Monday, November 30, 2009

URGENT ! SHOP TO LET

*STICKY POST. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY*
Kalau ada sesiapa berminat atau kenal orang yg berminat utk menyewa kedai sila hubungi saya.

Lokasi di Taman Wawasan Pusat Bandar Puchong.
Berdekatan Speedmart 99.
Sewa RM800/month. Negotiable.
Kepadatan penduduk sgt tinggi. Berdekatan sekolah jugak.

Keluasan yg sesuai utk kedai gunting (barber), photostat, menda prepaid2 tu, kedai jahit ke...byk lg.

Area ni mmg susah nak dpt. So saper2 berminat sila tepon saya segera.
012-9112421. Boleh diskas lagi.



Gud Morning!

Assalamualaikuuummmmm!
Uihhh rasa lamanya tak masuk blog.

Nak baca blog kenkawan dulu.
Amik feel nak wat entry.
Skrg tgh brain drain mental block. Manyak nak citer tapi tak leh kuar le pulak.



Wednesday, November 25, 2009

Phuket tinggal mimpi


Nampaknye mmg tak jadik. Tiket airasia bernilai $$$$ adalah hangus begitu saja.

Mungkin lain kali saja kami datang ye.






Bibik in d house!

Bibik sedang membasuh finggan mangkuk.

Sebelum basuh finggan tolong Puan tumbuk bawang, maka memakai spek itam utk protection sbb Puan kata bahaya.
Bibik repot ada budak panjat TV.
Bibik report budak yg sama panjat loteng semasa Puan menikmati tido siang yg sepatutnya budak yg panjat loteng ni yg tido. Sib baik budak tak jatuh di timpa tangga. Idak kalu Tuan konpom balik muka hangin!








Monday, November 23, 2009

Hah ??!!! RM460 luggage???!!

Tetiba maid aku pakai tudung!
Anak2 ku yg tak dpt di kawal...pengsan kejar derang.

Terkojot beruk..beruk pun lg encem kot aritu banding muka aku, cekpen ngan maid.

Maid tu aku dah pesan jgn bwk byk barang..tp haku tak tau le apsal dia beli gak mcm2 kain baju termasuklah maggi, nugget, roti, sarsi nak bawak balik indon.

Kitoang lama dah tak naik airasia so tak baca betul2 lah terms berat barang. Masa booked tiket cekpen letak 15kg je. Smlm tengok2 >40kg..HAMBIK!!!

Kena top up RM460!!. RM20/kg extra.GILALAH.
Muka maid mmg dah mcm tempe lah..tak kose nak amik gambor dia dekat2.





Ringan-ringan

Lepas cekpen wat report eksiden kemarin, perut terasa lapor.
Ye lah salu kol sablas dah tido. So bila mata celik perut berkeriut harus lah isi sikit.
Tapi puchong apa sgt le ada memalam ni...bukan ada mapler pun.
Udah lepak kat kedai baru ni. So makan ringan2 le.


Branch baru kat IOI square depan IOI mall. Bersepah2 ko skrg.


Muka tuan tanah.....dah roper org sakit mata



Roti yg tak habis. Bukan tak sedap...tp gigi sakit pulak terkena susu manis ni...lenguh kunyah pakai gigi depan. Gigi geraham sakit bila kena manis2 ni...tu le kecik2 malas gosok gigi..muda2 (muda keee???) gigi dah berlobang sana sini.

Esoknye gi bayar utang ngan budak2 ni sbb kena tinggal mlm tu.
Bawak derang menerai kripy kreme.
Awish masuk contest lukis donut..tak lawa pon..takpelah janji cuba.
Lepas makan, pikir balik, aku n cekpen still prefer JCO hehe...lebih lombut n sodap.
Krispy kreme ni sedap sikit dari Dunkin Donut je...tekak aku le..tekak orang len tak tau le.





Prius lah sangat!

Ni le gambor yg sempat...ingat nak amik bila siang. Bukak mata cekpen dah cabut gi antor keta kat opis. Tukor keta lain.

Sib baik keto kompeni...phewwww!!




Saturday, November 21, 2009

Eksiden??!!!

Ye tuan2 dan fuan2.
Cekpen eksiden semalam.

Alhamdullillah takde kecederaan. Kereta je lah cedera.
Cekpen kata keta dia dah transform jadik Prius!.

Nnt I citer lg detail.

Hari ni bizi sikit. Nak gi short training ngan cekpen.
From 10 to 4pm.

Happy weekend!!
Adios!



Friday, November 20, 2009

Lepas makan ni terus weng!

Selepas melantak sekeping kambing ini...kepala saya terus pusing!!





Singgapur FM and Keychain



Ni dah lama dah nye cerita.

