah kan, mungkin sbb kat sini sekolah agama ngan sekolah kebangsaan lain2 kan. Tak macam masa tahun 80an kat ayer baloi tu haa, sekolah agama ngan sekolah kebangsaan sama.

Tang baju sukan tu, i mcm terkujat jap. Terus tanya kat admin tu

"ehh..bila masa nye derang nak bersukan ni? tak panas ke?"
(awish kafa sesi petang)

"ni pakai terus dari rumah ke, change kat sekolah?"

ok..mungkin soalan tu kedengaran agak stupid lah tapi i tanya jugak out of curiosity sbb first time anak gi sekolah kafa ni kan. Kot dah berpengalaman tu mungkin tak heran kan.

Tak sabor pulak i tunggu sekolah bukak..i nak tau pukul braper derang bersukan.
Dan i nak tau, mau ke si darwish ni bersukan petang2....alangkan nak ke playground kol 6 ptg tu pun dia tak hingin. Sanggup duduk umah sensorang main game dari ikut bibik n adik2 ke playground.

Lagi satu, sukatan or matapelajaran/ subjek mcm lain jek. Ada yg takde ke terminologi tak sama i tak tau lah.
Yg i perasan, subjek2 ni takde:
1) Munakahat (yg ni best weh)
2) Faraid
3) muamalat
4) Ibadah

Tak sama ke.....ke sama????

PS: buku teks lom dapat lagi..tu yg buat i blurrr.

Sunday, December 27, 2009

Makcik!!!??? >_<"

Semalam, pi Jusco ioi ni hah nak belikan awish kasut sekolah, singlet, stationary ngan uniform KAFA.

Dah abih survey, i pun suruh le promoter tu carikkan saiz kasut yg i nak. Masa tu dia tgh sibuk layan customer lain.
Bila sampai turn i, dia tanya:

"makcik nak saiz apa tadi?"

Makcik ???? hellooooooooo!!!

Pastu ...harap maklum..cekpen adalah tersengih-sengih macam kerang busuk, dan keep on repeating 'makcik' sampai le ke hari ni...

Eh kalau i ni makcik....u tu pakcik hokey!

PS: i memang takleh terima hakikat ye kalau orang panggil makcik.. still stok perasan young mommy...auuwwwwwwww..muntah lah korang...muahahaha~



Saturday, December 26, 2009

Yang Pergi, Baby & Pepahat

Semalam dah taip2 entry, sekali nak publish ada error.
Rupanye cekpen dah tutup modem...;P.

Nak citer yg semalam my auntie (adik arwah bapak saya) passed away.
Kencing manis. She loss her son pun due to kencing manis jugak.

So dalam masa less than 2 month, our family kehilangan 2 orang yg disayangi, well, menjadikan jumlah 3 orang lah tahun ni, sbb my brother pun passed away on februari this year.

Pastu semalam kitorang balik Tampin sebab ada kenduri kesyukuran, cukur jambul, my sil nye cucu.

Sofea Adilea

On the way balik Puchong, kitorang singgah Bagan Lalang. Happening betul dah tempat ni.
Saja singgah nak pekena pepahat. Tapi kedai feveret kat ujung sekali belah kanan (dekat pasar ikan) fully booked until 9 malam.

Kedai lain pun semua penuh. Ada kedai yg ada meja tapi pepahat pulak habis. Nasib ada satu kedai kecik takde bumbung (makan bawah langit le) yg tak berapa sesak. Luckily food dia ok and ada stok pepahat lagi.

Nasik tak sampai gi...air dah nak habis

Pepahat......sedap!!!




Thursday, December 24, 2009

Makan apa kat Penang??

Eh tak abih lagi citer Penang? Baru gi Penang jek. kot i go london..mau sebulan citer london sajek. muntah darah le org yg baca. Tp i nak citer gak ...so tahan jek lah korang.


I citer yg i gi pes time gi makan je lah ye.


Ni kat teluk kumbar. Cadangnye nak makan mee udang kedai salwa ni. Tapi kitorang sampai kul 2.15ptg tak bukak lagi. Di sebabkan dah kebulur sgt kitorang makan mee udang kedai depan dia.


Sorry lah gambar makanan takde sbb dah kebulur sgt dah. tak sempat nak snap dah kena wallop sampai abeh. Masa makan mee udang kat kedai ni dok pikir takpelah nanti kalau kedai salwa tu bukak nak beli jugak tapau bawak balik hotel.