Tapi tak sempat nak diblogkan sbb kan bz bapak sakit, balik kg semua tu.

I dapat dari Mrs Kown sempena kepulangannya dari nuffnang award kat Singapore tu ari. It was a simple lucky draw ...sukaaaa! Takyah pening2 lalat nak masuk hehe.


Thanks ya Mrs Kown..Lain kali buat le lagi..hadiah lain pulak ye ^___^



Last Day = Party Day = Jajan Day

Hari ni last day of school. So kat kindy budak2 ni ada party day le. Takyah pakai uniform.

Mina yg tak reti benti cakap.

Hasil party day yg di bawa pulang.
Stok jajan utk bbrp bulan kot ni.
Budak2 ni bukan makan sangat pon.
Mama le nak kena abihkan.


Dapat menda alah ni sekali..awish suka la menyakat adik2 dia.


Mina takut nak pakai sampai lari bawah meja.

Sarah cuba tangkap idung lip lap..T_T
Esok bermulalah coti2 sekolah.
Hohoho....maid pulak akan balik coti on Sunday ni sampai 19 Dec 09.
Macammana ye keadaan umah ni nanti?
Aktiviti budak2 ni pulak?
So far yg dah konfem Sunway lagoon ngan naik ferry gi Penang.
Oh Nite safari jugak kat zoo taiping, balik Pontian for Raya Haji.
Lagi?
Harus di pikirkan jugak aktiviti yg tak memporakporandakan foket.




Klenet

Masa kat kampung last week, darwish, sarah, adib (anak buah), my mom and my sis semua kena sakit mata tu. Tapi ada sorang budak tu (Mina le) kena sengat tebuan kat tangan ngan atas mulut dia. Petang masa kena sengat tu takde la bengkak sangat. Tapi bangun jek tido pagi esoknye bengkak kemain lg. Dah le bibir tu mmg jongang ke depan semula jadi...makin teruk le rupenya.

Susah nak katup molot terus..senget2 membotol gak!

Bawak gi klenet (klinik) kesihatan Ayer Baloi...
Misi(nurse) tanya, kad bawak tak?
*mana ada kad2 misi oiii....kat Puchong gi klinik panel/swasta*


Tak ramai...13 orang jek...tp 45 menet tunggu.
Oklah...45 menet jek


Takleh tahan tengok derang memusnahkan harta kerajaan yg mak pak ko bayor tax tiap2 tahun ni hah.
Sudahnye kena paksa duduk kat lantai.
Anak orang kampung pun tak sebuas korang semua!

My sis, nengok anaknye duduk tapi tak diam ngeh3x T__T
Anak dia yg baju biru tu, walopon baru 3 taun , sama jek buas ngan mina n awish heheh.


Bilik misi yg habis kecoh.
Kelam kabut ngan 4 orang budak bandar yg pangai mengalahkan budak kampung....
Masa ni mmg le i rasa nak pakai topeng, takmo ngaku tu semua anak2 I n anak buah I.
Gila lah budak2 ni tak tau diam langsung.
Oh jangan ingat sarah tu behave ye.
Si kecik tu pun sama jek. Cuma tak tercapture jek gambor dia.



Mina sikit punya excited.
Yo yo oo jawab soklan misi.
Lepas tu dia kena injek..kah kah kah.
Pastu tu I yg kena marah ngan dia sbb dia kena injek...aparaaa!
Nasib le kan, dah mina yg kena gigit tebuan, mina le yg kena injek, bukan mama suruh pon...misi suruh tauuu!




Thursday, November 19, 2009

Igloo!


Lantai rumah ni kan..dah sama sejuk ngan lantai igloo!

Tak tahaannnn...dah dua hari pakai selipar ni hah...

Kalau sejuk lg..pakai stokin le gamaknye, mcm lepas branak.



Is Atuk Happy Now??

Nak cerita semula perbualan2 I dgn darwish last week.

Masa kami balik bapak tgh sakit tu, darwish mmg tanya byk soalan dah:

"What happen tu atuk?"
"Why atuk sick?"
"Atuk need to go hospital?"
"Why Atuk cannot walk?"

Macam2 lg yg i dah tak ingat.

Bila balik sini Puchong 1 nite then balik kampung balik Atuk dah meninggal, tak sempat pulak tu dia nak tengok arwah utk kali terakhir, lagi byk soalan2 killer yg dia tanya:

"Why atuk die?"
"Why atuk sleep?"
"Why atuk sleep in the ground?"
"Who dig the ground?"
"Atuk can hear darwish or not?"
"Can atuk open his eyes?"
"Why atuk need water (air yasin)?"
"Can we dig the ground and see atuk?"
"Why atuk old?"

Bila lepas tahlil or baca Yassin,
"Can atuk hear us?"
"Is atuk happy now?"
"Why need to doa for atuk?"