Kedai Salwa tu ramai yg rekomen, tu yg beriya nak jugak merasa tu. Yg kedai ilyana ni pun not bad tau...sedap dan murah. Kitorang order set utk 3,4 org siap air tembikai satu jug baru 40engget.

Since taste kedai ilyana ni pun oret, kena ngan tekak, me n cekpen lg lah anxious macam mana lah rasa kesedapan mee udang kedai salwa tu.



Ni tengah menunggu kedai Salwa tu bukak. ?Kat belakang kedai tu ada jeti. Pastu ada pakcik ni dok tebar jala tangkap udang. Anak2 jakun le. Dok keromon pakcik ni hah. My maid siap tolong kutip udang masuk dlm tong kecik tu. Pehtu anak2 i tolong gak. Amik anak2 ikan kat jala tu bg kat kucing itam tu makan.

Sambil2 derang bg kucing tu makan, Sarah makan gak. Dia makan ekor kucing tu. Sedap kot ekor kucing idup. Kelam kabut maid i lap molot sarah tu.

Dekat 3.30 ptg kedai Salwa tu baru le bukak. Kitoang oder 4 bungkus. Di pendekkan citer, turn out , rasanya adalah tidak mencapai kepuasan tekak me n cekpen muahahahaha!!!
Beriya tunggu siap tapau lagik. Takpe2..kurang2 i dah tau rasa camna.
Kalau korang suka perisa sos tomato puree mungkin korang suka kot. I tak kisah tomato puree ke cili kering ke hapa..tapi satu jek kurang......tak PEDAS langsung!!!!
Takdelah teruk sangat, udang pun besor2, 5 ekor dia bubuh setiap bungkus, tapi tu la..bila tak pedas rasa kureeeennggg!!!



Haaa yg ni plak, ikan bawal goreng cecah sambal kicap. Itu jek. Kedai dekat2 dgn autocity Juru. Bawah pokok kelapa sawit jek setting kedai ni. Tapi punyelah ramai orang. Siap kena tunggu meja.
Rasa ???? Sedaaappppp!!!
Kalu dah lapor ko bg ikan masin ngan sambal belacan pun i wallop jugak...ngeh3x..T_T.


What's Up??

Apa i buat skrg?
Walopon dah benti keje...i still takleh dok diam2.
Ni la projek skrg.

Ni sebelum me cekpen cat.


Ni selepas cat....6 hours behkurang.

Gambar tu ada nampak mamat tgh wat keje pasang shopfront. Masa keje2 sdg dijalankan, a fren singgah and tanya satu soklan.


Fren: akak berani jugak ye sorang2 dengan derang ni semua.
Me: alaahhh leklaaa takde pape. derang wat keje.

Bukan i tak takut dok satu tmt ngan 3 orang jantan tak dikenali yg tak pakai baju. Pakai jeans lusuh yg nampak panty spender...TAKUT!!!!




Tapi kena gak monitor keje2 derang kan. Few things lagi lom setel. Insyallah seminggu dua lg dah leh bukak kedai la. Harap segala2 perancangan dan perjalanan baru ini dipermudahkan Allah.






Tuesday, December 22, 2009

Gambor Kuda

Dimulakan dengan Bismillah...ye la kot kena terajang kuda tu tak ke haru kann





Di sudahi dgn Alhamdullillah...takde pape..selamat
Poyo je ek..padahal hapa sangat le kuda jinak kaaannn!
Lepas ni cekpen parasailing nye gambor lak ek.










Santai@Penang

Fader n dotter having fun..yea yeaahhhh!!Sarah jessica parker n bodigad kat blkg tu.

Lubang wee wee...muahahaha!!

Sooojuuuuukkk!!!!


Take a break sambil kang-kang...tak senonot tol!



Masa main ombak..

Relaxing feeling2 diva sat..sambil skodeng orang.


Berangan duyung sun-bathing jap.


Santai memang best korangggg!


Tak caya ? tengok ni.....nikmatttt!

takde kata2 yg seswai utk gambor ni.


Saya merewang2 di sini tapi hanya merembat bag hanger.....10 hengget je kau.

Feeling lagik...wat lawatan jek kat sini..mahellll lah..tido tetap lena kan kat mana2 pun.