Lepas tu bila nampak I baring, batuk sikit,
"Are you die?"
"Are you old mother?"
"Why you will die?"

Siap picit2 kaki I lg bila I baring.

Byk I explain kat dia, as simple as possible supaya dia faham.

Dan ambik peluang jugak utk suruh dia behave or else atuk tak happy ;P.

Masa tahlil kat kampung pun dia boleh duduk elok2 dgn ayah dia sambil ikut baca doa.

Malam kedua lepas I baca yassin waktu maghrib dia tanya lagi atuk happy ke tak. Apa lagi amik peluang lah kan, bgtau dia kalau dia selalu baca doa sembahyang, mengaji atuk mesti happy.

Baru ni gi masjid pun dia ikut sembahyang betul2 takde gi main2 ikut budak2 lain.
Balik dari masjid tanya I lg, atuk happy tak.

Kitorang explain kat dia that mama and ayah pun akan mati jugak. Dia kena jadi anak yg baik, sentiasa doakan kami..bla bla bla...mcm2 le kami racun/ nasihat.

Dia main2 jugak, but still dok ingat atuk dia kekadang.


Salah Repair Rumah!!!!???

Ingat tak rumah sewa arwah abang I yg I citer sebelum ni?
Alah citer ni.

So alkisahnye ada tenant baru nak masuk.
Kat situ ada sorang nebor yg baik hati (Kak Ani) tolong uruskan bekalan elektrik yg dah kena potong, tukar pintu, cat, cuci rumah, repair dapur semua.

Tenant tu masuk hari Ahad lepas. So tadi I pun pegilah nak tengok keadaan rumah tu. Nak verified sbb kos tadi tu semua RM1300. Then nak bayar Kak Ani tu sbb dia dah advancekan duit dia 300.

Sekali pegi tadi, Kak Ani pun ikut sekali lah ke rumah abg I ni. Tengok2 dia macam bawak I gi blok lain. Pening jap. Sampai kat pintu rumah, I tengok keliling lain.

I pun tanya kak Ani tu,

Me:" Kak betul ke ni? Ni mcm rumah lain jek"

Kak Ani: "Betul lah. Ni le rumah abang ley (slang kelantan ke ganu tah)"

Me: "Ari tu saya gi blok A...ni blok apa kak?

Kak Ani: " Ni blok D..ni la rumah dio...ari tu kamu pegi rumah sapa"

Me: :" err kakak ipor saya kata blok A kak....no pintu ni sama lah tapi blok A. Betul ke ni"

Kak Ani: "betul....ari tu kamu mangga rumah sapa"

Me : "errrr......tah la..tp rumah tu pun sama teruk mcm akak cakap jugak lah".

Kesimpulannya....kuarga aku ni mmg fail le bab2 ni..
Rumah sendiri pun depa boleh salah bg address....adeeeeehhhhh...

Aku siap tulis lg Kak Pah oiiii, akak ckp blok A, tingkat 2, pintu no 3.

Tadi akak cakap Blok E pulakkk...

Kak Ani cakap Blok D kak Pah oiiii....adoiii lahhhh..

Sabor jek aku ni hah..





Malam yg Sejuk

Dah dua malam Sarah tido sampai pagi.
Mungkin sbb sejuk sangat kot so dia tak jaga.

Maka dapatlah I tido lena.

Agak2 abis musim hujan ni ... perlu aircon tak cekpen?????
:P



Wednesday, November 18, 2009

Ye ke?

Maid baru jek cakap dia nye gaji ada lagi sebulan lom bayar.
Biar betul ko jah.

Malas aku nak ingat. Aku tunjuk akaun yg mmg cuma start bulan 9 baru ni. Duit bulan 9 ngan 10 dia dah amik.
Bulan 8 aku bg cash sbb cekpen tak sempat2 nak bukak account dia.

Boleh dia kata aku lom bg bulan seploh punya.

Heiii malas haku nak ingat balik weh.

Aku sound tepat jek...dulu aku dah suh wat akaun bank ko takmo.
Ari tu ada ura2 takleh renew permit kalau takde akaun. Aku guna alasan tu barulah ko agree nak bukak. Skrg baru padan muka ko ngan aku skali.

Mana ko nak ingat duit tu gi mana? Aku dah bayor lom? Camno???

Yg pasti aku nye expenses wajib tiap bulan gaji maid tu yg di dahulukan.

Mustahil aku tak bayor lg!

Nyampah!




Al-Fatihah

Setelah sunyi utk beberapa hari, hari ni dapat jugak nak update blog ni.

Bapak telah pergi meninggalkan kami semua di pagi hari Sabtu, 14 Nov 2009.

We rushed back but hujan all d way from Puchong to Pontian. Nak speeding pun kinda dangerous jugaklah.

Received sms from my sis kat kampung that they will bring jenazah to surau for the prayers. I told her not to wait for us, if they want to proceed after Zohor. So as mentioned by Cekpen, we just missed him.

Rasa sedih dah tentu but ada jugak rasa that is the best for bapak. Masa I stay kat kampung from Monday to Friday tu pun, blister yg besar kat punggung dah pecah. Dan banyak lg yg kecik2 dah start keluar kat belakang badan dia. Dah terbaring macam tu for 6 days, mmg kebarangkalian nak kena bed sore sangat tinggi la kan. I was thinking nak carikan ripple mattress, but my sis said not necessary.

Pagi sabtu tu sebelum bertolak ke kampung i pergi klinik dulu ambik ubat sakit mata for myself and my maid. Yep, both of us infected and yg quite bad jugak le. Takut jugak jangkit balik kat my kids n cekpen.

Mak seems like boleh terima kenyataan masa hari sabtu tu. My PIL pun ada datang ziarah lewat petang tu with Ateh n Bang Teh. Mak boleh sembang lg walaupun nampak sedih.

Tapi masa malam kedua tahlil arwah, keadaan mak dah berubah.
Dia dah taknak bercakap. Taknak makan. Dia akan duduk tak bergerak dan pandangan kosong tembus dinding. Mak cuma beristighfar all d time.

Itulah my mom. Dia akan di landa kemurungan pada keadaan tertentu.
Selalunya bila ada majlis besar kat rumah mcm wedding kitorang semua.
Mak tak boleh risau, ramai orang, kerja banyak, rumah bersepah....bila semua ni datang at one go, and she cannot take it, dia akan loss.

Mak akan blame herself for everything around her. Sedih.
Dulu I tot dia cuma demam2 gitu jek. Now I know better. Seriously I did not know that she had this problem masa muda lg. Baru 2 hari lepas tau. My brother la citer dulu dia yg jaga mak, bagi makan ubat semua masa mak sakit. Dia pun baru sekolah rendah lg. Me and my sista tak lahir pun lg.

I do hope mak cepat sihat. Promised to her kami akan balik lg masa raya Haji.





Friday, November 13, 2009

Bapak

Tangan kanan bapak. Sebelum ni ok lagi tapi sekarang dah tak boleh gerak
Mak yg dah sgt penat. Since May 09 mak take care of bapak.
Terima kasih pada semua yg doakan kesejahteraan bapak.
Bapak tak dapat bergerak langsung. Sedar tapi seolah -olah terperangkap dalam badan sendiri.
I akan balik kampung lagi latest by Monday or maybe ealier.
Hati rasa tak tenang.
Mak kena sakit mata/ konjunctivitis yg teruk. Now my sis and bapak pun dah infected. I pun kena but mild, not as red/ watery/ bengkak mcm derang.
Darwish n Sarah pun kena jugak. Mina tak kena tapi dia kena sengat tebuan pulak.
Macam2 nak citer, but next entry la kot kalau sempat. Nak rest kejap.







Monday, November 9, 2009

Penghujung Benua Asia

Haa..itulah gelaran daerah di mana I dilahirkan ye.

Di Pontian Kechil.
Pontian Kechil ok bukan Pontian BESAR.

Pontian BESAR tu adalah kawasan yg didiami oleh penduduk asli Tanah Melayu yg menjadi kesayangan pemerintah Johor.

Pontain Kechil pulak walaupun namanya kechil tapi ia meliputi seluruh daerah jajahan Pontian.

Jadi jika rakan2 anda memberitahu asal mereka adalah dari Pontian Johor, maka JANGANLAH uol bertanya Pontian Kechil atau Pontian Besar jika anda tahu rakan anda adalah keturunan Bugis, Jawa, Banjar, Melayu, etc. Nanti orang putih kata mereka "feel offended" gitu.

Gelaran Penghujung Benua Asia adalah di sebabkan, Tanjung Piai, iaitu salah satu kawasan di dalam daerah Pontian merupakan tanah yg paling hujung sekali di bumi ini di Benua Asia. Lebih kurang cenggitu le ceritanya. Tak caya bukak Globe, err buku geografi ke wikimapia ke.

Anyway, ari ni I nak balik Pontian. Pagi tadi dapat panggilan from my sis mengatakan my father unconcious daripada petang semalam.

Andaian buat masa ini, mungkin kena stroke attack lg sekali. But since he was bedridden it went unnoticed. Lainlah yg sihat tegak berdiri senang kita tau if sudden collapse.

I will be driving and bring d kids n maid back home.

Cekpen will drive seperately...maybe by wednesday. Too tight up with his works. He' s d sole bread winner now so got to do what he must do.

Harap perjalanan yg smooth macam semalam.